20hb Jun 2010
Kompleks Sukan Kampung Pandan
Salam
20hb Jun 2010 merupakan sambutan Hari Bapa dan saya teruja menyambutnya kerana ketika saya pulang dari pasaraya di waktu pagi, anak sulung saya menyambut saya dengan satu kertas A4 yang tertulis "Happy Father's Day". Walaupun tiada sambutan khusus dibuat oleh kami sekeluarga namun ia sangat bermakna kerana hari itu juga merupakan hari penyampaian Anugerah Belia Negara peringkat Wilayah Persekutuan. Saya tercalon bagi kategori Kemahiran dan Inovasi kali ini. Saya tidak meletak apa - apa harapan memandangkan pencapaian saya tidaklah seberapa.
Beberapa hari sebelum ini, Kak Nurul - kakitangan Jabatan Belia & Sukan Bukit Bintang menghantar satu sms kepada saya yang tertulis 'Tahniah'. Saya membalas sms itu bertanya..'Tahniah apa kak?'. Dia membalas..'sori silap hantar'. Saya tidak berani memikirkan lebih jauh dari itu sebab nanti syok sendiri pula.
Ahli MBM membaca ikrar
Saya tiba di majlis yang dihadiri oleh Menteri Pemabngunan Wilayah iaitu YB Senator Raja Nong Chik ini lebih kurang jam 2.15 petang. Saya hanya berseluar jeans, berkemeja dan membawa kamera kerana bercadang untuk duduk di meja belakang dan hanya menyamar menjadi jurugambar. Helah saya berkesan kerana apabila tiba dikaunter pendaftaran, urusetia terus menyapa saya "Dari suratkhabar mana ya?" hahahaha BERJAYA!!! Kebetulan Kak Nurul ada di situ dan dia terus mencelah.."Eh..dia bukan wartawan la..dia dalam senarai penerima"
Antara persembahan semasa majlis
Gulllpppppp.."PENERIMA"?? Apa maksudnya ini? Saya terus bertanya pada Kak Nurul..balasnya "Naik ajelah tingkat satu"
Saya terus ke lif dan setiba di muka pintu dewan..saya disambut bagai VIP..saya jadi serba salah sebab berpakaian terlalu kasual. Saya di bawa kemeja calon - calon penerima anugerah sambil diucap tahniah oleh beberapa kakitangan JBS. Saya duduk di meja tepi sambil termanggu - manggu tak tahu nak buat apa kerana saya perhatikan keliling, tiada siapa yang saya kenal kerana kebanyakan mereka beruniform - Majlis Belia Malaysia.
Selang beberapa ketika, saya berbual - bual dengan calon dari MAYC dan En. Faizal -orang kuat MBM Wilayah menghampiri saya dan berbisik "Ada bawak beg tak?" saya kata tiada..
"Kalau camtu pegi duduk meja depan..tu meja untuk penerima Anugerah"
Saya bingung lagi - adakah saya diminta duduk disitu untuk memenuhkan meja atau....
Piala yang diberikan kepada pemenang
"Diumumkan ketibaan Menteri...."
Saya hanya mampu memerhati sekeliling..kelihatan Pn Hatipah iaitu Pengarah JBSKL mengiringi menteri.
Ada sms masuk lagi - "Tahniah tuan!" - pengirim kali ini ialah En. Sazali - Pegawai KBS unit sukan.
Hati mula berbunga - bunga. Ketika diumumkan nama saya sebagai pemenang, tidak ramai yang bertepuk sorak kerana saya kurang dikenali dikalangan ahli MBM - ini kerana pemenang kategori lain semuanya ahli MBM Wilayah. Saya berjalan perlahan ke pentas mengambil hadiah. Sijil, wang, piala dan sebuah telefon bimbit menjadi milik saya.
Syukur....
Anugerah ini merupakan satu rangsangan besar untuk saya meningkatkan usaha merancang, melaksana dan membantu program - program belia dengan lebih baik lagi. Moga Allah memudahkan urusan saya dan rakan - rakan yang mengenali saya atau pembaca blog ini sudi menyertai saya dalam pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan pada masa akan datang InsyaAllah
Mohsen Amdan berkata: Terimakasih kepada isteri, keluarga dan sahabat handai yang menyokong usaha saya selama ini
7 comments:
Tahniah Sen! Memang yang selayaknya menerima! Tahniah!
Terimakasih sahabat ku
Well done bruv! Dont stop at the top!
Makasih afandi..anda inspirasi saya
memang pandai menyamar! huhu
bakat terpendam tu nak jadi wartawan.
memang layak menang anugerah belia tu. belia kena pandai menyamar, kena pandai helah, kena pandai camouflage. baru mantoppp!!
Terima kasih Belia..
Jangan lupa sertai saya dalam program akan datang
owh~ tahniah acu ~ sangat terkejut ~
agaknya bile turn saye lak
Post a Comment