Bertemu kembali dalam sambungan artikel Memahami Masalah di Dalam Keluarga - Elephant In The Living Room. Kali ini saya akan kongsikan mengenai kaedah mengendalikan sindrom ini. Kepada yang terlepas isu ini atau kurang faham mengenai isu ini sila klik di sini
Untuk mengendalikan masalah di dalam keluarga, terdapat beberapa langakh yang boleh dipraktikkan. Berdasarkan pembacaan, pembelajaran dan pengalaman hidup saya sendiri, langkah pertama dalam mendepani perkara ini ialah BERDEPAN DENGAN KEGELISAHAN ITU!
Apabila suasana Elephant In The Living Room ini terjadi, GELISAH ialah perkara awal yang akan tercetus. Semua orang yang tahu mengenai Gajah itu akan mula jadi gelisah namun dalam masa yang sama cuba berlagak dan berlakon tenang bagai tiada apa yang berlaku. Ini sebenarnya satu senario yang hanya memburukkan keadaan. Apabila kegelisahan melanda, ia bakal menerbitkan rasa CEMAS, TAKUT, MALU dan sebagainya Maka, langkah pertamanya ialah anda perlu berdepan dengan kegelisahan itu, Apa yang harus dilakukan bagi menedepani gelisah ini?
Pertamanya anda perlulah membuka pintu kegelisahan ini iaitu dengan berkongsi kegelisahan anda dengan seseorang. Sama ada ahli keluarga yang paling rapat dengan anda, teman baik mahupun kaunselor. Kongsikan mengenai apa yang berlaku berdasarkan kaca mata anda, apa yang anda rasa atau apa yang membuatkan kegelisahan itu makin teruk dari hari - ke hari. Memendamkan rasa gelisah sebenarnya hanya akan menekan diri anda dan membuatkan keadaan menjadi lebih buruk.
Kenapa ia mampu membantu anda pada peringkat ini? Apabila anda berkongsi masalah dengan orang lain, ia bagaikan anda cuba membuka pintu almari yang mana almari itu sedang penuh dengan asap. Apabila pintu itu dibuka, asap yang berkepul tadi mula keluar dan sikit demi sikit keadaan akan menjadi lebih jelas untuk dilihat. Maka baru anda lebih jelas dengan apa yang berlaku.
Maka ada yang bertanya - tidakkah ia bagai membuka pekung di dada?
Saya akan menjawab.."Anda hanya berkongsikan kegelisahan itu dengan orang yang anda percaya dan rapat..menerusi perbualan..Ianya jauh lebih baik dari mencatatkan perasaan anda di dinding Facebook!"
Nantikan sambungan artikel ini
Nantikan sambungan artikel ini
1 comment:
Thank you for sharing. Kena lepaskan asap keluar perlahan2 yek.. :D
Post a Comment