Total Pageviews

Muhammad Evan Miqael

Pada 6 Februari 2011 tepat jam 12.44 pagi bertempat di Hospital Ampang, anak lelaki saya dilahirkan. Muhammad Evan Miqael dengan 3.53kg berketinggian 52sm dilahirkan secara normal oleh isteri saya; Wan Fatahhiyah. Ini merupakan anak ketiga kami selepas Nur Batrisya Wafa dan Nur Basyira Wafa.


Ditakdirkan lahir hampir 18 hari lebih awal dari tarikh jangkaan, isteri saya telah ditahan di wad selama 3 hari sebelumnya kerana bayi di dalam kandungan tidak aktif.

Perasaan gembira bukan kepalang buat kami sekeluarga kerana kelahiran zuriat lelaki telah kami nantikan sejak 4 tahun lalu.

Sudah memakai baju untuk pulang ke rumah

Ada yang bertanya - Evan tu apa maknanya? Saya dan isteri sebenarnya menggunakan nama Evan yang dalam bahasa Greek bermaksud Pahlawan Muda. Maka gabungan nama junjungan Muhammad SAW, ditambah dengan Evan Pahlawan Muda dan Miqael iaitu nama Malaikat.

Menjadi teman kepada kakak - kakaknya

Semoga Allah memberikan kebaikan buat dirinya dan keluarga kami. Saya juga berdoa agar Evan bakal menjadi sebijak kakak - kakaknya..Amin..

No comments: