Total Pageviews

Pelajar perempuan lebih menonjol sebagai pemimpin?

Mohsen Amdan Consultancy Sdn. Bhd. (M.A.C) adalah syarikat saya yang terkini dan ditubuhkan atas perkembangan operasi Lilcent Total Solutions yang sudah pun menjangkau usia 6 tahun. M.A.C pada awal operasinya telah dipertanggungjawabkan mengendali 3 program diperingkat sekolah menengah, satu Kolej Komuniti dan satu Politeknik Premier. Apa yang mengejutkan saya dalam hal ini ialah di semua lokasi program berkenaan, pelajar perempuan / wanita dilihat lebih menonjol dalam aspek kepimpinan.

Pelajar perempuan berbangsa India yang bersama dengan saya ini ialah seorang Penolong Ketua Pengawas, tetapi dia lebih berperanan dan berpengaruh berbanding Ketua Pengawasnya yang merupakan seorang pelajar Melayu lelaki. Pelajar India di sekolah ini merupakan golongan minoriti. Tetapi itu tidak menghalang pelajar ini menonjolkan kelebihan dirinya

Dari 3 buah sekolah menengah, 2 dari nya menyaksikan Ketua Pelajar mereka ialah seorang pelajar perempuan. Satu senario yang tidak pernah saya saksikan sebelum ini. Pada zaman persekolahan saya, lazimnya Ketua Pelajar mestilah pelajar lelaki. Malah saya sendiri pernah menjawat jawatan itu pada 1990.

Kedua - dua pelajar yang saya ceritakan di atas menunjukkan ciri kepimpinan yang sangat baik, malah seolah - olah kematangan mereka bukan seperti pelajar sekolah. Berani berbicara dengan terbuka, menegur kesalahan tepat pada waktunya, boleh memberi arahan dengan jelas malah mampu membuat keputusan dengan baik tanpa arahan dari guru.

Sebaliknya, saya perhatikan pelajar - pelajar lelaki pula yang seperti kurang tegas pendirian, lemah dalam komunikasi, sambil lewa dan tidak menonjol ciri - ciri kepimpinannya.

Begitu juga di Kolej Komuniti dan Politeknik Premier itu. Pelajar perempuan memainkan peranan cukup besar dalam kelangsungan program. Selain dari menguruskan makan minum, mereka turut menguruskan perjalanan program dan menjadi pengerusi majlis. Sangat sedikit sumbangan pelajar lelaki saya perhatikan.

Apakah yang sedang berlaku hari ini? Kenapa senario sebegini boleh berlaku? Saya faham sekiranya kemampuan pelajar perempuan meningkat tetapi tidak seharusnya pencapaian dan kemampuan pelajar lelaki pula merosot. 

Apa pandangan anda?

3 comments:

@shinie@ said...

jgn puji lebih2 cikgu...kang ade yg kecik hati...

syukriah said...

Setuju. Girl power. Kekadang pelajar perempuan saya lebih tangkas dan pantas dari pelajar lelaki. Pelajar perempuan saya jarang meruntun hati saya. Pelajar lelaki selalunya merunsingkan saya dan membuatkan saya sedih...sampai kekadang saya yang minta sesi jumpa peg psikologi. Hahaha...perlu sesi luah perasaan.

Mohsen Amdan said...

Syuk - saya baru selesai satu lagi program di sebuah sekolah - kali ini Ketua dan Penolong Ketua Pengawasnya ialah pelajar perempuan!!!