Sejak kebelakangan ini saya kerap membeli majalah iklan yang memberikan tumpuan kepada jualan kenderaan - Motor Trader dan On The Road. 2 majalah ini sangat menarik minat saya kerana mereka meraih keuntungan dari dua pihak - pengiklan dan pembaca.
Namun, saya mula melihat perubahan majalah - majalah ini berbanding tahun - tahun yang sebelumnya. Kelihatan iklan menjual kenderaan mewah - Bentley, Ferrari, Lamborghini dan sebagainya sehinggalah ke MPV seperti Vellfire dan SUV seperti Hummer memenuhi lebih separuh dari keseluruhan helaian majalah itu. Segmen kereta '2nd Hand' atau terpakai nampaknya hanya mengambil suku sahaja dan selebihnya di isi ruangan aksesori kereta.
Satu persoalan besar bermain di fikiran saya - adakah kebanjiran kereta 'Reconditioned' ini menunjukkan permintaan tinggi dari pembeli? Sekiranya benar ini bermakna semakin ramai yang mampu membeli kereta yang rata - ratanya memiliki tanda harga melebihi RM130,000.00 Dengan kadar bunga pinjaman pembelian kenderaan kini, pembeli perlu membayar sekurang - kurangnya RM1,200.00 sebulan untuk kenderaan seperti harga di atas untuk pinjaman selama 108 bulan atau 9 tahun.
Jika kadar itu di ambil kira, adakah ini bermaksud kadar pendapatan rakyat kini sudah meningkat? Saban hari kita terdengar orang mengeluh kerana pendapatan yang semakin tidak mencukupi berbadning kos sara hidup. Namun dengan kebanjiran kenderaan mewah ini seolah - olah menunjukkan sebaliknya? Siapakah yang semakin kembung koceknya? Kakitangan kerajaan? Swasta? Ramai sangatkah peniaga atau usahawan yang stabil dan berjaya sehingga mampu membeli kereta mewah? Adakah ini sekadar senario 'Biar papa asal bergaya'?
Dengan kadar harga petrol dan diesel yang terus - terusan diselaras dan di rasionalisasi, kelihatan semakin banyak kenderaan berprestasi tinggi di jalan - jalan raya. Barangkali benar kata PM kita - keadaan ekonomi kita semakin pulih.
Mohsen Amdan Berkata : Khabarnya ada sebuah Bugatti Veyron baru dibeli oleh seorang tokoh perniagaan tersohor di negara ini - dan beliau adalah seorang Melayu!
No comments:
Post a Comment