Muka depan Utusan Malaysia hari ini
Sewaktu menanti akauntan saya di restoran NZ di Wangsa Maju, saya memasuki kedai serbagunanya untuk mencari suratkhabar. Pantas mata saya terlihat MOHSEN - ya..namanya tidak ramai sangat penggunanya di Malaysia. Ini kerana kebanyakan nama yang berbunyi sebegini di eja Mukhsin , Muhsin dan juga Mohsin.
Saya mula - mula membaca nama Mohsen Namjoo ini di laman Dr. Faisal Tehrani - baca disini. Kemudian rentetan itu bersambung dengan YB Zulkifli Noordin yang membuat laporan polis. Boleh baca di sini.
Saya juga bersyukur akhirnya kerajaan kita mengambil langkah membatalkan konsert ini selaras dengan sensitiviti masyarakat Muslim di sini.
Selain Mohsen Namjoo. Iran juga memiliki ramai Mohsen - antara yang ternama ialah Mohsen Makmalbaf; seorang pengarah filem yang terkenal. Juga agak kontroversial sifatnya.
Mohsen Namjoo
Suatu perkara yang menarik dapat diperhatikan disini ialah, pengaruh media baru seperti blog nampaknya sekali lagi memberi kesan. Hasil tulisan Dr. Faisal Tehrani telah membuatkan ramai blogger berkongsi tulisan itu dan membangkitkan kesedaran. Malah, kerajaan juga bertindak selaras dengan keperluan itu. Ini merupakan satu penanda yang baik bahawa sebenarnya sesiapa juga boleh menyumbang kepada kebaikan negara. Walaupun saya rasa Dr. Faisal tidak mungkin dianugerahkan pingat Datuk untuk tulisannya, tetapi ia adalah perkara yang besar sumbangannya juga.
Isu besar yang tidak boleh kita terlepas pandang ialah - siapa penganjurnya dan siapa yang ingin membawa masuk Mohsen Namjoo ini? Adakah tujuannya semata muzik atau....?
Saya juga berharap kerajaan akan mengambil tindakan tegas juga kepada artis - artis Melayu Islam khususnya yang berkelakuan tidak senonoh, mabuk dan tidak berakhlak. Ini kerana mereka juga penyumbang kepada keruntuhan akhlak.
Mohsen Amdan Berkata : Ada teman berseloroh dengan sms kepada saya yang berbunyi "Sen..apsal hang batalkan konsert?"
No comments:
Post a Comment