Sudah lebih seminggu isu Hudud dimainkan di dada akhbar dan blog - blog politik. Isu lama ini dinyanyikan semula disamping isu Ketua Menteri Pulau Pinang - Lim Guan Eng dilaporkan memburuk - burukkan Johor Darul Takzim dalam satu majlis. Lim Guan Eng telah memohon maaf secara terbuka dan bukan itu saja terus meyatakan hasrat mengambil tindakan undang - undang ke atas media yang melaporkan isu ini kerana menurut beliau ia bersifat fitnah semata - mata.
Anwar Ibrahim pula yang masih belum selesai dengan perbicaraan kes Liwat 2 terus dibebani dengan pendedahan gambar yang menunjukkan beliau dan Eskay bersama - sama menuju lif dan secara tidak langsung menafikan dakwaan DSAI yang beliau tidak bertemu Eskay sebelum ini. Pendedahan blog - blog politik pula dilihat kali ini lebih mengancam kredibiliti DSAI. Itu sebahagian dari skrip serangan ke atas PKR selain isu JAIS dan pelbagai lagi di Selangor khususnya.
PAS pula terus dilanyak dengan isu hudud - sambil Karpal dan Tuan Guru Nik Aziz dilaga - lagakan seperti biasa. Tun Mahathir pula dilihat konsisten dengan pernyataan Hudud tidak relevan dan disokong oleh pelbagai pihak lagi termasuk Sister In Islam dan Perdana Menteri sendiri.
Kebanyakan orang Melayu yang sifatnya mudah sangat dimomokkan dengan perkara kecil pula mudah gusar dengan rasional penolakan hukum Allah ini. Potong tangan sebagai hukuman kepada pencuri hanya dilihat tidak relevan dan menyusahkan sahaja. Dr. Masitah yang dulunya begitu dihormati pandangannya mengenai Islam juga mengeluarkan kata - kata yang sangat menyakitkan hati - memperlekeh hukum Allah. Ustaz Azhar Idrus pula menjawabnya semula dengan cara yang cukup mudah difahami dan dicerna. Mujur ada insan seperti beliau.
Tapi, kuasa digunakan bagi menyekat keselesaan beliau berkongsi ilmu. Terbaru di UIAM apabila Ustaz Azhar Idrus dijemput menyampaikan ceramah telah ditekan dengan menukar lokasi ceramah dari kawasan selesa Masjid UIAM kepada Experimental Hall yang kecil. Saya sendiri pernah berkuliah di Experimental Hall itu - sangat tidak sesuai untuk ceramah yang disampaikan oleh Ustaz yang meningkat naik polularitinya itu.
Adakah potong tangan sahaja yang berkait dengan Hudud ini? Anda suka barangan anda di curi? Kalau anda dapat menangkap pencuri itu sendiri agaknya bagaimana anda melayan mereka? Beri mereka kerja?
Semalam, kawasan sekitar taman perumahan saya mengalami gangguan bekalan air dek kerana kabel kolam takungan utama di curi. Maka apakah cara mendidik pencuri ini dan bakal pencuri yang lain? Tawarkan mereka dengan peluang pekerjaan?
Pencuri - pencuri berbangsa Melayu dan Islam selalunya berhati kecil - mereka tertangkap dengan hanya kes - kes tidak seberapa. Ini mungkin kerana di hari kecil mereka masih tersisa Iman. Namun harus diingat cara belajar manusia yang paling mudah dan cepat ialah dengan MENIRU. Maka apabila beberapa pencuri terlepas hukuman bakal pencuri lain berasa teruja dan ingin melakukan perkara yang sama.
Ingat lagi peristiwa beras bertaburan di atas jalan, duit syiling bertaburan ketika kemalangan di jalanraya? Apabila seorang memulakan acara mengutip taburan beras dan duit syiling ini maka ramai pula yang lain menurut langkah sama kerana dirasakan ia bukan satu kesalahan.
Atas dasar senario sebegini, wajib difahami Hudud bukan bertujuan menghukum semata - mata, tetapi mendidik. Apabila seorang dihukum dengan jalan Allah atas kesalahannya, ia mampu memberi kesan mendalam kepada orang lain yang melihatnya!
1 comment:
i agree with u buddy
Post a Comment