Total Pageviews

TM Terengganu - Teambuilding


Salam.
4 Ogos 2009
Rumbai Resort Paka


Kali pertama saay dapat katil sebegini ketika berkursus

Saya dijemput oleh 1Revolution Sdn Bhd. bagi mengendalikan sesi teambuilding untuk TM (Telekom Malaysia) Terengganu. Apabila mendapat tawaran ini, saya berasa amat teruja kerana berpeluang ketemu semula dengan mereka - mereka yang pernah menghadiri program bersama saya kira - kira 2 tahun lalu. Bezanya kini, syarikat lain pula yang saya wakili.


Sesi simulasi

Bertolak pada 3 Ogos, saya dan pengarah 1Revolution iaitu En. Mat yang juga orang Kemaman, kami menginap di Rumbia Resort. Selesa resortnya cuma di sekitar muara sungai itu keadaannya agak menyeramkan diwaktu senja. Saya yang pada mulanya berhajat mengetik kamera disekitar muara terpaksa membatalkan hasrat kerana ada perkara pelik berlaku ke atas saya ketika itu. (Tak mahu cerita di sini)

Di jeti inilah saya mengalami "sesuatu"

Esoknya, apabila peserta sampai, hampir separuh dari mereka merupakan wajah - wajah yang saay kenali - walaupun terlupa nama mereka. Kami berbual mesra dan soalan - soalan seperti "Hari tu ada keluar dalam TV ye?" atau "Tuan menyanyi lagi ke?" adalah soalan yang selalu diutarakan kepada saya. Maksudnya, cam lagi mereka pada muka saya yang sudah mengembang ini.

Cabaran saya ialah - bagaimana hendak mengendalikan kumpulan yang agak besar ini ditambah dengan hampir separuh dari mereka telah pun pernah mendengar ceramah saya. Tidak ketahuan juga saya pada mulanya..namun syukur Allah membantu saya mengendalikan sesi ini dengan berjaya. Peserta juga nampaknya sangat gembira.


Program ini merupakan satu langkah bijak dan berani Pengurus TM Terengganu iaitu En. Azhar yang sememangnya gemar dengan pendekatan baru. Peserta akan didedahkan dengan kerja yang dilakukan oleh unit lain dengan tujuan membuatkan mereka lebih memahami operasi syarikat serta lebih erat rasa pemilikan syarikat TM ini. Syabas diucapkan!

Tarik..jangan tak tarik!

Mohsen Amdan berkata: Cabaran ada di mana - mana, persoalannya adakah kita berani berhadapan dengannya?







5 comments:

Ibnnordin said...

En Mohsen...jangan lupa pekena laksa terengganu kat resort tu....Isyaallah tidak mengecewakan...selalunya masa sarapan pagi..from anak jati terengganu.

Mohsen Amdan said...

oo..ye ke...
rugi saya tak cuba
malam tu makan malam di restoran fiza depan tu..
makan 2 orang kena RM63...mahal betul

Ibnnordin said...

Kat terengganu memang mahal, saya orang terengganu pun tak berani nak singgah makan tak tentu kalau sesekali2 balik terengganu...saya pun tak pasti pasal apa..terutama kawasan dungun, paka, kemaman.setakat makan nasi goreng beranilah..kawasan minyak kot.

Syamsulfaiz said...

Mohsen apa kabau? gambar mana plak yg Media Prima curik dari kau?

Mohsen Amdan said...

ada beberapa gambar utk rancangan Melodi diambil dari blog ini.