Akad Nikah yang dibantu oleh jurubahasa (bertudung biru)
Salam.
Ditakdirkan dalam keluarga saya, 2 orang dari anak buah saya mengalami masalah kurang pendengaran. Jamil yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya pada Sabtu yang lalu adalah anak buah saya yang ke - 3 dari hampir 30 anak buah yang saya miliki, merupakan anak kepada Allahyarhamah Kak Long saya merupakan salah seorang darinya. Jodohnya juga seorang yang juga mengalami masalah pendengaran yang berasal dari Tumpat Kelantan. Saya mengiringi pengantin ini ke majlis mereka dengan persoalan, bagaimana agaknya majlis akad nikah mereka. Bagaimana pula proses ijab dan kabul memandangkan Jamil juga bisu.
Majlis berlangsung pada jam 11 pagi di mana mereka diijabkan di Masjid As-Salam Tumpat. Saya diminta menjadi wakil bagi pertunangan mereka sebelum akad nikah mereka berlangsung. Seorang penterjemah bahasa isyarat disediakan bagi memudahkan proses ini.
Jamil "membaca" lafaz Taklik dengan bahasa isyarat
Bermula dengan khutbah nikah, setiap baris bacaan jurunikah diterjemahkan oleh penterjemah untuk Jamil. Usai khutbah, jurunikah mula berjabat tangan dengan Jamil dan mula melafazkan bait - bait pernikahan. Selepas sahaja perkataan "Tunai", saya bertanggungjawab untuk menepuk peha Jamil sebagai isyarat jurunikah telah selesai dengan lafaznya dan Jamil perlu mengangguk tanda terima. Syukur begitu mudah sekali proses pernikahan orang seperti mereka. Seperti pasangan lain, mereka juga diraikan dalam majlis perkahwinan di rumah pengantin perempuan namun satu persoalan besar bermain dibenak saya - Bagaimana pula cabaran mereka apabila dikurniakan cahaya mata kelak? Bagaimana mereka mengetahui anaknya menangis ketika nyenyak tidur diwaktu malam? Bagaimana mengajar anak mereka berkomunikasi?
Mohsen Amdan berkata: Nikmat yang dikurniakan Allah wajib disyukuri dan diguna sebaiknya
2 comments:
salam sen. aku pernah buat stori pasangan kurang pendengaran kahwin kat sini. glamernya dia coz majlis akad nikah tu dpt liputan paper n tv.tersipu2 dia bila tgk ada tv n bila diinterview.
Zeli
Sepatutnya wedding mereka ni JKM nak cover..tapi ntah kenapa tak jadi pulak
Post a Comment