Total Pageviews

Program Penerokaan Ke Arah Satu Pembaharuan Pembangunan Karier

Salam
6 - 8 Ogos 2010
Sentosa Regency Hotel Alor Setar


Felcra Training and Consultancy sekali lagi memberi peluang kepada Lilcent untuk mengendalikan program mereka, kali ini dengan tajuk yang begitu panjang - seperti di atas. Seramai 148 mahasiswa dari UUM, UNIKL MSI, Politeknik Sultanah Bahiyah dan Kolej Universiti Insaniyah dengan pelbagai latarbelakang jurusan pembelajaran telah menyertai program ini. Saya yang sudah agak lama tidak ke Alor Setar bergantung arah kepada GPS dan sahabat lama - saudara Zul Azri- peguam hebat dari Kedah yang merupakan teman semasa bermain bolasepak di zaman sekolah dan di UIAM. Beliau juga merupakan salah seorang penceramah bidan terjun bagi program ini.

Zulazri berkongsikan pengalamannya dengan spontan

Saya tiba di bandar Alor Setar pada jam 11.30 pagi setelah bertolak dari Kulim pada jam 10.15 pagi. Namun saya hanya tiba di lokasi pada jam 2.00 petang kerana terpusing - pusing mencari kedai menjual alatulis dan peralatan program serta mencari kedai fotostat - dan berakhir di Shahab Perdana dengan pengalaman melucukan! Saya memberikan bahan untuk difotokopi kepada pembantu kedai - dan beberapa ketika bahan - bahan itu masih tidak bergerak. Apabaila saya mula mundar mandir, rakannya menegur "Hang tolong tengokkan PAKCIK tu punya kertas tu.." Saya tercengang..PAKCIK!!!! Sudah tua rupanya saya ni ya...


Pendaftaran peserta


Krew Lilcent, Pesort, Yus dan Hadi tiba jam 4 petang kerana penerbangan mereka pada 1.50 petang..dah tinggal saya seorang diri setup apa yang boleh. Dewan program pula ditingkat 7 yang mana lif hanya sehingga tingkat 6. Esok pagi - pagi kami perlu bertukar lokasi pula ke grand ball room. 


Peserta dari Poli Kulim tiba awal, manakana peserta UUM tersilap hotel..mereka diturunkan di Hotel Regency..kesudahannya mereka berjalan kaki ke lokasi sebenar. Pelajar MSI pula pada awalnya dijangka seramai 40 orang, namun rezkinya hanya 29 orang sahaja. 


Wakil - wakil institusi semasa sesi taaruf


Sesi awal dimulakan oleh wakil FTCSB, iaitu En. Malik dengan sedikit ucapan pembukaan. Saya mengambil alih dengan sedikit taklimat program dan memberi peluang kepada pelajar merakam gambar setiap seorang dan berehat awal agar mereka lebih bertenaga pada sesi malam.


8.30 malam sesi taaruf bermula dan saya mengendalikan sesi ini sehingga 10.30 malam. Peserta nampaknya bersemangat dan bersedia melalui program ini. Cuma satu masalah timbul - jumlah keseluruhan peserta tidak sama setiap kali dihitung sama ada menerusi borang atau menerusi gambar setiap seorang.



Program ini sebenarnya memberikan tumpuan kepada perkongsian maklumat mengenai cabaran, pasaran dan juga harapan yang menanti bakal graduan ini. Pendekatana saya dalam program ini lebih bersifat ' free - flow' di mana saya hanya menetapkan garisan namun kandungannya bergantung kepada penerimaan dan maklumbalas peserta sepanjang program. Apa yang sangat menarik sepanjang program ini ialah, kakitangan banquet hotel Sentosa ini; mereka tidak melepaskan peluang mengikuti program ini selepas selesai melaksanakan tugasan mereka. Bermula dengan menyorok dibalik dinding, akhirnya mereka memberanikan diri menyusun kerusi dan sama - sama mendengar pelbagai maklumat yang dikongsikan. Saya kagum dengan keinginan mereka menimba ilmu dalam keadaan tidak formal ini.


Asri Al Baker


Saya menampilkan 2 orang rakan baik saya; Asri Al-Baker dari Fouth Screen Sdn Bhd dan ZulAzri dari ZulAzri & Co. Kedua mereka melalui pengalaman berbeza dalam cubaan berdiri di atas kaki sendiri selepas tamat pengajian. Asri yang sememangnya sangat bersemangat dalam dunia ICT waalupun beliau sebenarnya menamatkan pengajian dalam bidang Sains Politik dan Zulazri pula mengorbankan cita - cita sebagai pemain bolasepak profesional. Perkongsian maklumat dari kedua mereka ini dalam keadaan yang sangat santai sememangnya sangat membuka mata.


Senaman pagi di belakang hotel..asal boleh jalan saja


Politeknik Sultanah Bahiyah kini telah pula memberi laluan kepada saya untuk mengendalikan program yang sebegini kepada pelajar mereka. Saya sangat menantikan peluang sebegini dan kemungkinan besar selepas Aidilfitri kelak program ini akan berlangsung. Kredit kepada En. Yusaini yang telah membantu saya dalam hal ini.




Berbalik kepada program ini, salah satu pendekatan yang saya gunakan ialah World Cafe, di mana peserta diberikan ruang berkongsi pandangan dan berhujah mengenai tajuk yang diberikan dalam keadaan sembang kedai kopi. Saya melihat pendekatan ini sangat berjaya dan peserta nampaknya sangat bersemangat dalam hal ini.




Saya mendoakan agar peserta program ini mendapat manfaat dari program ini dan semoga kita akan terus berhubung menerusi dunia maya ini demi kebaikan dan kejayaan kita bersama!


Mohsen Amdan berkata: Kepada rakan - rakan yang telah mencapai kejayaan dalam dunia kerjaya di luar sana, inginkah anda berkongsi pengalaman anda bersama lebih ramai mahasiswa? Hubungi saya segera!

2 comments:

budakpauh said...

kita set program ni kat penang lak ah sen. aku leh tolong ko

Mohsen Amdan said...

Kalau ada pihak yang sudi menajanya bisa aja dong