Disediakan oleh FIkri;
Pada 9 Mac 2011 hari Sabtu bertempat di Sekolah Menengah Desa Tun Hussein Onn, Lilcent Total Solution telah dijemput untuk mengendalikan Program Kepimpinan Pengawas anjuran Lembaga Pengawas SMKDTHO. Seramai 95 orang peserta yang terdiri dari pengawas tingkatan 1 hingga 5 telah terlibat dalam program kepimpinan ini.
Bermula pada 9.00 pagi pelajar-pelajar telah diberi taklimat oleh Ketua Perunding Lilcent Total Solution mengenai objektif program yang bertumpu kepada konsep kepimpinan, pengenalan kepada aspek kepimpinan dan juga cara membina keyakinan diri sebagai pemimpin di sekolah.
Pada sesi pagi ini juga seorang ketua dikalangan pelajar telah dipilih oleh semua pengawas yang terlibat. Program pagi dimulakan dengan sesi ice-breaking di dalam kumpulan. Peserta memilih ketua masing-masing dalam kumpulan. Seterusnya peserta di dedahkan dengan aspek kepimpinan generasi “Baby Boomers”, Generasi X dan generasi sekarang iaitu generasi Y. Dengan pendedahan konsep-konsep ini pemimpin disekolah lebih berfokus kepada pendekatan-pendekatan baru bagi konsep kepimpinan di sekolah.
Program ini turut melibatka aspek penjenamaan semula kepimpinan pengawas di SMK DTHO. Peserta diberi gambaran berkenaan Pengawas vs Pengawal. Dalam perbincangan ini mereka perlu melihat aspek yang mereka lalui sepanjang menjadi pengawas dan persamaan dengan tugas-tugas pengawal. Disini pemikiran kritis di bentuk agar mereka lebih berketrampilan sebagai pemimpin dan bukannya sebagai pengawal. Aspek-aspek keyakinan dan fungsi mereka sebagai pemimpin telah digambarkan sepanjang sesi pagi ini. Seterusnya mereka juga telah menjalankan aktiviti dalam kumpulan yang dinamakan “Menaiki rakit”.
Dalam aktiviti ini dewan berada dalam keadaan riuh kerana mereka berusaha dan saling berkomunikasi dalam melontarkan rancangan untuk ahli kumpulan berjaya dalam aktiviti ini disamping mereka dapat membentuk semangat kerjasama, berperanan dalam memimpin pasukan dan saling melengkapi antara satu sama lain. Mereka juga telah membentuk tarian ‘Hakka’ bagi setiap kumpulan masing-masing bagi melihat keberanian dalam kumpulan dan memberi ekspresi kepada kumpulan yang lain sepanjang program.
Selesai solat Zohor dan makan tengah hari program diteruskan dengan aktiviti "Dimana Pendirian Anda”. Dalam aktiviti ini peserta telah diberi beberapa soalan untuk melihat bagaimana mereka membuat keputusan dan juga hujah-hujah yang mereka keluarkan. Hasilnya mereka lebih berani untuk memberi hujah dalam membuat keputusan walaupun disini keputusan yang mana betul tidak ditentukan. Aspek-aspek sebegini penting bagi melahirkan pemimpin yang berani membuat keputusan dan mempunyai pendirian yang kukuh bila melaksanakan sesuatu tindakan.
Pada sesi seterusnya mereka telah mempelajari teknik-teknik membina personaliti dan bagaimana cara penyampaian dengan betul disamping mengetahui cara senyuman. Pelbagai mimik muka diambil dan ditayangkan bagi memberi impak kepada reaksi tersebut. Disini mereka akan lebih memahami cara untuk mempengaruhi orang lain. Asas senyuman dengan baik adalah penting dan bagaimana mereka perlu berinteraksi dengan orang lain sebagai pemimpin. Kesannya amat penting untuk membentuk pemimpin yang berkualiti sejak dari sekolah lagi.
Pelajar juga telah membincangkan masalah-masalah utama pengawas dan cara mengatasi nya bagi meningkatkan kredebiliti badan pengawas di Sekolah. Sesi ini berlangsung dengan percambahan idea yang begitu hebat dan mereka mengemukakan pelan tindakan yang mereka akan laksanakan sepanjang tahun ini. Peluang mereka memimpin semakin terbuka luas dan bukan sahaja dari aspek tugas-tugas kawalan seperti yang mereka laksanakan sebelum ini. Ini memberi kesan baru supaya penjenamaan semula peranan pengawas di sekolah dapat dilaksanakan dan prestasi mereka sebagai pemimpin dapat ditonjolkan sepanjang menjawat jawatan sebagai pengawas.
Explore Race merupakan aktiviti terakhir buat peserta kursus pada hari itu. Semasa aktiviti ini berjalan dapat dilihat bagaimana mereka membuat keputusan dan menggunakan daya kreativiti dalam menyelesaikan beberapa tugasan. Berbagai aksi dan kebolehan telah mereka tonjolkan dalam kumpulan masing-masing.
Program ini diakhiri dengan penyampaian hadiah oleh wakil guru kepada peserta dan juga kumpulan yang terbaik. Program ini diharapkan dapat membentuk satu generasi pemimpin yang baru dari peringkat sekolah dengan kebolehan yang perlu ada sebagai seorang pemimpin.
No comments:
Post a Comment