Salam
Ramadhan tiba lagi, Alhamdulliah syukur tidak terkata apabila di beri peluang dan ruang untuk menunaikan ibadah ini sekali lagi. Kali ini nampaknya Ramadhan saya juga sedikit berbeza dari tahun - tahun sebelumnya.
Beza kali ini ialah, anak sulung saya perlu dididik mempelajari berpuasa pada usianya 5 tahun. Ada dikalangan rakan - rakan yang sudah memulakan mendidik anak lebih awal namun saya rasa, keadaan ini berbeza - beza mengikut kesesuaian diri. Ini kerana pelbagai perkara harus dipertimbangkan sebagai contoh ada anak - anak yang di waktu siangnya berada di nurseri dan makanan disediakan. Maka sukar ibubapa memantau proses pembelajaran mereka. Bagi saya pula, isteri tercinta kini tinggal dirumah kerana selain dari melalui trimester pertama mengandung anak ketiga kami, dia juga semakin selesa menjalankan perniagaan secara on-line nya iaitu Lilcent Smart Shop yang kini semakin maju - cemburu juga bila melihat setiap hari ada saja tempahan yang diterima.
Beza juga kali ini kerana sepanjang Ramadhan ini bonda saya tiada ditanah air kerana menunaikan umrah sebelum Ramadhan sehinggan awal Syawal. Maka tidak berpeluang saya berbuka puasa bersamanya.
Beza juga kali ini kerana keadaan ekonomi negara yang semakin demam disebalik 1000 penafian mereka yang berwajib dan juga isu sosial yang semakin teruk. Adakah dengan menjatuhkan hukuman gantung kepada pembuang bayi akan membuatkan kes zina menurun? Pelik
Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Ramadhan dan moga Ramadhan kali ini menjadikan kita orang yang lebih kuat beribadat, berusaha kepada kebaikan dan lebih tinggi tahap keimanannya kepada Allah SWT.
No comments:
Post a Comment