Total Pageviews

Program Pengupayaan Bahasa Inggeris FELCRA


Antara hasil kerja mereka
Salam
21 - 23 Nov 2009 (Kg. Sg Ara Kota Tinggi)
24 - 26 Nov 2009 (Bukit Kepong)

Felcra Training & Consultancy Sdn Bhd telah mengamanahkan Lilcent Total Solutions untuk mengendalikan 2 siri program yang kami namakan Program Pengupayaan Bahasa Inggeris di 2 lokasi berbeza; di Sg Ara Kota Tinggi dan di Kg. Bukit Kepong.

Setelah agak lama tidak berprogram bersama kanak - kanak, saya sememangnya berasa sangat teruja mendapat peluang ini. Terkenang kembali zaman saya mengendalikan program Mentoring - Gemilang di UIAM dahulu.

Bersama saya ialah MD Lilcent - isteri saya lah..siapa lagi dan 4 orang fasilitator dari UIAM juga; Muhammad iaitu anak abang saya, rakannya Muaz, Awin dan Nina. Semasa di Bukit Kepong kami turut dibantu oleh 3 orang muda dari Kg. Bukit Kepong iaitu Adib, Ijam dan Adam.

Seramai 81 orang pelajar ketika di Sg Ara dan 85 orang di Bukit Kepong. Pening juga mulanya memikirkan cara mengendalikan peserta seramai ini dengan jumlah fasilitator yang agak sedikit. Namun syukur berkat kesabaran semua yang terlibat program berjalan lancar.

MD Lilcent sedang menyediakan pelajar dengan persembahan Coral Speaking

Pendekatan program ini ialah untuk meransang peserta untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris - walaupun dalam bentuk yang paling mudah. Ini kerana mereka ini rebung yang perlu dilentur. Sudah pasti mereka tidak akan terus pandai apabila usai program ini namun tujuannya meransang maka langkah susulan harus dilaksanakan oleh mereka yang ada disekeliling mereka.

Bukan mudah untuk menjalankan program ini kerana ramai dikalangan mereka yang kurang mahir dalam 3M. Ada juga yang sangat lemah dalam bahasa Melayu! Dan lebih memburukkan keadaan kebanyakan mereka di darjah 5 - maka bagaimana nasib mereka ketika UPSR nanti? Masih mahu mempertahankan PPSMI?? Think again!

Uncle Max sedang naik angin?

Pelbagai pengalaman menarik yang saya lalui - dari soalan - soalan ganjil oleh penduduk kampung tentang rumah musafir yang kami huni; berkenalan dengan keluarga Ina Naim; Bekalan air tergendala selama 2 hari; sesat hingga ke JB dan 1001 perkara lagi yang tidak mungkin saya lupakan sepanjang hayat.

Kami hanya bergegas pulang ke kota pada 26hb iaitu sehari sebelum Aidiladha. Tiba di kota KL kira - kira jam 8.30 malam dan meneruskan perjalanan ke Kulim dan kami tiba pada jam 6 pagi! Lebuhraya yang sangat sesak membuatkan perjalanan amat menyeksakan! Ulang tahun kelahiran saya juga disambut diatas Lebuhraya PLUS dan kaki berasa sangat sakit kerana hampir 14 jam di atas kenderaan.

Saksikan lebih banyak foto di facebook saya ok!

Mohsen Amdan berkata: "Semalam tidur takde kena kacau ke? Hantu ke apa ke?" Tanya Pengerusi Masjid Sg Ara kira - kira baru 2 minit berbual pada pagi pertama

1 comment:

Airi said...

hantu yang sangat ganas~errr