Total Pageviews

Menempuh masa - perjalanan yang tidak diketahui penghujungnya...

Regrets...I've had a few..but then again..too few to mention
Salam.
Hidup ini sebagaimana yang kita sedia maklum, hanyalah pinjaman sahaja dari Allah SWT. Setiap peluang nafas yang diberi wajar dimanfaatkan sebaiknya agar setiap detik pinjaman yang diberikan ini memberi manfaat bukan sahaja pada diri sendiri, malahan untuk orang lain juga. Ini penting kerana sebarang perbuatan yang memberi manfaat kepada orang lain mampu melonjakkan saham akhirat yang mana terlalu penting buat kita berbanding saham dunia ini.

27 November 2009 menyaksikan saya masih lagi sihat, mampu berdiri dan badan makin berisi - Syukur kehadrat Allah SWT kerana masih memberi tempoh pinjaman kepada saya di dunia ini. Genaplah usia saya secara rasmi 31 tahun pada tarikh jatuhnya sambutan AidilAdha tahun ini. Usik kawan saya Azeli... "Satu Malaysia cuti sambut hari jadi Mohsen" di Facebook saya. Hahaha
Owwhh..terimakasih kepada yang telah menuliskan ucapan Selamat Hari Jadi kepada saya di Facebook - siapa juga anda, terimakasih banyak - banyak.

Secara jujur, sukar bagi saya menggambarkan rasa di hati ini apabila melalui tarikh 27 November kali ini. Nak kata gembira, tak juga, sedih pun ada sikit - sikit, entahlah..Usia kini 31 tahun bermakna, kurang 32 tahun lagi saya akan 63 iaitu usia kebanyakan umat Muhammad SAW meninggalkan dunia ini. Mampukah saya menjangkau usia itu? Atau saya akan senasib dengan rakan - rakan dan saudara mara lain yang telah pun terlebih dahulu meyambut panggilan Ilahi?

Melihat dari ilmu pembangunan diri, mungkin ada yang menyarankan agar konsep Half Empty dan Half Full Glass perlu diambil kira. Seandainya saya melihat Half Full, maka saya lebih bimbang apa yang telah berlaku. Maka saya perlu lebih banyak bertaubat sambil berusaha agar tidak mengulangi segala kesilapan yang telah saya lakukan dahulu. Atas sebab ini juga, saya ingin memohon ampun dan maaf kepada sesiapa saja yang membaca tulisan ini. Saya benar - benar maksudkannya! Sebaliknya jika Half Empty, maka saya perlu bimbang apa yang akan saya terus lakukan bagi menjalani hidup dimuka bumi ini. Banyak lagi yang saya perlu usahakan, selain dari terus mengemudi keluarga saya ke arah yang cemerlang, saya juga perlu berusaha keras supaya mereka yang berada disekitar saya mendapat manfaat secara langsung atau tidak dari saya.

Sebagaimana biasa, saya juga mengharapkan perkara terbaik dalam hidup sama seperti orang lain. Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana di saat saya melalui usia 31 tahun ini, saya masih ditemani oleh isteri tercinta - Wan Fatahhiyah Remli dan disulamkan dengan 2 anak kecil saya Nur Batrisya Wafa dan Nur Basyira Wafa. Saya beryukur yang teramat kerana bukan semua orang melalui nikmat hidup apa yang saya lalui.

Sekiranya pencapaian rakan sebaya menjadi ukuran, rasanya saya masih jauh dibelakang mereka namun, itu tidak melemahkan jiwa saya kerana setiap dari kita memiliki matlamat hidup yang berbeza. kebetulan saya baru usai berprogram bersama peserta Felcra Sg Ara Kota tinggi dan Bukit Kepong Johor, melihat keadaan kebanyakan mereka membuatkan saya semakin yakin bahawa saya harus terus perlu menyuburkan hati saya ini dengan rasa syukur atas segala nikmat Allah swt.

Perkara yang paling saya tersentuh ialah, kebanyakan mereka tidak berpelajaran tinggi atau hidup senang lenang - tetapi mereka sangat tahu menyesuaikan diri dengan segala sumber yang ada dan yang paling utama, mereka sudi berkongsi apa sahaja dan tidak lokek dengan kurniaan Allah untuk dirasa bersama.

Semoga dalam usia saya yang kini genap 31 tahun, saya dikurniakan Allah dengan lebih kematangan dan ketajaman fikiran, kesihatan tubuh badan, dimurahkan rezki dan kehidupan yang baik.

Mohsen Amdan berkata : Terimakasih kepada isteri tercinta kerana mengatur majlis sambutan ulangtahun saya ke 31. Love you so much!

1 comment:

Wan/Lily said...

selamat ulang tahun ke-31..semoga Allah sentiasa memudahkan segala perjuangan abg dan terima kasih untuk segalanya..ikhlas dari saya dan anak2..we love u soooo much!!!