Salam
Disaat ini saya terkenang dengan apa yang pernah saya lalui 5 tahun dahulu. Ketika itu Ramadhan menjelma dan saya menghadapi ujian berat dari Allah Ta'ala. Perniagaan yang dibangunkan oleh Allahyarham abang saya - Dr. Yusuff ketika itu tidak mampu saya jalankan dengan baik kerana kekurangan pengetahuan dalam menjalankannya. Dengan pemergian Allahyarham ayah kerana menderita sakit serta Allahyarham abang yang ketika itu merana kerana aniaya ilmu hitam, hidup saya ketika itu cukup mencabar. Anak sulung saya yang baru berusia beberapa bulan ketika itu dibesarkan dengan apa yang ada sahaja oleh isteri dan saya. Berbekalkan JBN 7753 - Proton Saga uzur peninggalan arwah saya dan isteri mencuba apa saja yang mampu bagi meneruskan kelangsungan hidup.
Pada Ramadhan itu, saya dan isteri diberi cadangan oleh Allahyarham bapa mentua supaya berniaga. Berbekal duit yang tinggal tidak seberapa, saya dan isteri di bawa oleh ayah mentua ke kilang jeruk buah di Pulau Pinang. Kami pun memenuhkan bonet kereta dan berangkat pulang ke Kuala Lumpur dengan harapan usaha kami berjaya. Kami membungkus semula jeruk - jeruk ini kedalam botol dan plastik. Kami cuba iklankan melalui internet - malangnya tidak berhasil. Barangkali saya kekurangan ilmu perniagaan menerusi medium baru ini ketika itu.
Maka kami mengambil langkah lain - menjaja jeruk di bazar Ramadhan. Hendak menyewa tapak di bazar besar kami tidak mampu. Maka sekadar menyelit dicelah peniaga di bazar perumahan saya, kami meletak meja tanpa berpayung. Dengan berpanas, Batrisya ketika itu baru beberapa bulan terpaksa kami bawa bersama dan meletakkan dia didalam kereta sorong. Ya Allah..sedih sungguh apabila mengenangkan saat itu.
Dek kerana kasihankan kami, peniaga disebelah kami membeli jeruk kami kerana tiada pelanggan yang membeli pada hari itu, Hari berganti hari..setiap hari saya dan isteri tidak putus asa membuka meja lipat kami bagi menjaja. Ada satu ketika kami mencuba nasib di Flea Market di South City Plaza - hasilnya juga tidak seberapa.
Apabila tiba penghujung Ramadhan, kami berjaya mengumpul duit untuk pulang beraya di Kulim. Namun ia sekadar mencukupi untuk perjalanan sehala. Pulang ke Kuala Lumpur belum tahu lagi bagaimana nasibnya......
Kenangan AIdilfitri 2005
7 comments:
Aku sangat-sangat terkesan dengan entri ini...
Sen...betapa kesusahan itulah yang mengikat kita berpasak pada bumi yang nyata...
Moga kesusahan yang kita sama-sama tempuhi itu akan membuatkan selalu dan terus bersyukur pada Allah...
Ya Ijal..pengalaman sebegini sememangnya membuka mata hati ku
Begitulah hidup, adakalanya kita dibawah dan adakalanya kita diatas. Kisah saudara menginsafkan.
Berpegang pada janji Allah SWT, setiap yang susah pasti ada kemudahan.
Aliff
Terimakasih atas komen anda
Setuju dengan pandangan anda itu
Walaupn perit, tetap bersyukur sbb byk perkara yg kita pelajari...
Bersyukur jg dikurniakan Batrisya yg tdk byk beri kerenah ketika itu. Mungkin anak kita memahami kesusahan ibu bapanya.....
ini hanya "sekerat-sekerat" sejarah hidup en mohsen, sejarah sebelum dia kahwin? ketika menjadi student? kesusahan tersebut dapat diatasi kerana sebelum beliau menghadapi kesusahan tersebut beliau sudah biasa susah sebelum ini.
Post a Comment