Total Pageviews

Creative Problem Solving For Supervisors Program

Senaman Qi-Gong juga turut menjadi aktivit dalam program kali ini

Sesi kajian kes
Pn. Aida (Petronas Carigali) sedang menunjukkan satu hasl ciptaannya
Antara hasil kerja peserta
Aktiviti dalam kumpulan (David Fong berkemeja putih)




Salam

17 - 18 Disember 2008

Vistana Hotel Pulau Pinang

Saya telah dijemput mengendalikan satu Public Program bertajuk Creative Problem Solving For Supervisors yang berlangsung 2 hari. Peserta seramai 11 orang yang datangnya dari pelbagai sektor di sekitar Pulau Pinang dan seorang dari Petronas Carigali Kuala Lumpur.

Antara yang menarik ialah sepasang suami isteri yang berumur 69 tahun iaitu En. David Fong dan Pn. Maureene. Pasangan ini sangat saya kagumi kerana mereka merupakan pemilik kilang yang menjahit seluar jeans yang mana dieksport ke negara luar lalu dijahit logo jenama terkenal sperti Levi's, Nike dan sebagainya. Maka hebat sangat sebenarnya menyarung seluar jeans terkenal itu kerana ia dibuat di Bukit Mertajam! (faham maksud saya?)
Lebih menarik lagi, En. David Fong merupakan salah seorang yang menyimpan banyak sejarah melibatkan negara kita di mana beliau pada satu ketika berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri untuk Tuanku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak. Pembikinan Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru dan beberapa perkara penting negara turut membabitkan beliau secara langsung. Beliau juga telah ditugaskan untuk masuk ke hutan dan bertemu dengan komunis untuk menerangkan Nation Building agar mereka dapat menurunkan senjata dan menerima pembentukan Malaysia

Saya akan cuba mengaturkan satu sesi temubual dengan beliau bagi mendokumenkan catatan sejarah yang mana masih banyak perkara yang tidak diketahui oleh masyarakat terutama golongan muda.

Berbalik kepada program yang dijalankan, Alhamdulliah berjalan lancar dan membuahkan hasil yang sangat menggalakkan. Semoga peserta program mendapat manfaat dan berjaya di masa akan datang

Mohsen Amdan berkata : Berfikir secara kreatif bukan hanya kepada mereka yang terlibat dalam industri kreatif sahaja

Sesi Rakaman Suara Regu - Kali kedua

Saudara Din Maidin sedang memberi tunjuk ajar kepada anaknya..turut kelihatan anak -anak lelakinya

Saudara Din Maidin yang sedang merakamkan suaranya

Fairuz yang sedang mencari feel


Salam

Akhirnya sesi rakaman kali kedua untuk suara latar siri animasi REGU selesai dilaksanakan di studio milik Oney - bekas penyanyi May / Lipan Bara. Lebih menarik kali ini, aktor Din Maidin (Koperal Lingam) bersama anak - anaknya turut menyumbangkan suara bagi menjayakan projek ini.

Fairuz (Creative Director Flipsio) membawakan watak Edi - hero kisah ini manakala saya...

jeng..jeng..jeng..ada juga membawakan satu watak..nak tahu apa dia..nantikan kemunculannya di Astro Ria (barangkali) pada 23 atau 26 Januari 2009.

Mohsen Amdan berkata: Dato Yusof Haslam pernah berkata kepada Din setelah selesai satu take dalam salah satu penggambarannya "That's the best among the worst"

Persembahan Eksklusif Dewangga Sakti 13 Disember 2008


Salam...
Dewangga Sakti dengan gembiranya menjemput anda ke Showcase / Concerto / Persembahan kami pada 13 Disember 2008 bertempat di Alliance Francise Jalan Semarak Kuala Lumpur.
Anda akan dihiburkan dengan lagu - lagu Dewangga Sakti serta beberapa lagu malar segar yang bakal mengundang nostalgia serta keasyikan.
Tiket berharga RM15 dan RM10 berserta minuman percuma setiap satu.
Jadi..jangan lepaskan peluang ini....

Selamat Aidil Adha - Sirih Pulang Ke Gagang

Gotong royong menumbangkan lembu milik bonda Mariam

Senarai pemilik korban dan petugas yang dikongsi oleh saya

Hj Omar (memegang parang) mengetuai bacaan doa - Hakim disebelah kirinya

Hj Omar menyembelih lembu yang dikongsi oleh kami sekeluarga



Salam..

8 Disember 2008
Masjid Nur Saadah Kampung Cheras Baru
Selamat menyambut Hari Raya AidilAdha kepada anda semua.
Semoga semangat berkorban sentiasa bersama anda.
Alhamdulliah tahun ini saya turut menyertai ibadah korban dengan berkongsi bahagian dengan ahli keluarga yang lain. (seperti dalam senarai)
Ini merupakan kali pertama kami adik beradik berkongsi qurban.
Seperti tajuk entri kali ini, sirih pulang ke gagang sebenarnya dirujuk kepada abang saya iaitu Hj Omar yang mana kini berkhidmat sebagai Imam 1 masjid Nur Saadah Kampung Cheras Baru. Setelah beberapa tahun berkhidmat di masjid sekitar Selangor, kini beliau dilantik di halaman sendiri.
Alhamdulliah, setelah PRU 12 yang menyaksikan perubahan kepimpinan Selangor, perubahan kepimpinan masjid ini juga turut merasai tempiasnya.
Orang kampung yang dulu terpinggir kerana berlainan aliran politik kini mendapat tempat di masjid ini dan berjaya mengimarahkan masjid kami. Ustaz Salim yang pernah dipecat oleh kepimpinan terdahulu semata - mata tidak sehaluan politiknya, kini menjawat Nazir masjid. Sememangnya, beliau yang selayaknya memandangkan ilmu agama beliau yang tinggi. Beliau merupakan barisan agamawan di zaman Allahyarham Ishak Baharom di mana beliau menolak pelawaan Allahyarham dalam penubuhan Majlis Ulama atas kerendahan hati.
Hj Omar juga merupakan lapisan kedua dalam kepimpinan Kampung Cheras Baru, di mana dia kini dibantu oleh lapisan ketiga diposisi bilal iaitu rakan sekelas saya semasa SRK Kampung Cheras Baru iaitu saudara Hakim.
Proses pengkaderan pemimpin baru sememangnya subur di Kampung Cheras Baru dan diterjemahkan pada Solat Sunat AidilAdha tadi di mana saudara Hakim telah ditugaskan membaca khutbah walaupun beliau menjawat Bilal dan ada 3 imam yang bertugas di sana.
Inilah satu proses yang saya lihat penting dalam membentuk pelapis kepimpinan di mana yang muda dibimbing bukan diarah tak tentu hala.
Oh ya...isteri dan anak - anak saya ada di Kulim, saya akan ke sana usai solat Asar nanti bersama bonda Mariam.
Mohsen Amdan berkata : Moga keikhlasan hati mengiringi semangat pengorbanan kita

Gabungan pelbagai pendapat yang disulami dengan baik mampu memberikan kesimbangan terhadap pelbagai perkara

Salam...

2 - 4 Disember 2008

Kem PULAPES Jugra Banting

Institut Kecemerlangan Pengurusan yang ditubuhkan atas inisiatif Pejabat Menteri Besar Selangor telah menganjurkan Kursus Kejurulatihan bagi melatih tenaga pengajar yang akan berkhidmat ntuk Negeri Selangor. Ini merupakan satu usaha bagi membolehkan program latihan diberikan kepada mereka yang terlibat dalam pentadbiran negeri Selangor memahami aspirasi kerajaan negeri yang baru.
Dari kiri - YB Saifuddin, YB Azmin , YB Fuziah , YB Sivarasa , Razlan (peguam DSAI)

Walaupun telah lebih 9 bulan kerajaan PR mengambil alih kerajaan negeri Selangor, namun hanya kini barulah program sebegini dilaksanakan memandangkan pelbagai isu yang perlu ditangani terlebih dahulu.
Antara peserta yang hadir

Sebanyak 40 orang telah dijemput hadir ke program ini di mana terdiri dari tenaga profesional dalam bidang latihan, ahli politik serta NGO yang bakal terlibat dalam proses penambahbaikan ini.
YB Dr. Rodziah menjelaskan perkembangan terkini Selangor

Saya yang pada mulanya agak skeptik dengan program ini bimbangkan proses doktrinisasi berlaku namun jangkaan saya meleset. Saya bukanlah ahli kepada mana - mana pertubuhan politik, namun sebagai seorang yang mengikut rapat perkembangan semasa, rasa kagum turut terdetik dihati. Kagum dengan tekad dan keazaman mereka yang benar - benar berjuang untuk kebaikan masyarakat serta kagum dengan pencapaian negeri Selangor khususnya dalam tempoh yang tidak sampai setahun.
Role Play dari salah satu kumpulan

Akan saya kongsikan nanti pencapaian Selangor buat masa ini, namun sesuatu yang ingin saya kongsikan di sini ialah, Insyallah SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor) bakal menjadi milik kerajaan negeri dalam masa terdekat...

Mohsen Amdan berkata : Kagum dengan kesanggupan YB-YB untuk turun padang dalam kesibukan Parlimen dan berkongsi harapan serta pandangan.

Program Kecemerlangan Kesetiausahaan SUK Pulau Pinang

Lubuk buat mereka yang mencari rezeki

Pemandangan dari tingkap tingkat 29 KOMTAR Pulau Pinang
Peserta program yang memberikan fokus 100%

Perbincangan dalam salah satu sesi bengkel


Salam...
24 - 25 November 2008
Tingkat 29 KOMTAR Pulau Pinang

Berada di tingkat 29 menara KOMTAR selama 2 hari merupakan satu pengalaman menarik saya dalam sejarah pengendalian kursus atau program kerana kali ini saya berhadapan dengan peserta yang datangnya dari satu kerajaan negeri. Tambahan pula Pulau Pinang pula kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat yang membuatkan saya lebih teruja kerana ingin mengetahui perkembangan negeri itu secara dekat.
Program yang dirangka khas untuk setiausaha dan pembantu peribadi (PA) adalah atas usaha saudara Isa Al Husam iaitu peneraju HusamWaksa Sdn. Bhd. Beliau yang telah berjaya membawa saya ke Pulau Mutiara ini.
Program selama 2 hari ini memberi penekanan kepada aspek penambahbaikan dalam aspek seorang setiausaha atau personal assistant terutamanya dari sudut psikologi dan komunikasi interpersonal.

Seperti biasa, mereka yang menjawat jawatan seperti ini merupakan orang yang paling susah mendapatkan cuti mahupun untuk terpilih ke kursus. Atas sebab ini, jelas kelihatan semua peserta begitu bersemangat dan fokus sepanjang 2 hari kursus diadakan. Syabas saya ucapkan!

Mohsen Amdan berkata : Andainya saya diberikan kuasa untuk menentukan gaji pekerja, setiausaha / PA pastinya merupakan mereka yang dibayar tinggi berdasarkan tanggungjawab besar yang mereka jalankan.

Kurang 12 jam lagi...

Salam…
Kurang 12 jam lagi ..sesuatu perubahan ketara akan berlaku dalam hidup saya
Kurang 12 jam lagi… saya akan memasuki fasa baru dalam kehidupan
Kurang 12 jam lagi… saya akan meninggalkan satu susunan nombor yang tidak mungkin saya perolehi semula
Kurang 12 jam lagi…saya akan mendengar sebuah lagu yang ditujukan khas buat saya setahun sekali
Kurang 12 jam lagi...isteri saya juga bakal mendendangkan lagu itu kepada saya
Kurang 12 jam lagi...27 November 2008 akan muncul
Kurang12 jam lagi...saya akan berumur 30!
Kurang12 jam lagi...saya akan menyambut ulang tahun ke 30!
Kurang 12 jam lagi...

Perkembangan minda kanak - kanak

Beri peluang kepada anak - anak meneroka potensi diri

Kanak - kanak perlu diberi peluang mencuba apa yang dilakukan oleh ibu bapa seperti tugas harian bagi mereka memahami perilaku orang dewasa

Salam...
Perkembangan minda kanak - kanak melalui pelbagai fasa yang kompleks di mana pelbagai faktor luaran yang mudah mempengaruhi mereka. Bukan menolak kepentingan faktor dalaman tetapi ciri pembelajaran kanak - kanak yang menumpukan kaedah meniru apa yang dilihat dan di dengar membuatkan mereka begitu mudah terpengaruh.
Apabila di lihat dari aspek pembentukan diri, aspek ini sering terlepas dari pandangan ibu bapa. Ini adalah kerana dengan himpitan keperluan dan kehendak kehidupan, kebanyakan ibu bapa terpaksa keluar mencari rezeki sehinggakan hampir 70% dari proses perkembangan anak - anak sejak usia beberapa bulan sehingga awal persekolahan berputar sekitar pusat jagaan anak - anak atau pusat didikan awal yang kini mempunyai pelbagai pendekatan tersendiri. Melihat kembali kepada sumber makluimat menerusi penglihatan dan pendengaran mereka, pastinya apa yang dituturkan oleh rakan sebaya atau guru / pengasuh mereka mudah melekat dan menjadi ikutan mereka. Apabila perkara ini berlaku dan sesuatu yang negatif dituturkan / dilakukan oleh mereka, ibu bapa bakal berdepan dengan kesukaran memperbetulkannya.
Ini kerana mereka merasakan apa yang dilakukan oleh rakan sebaya lebih menepati pemahaman mereka.
Nantikan sambungannya...

Mohsen Amdan berkata : Rakan sebaya merupakan agen sosialisasi yang terkuat dalam pembinaan nilai manusia

Sang Kancil dan Sang Buaya


Masih ingatkah anda kepada kisah animasi buatan Malaysia yang pertama? Bagi generasi X atau generasi Y yang awal mungkin mengetahui mengenainya. Kisah Sang Kancil dan Sang Buaya merupakan kisah klasik yang telah diangkat ke bentuk animasi oleh Filem Negara dahulu. Kisah mengenai kebijaksanaan Sang Kancil berdepan dengan Sang Buaya yang tidak mengenang jasa setelah Sang Kerbau menolongnya.

Namun, tahukah anda siapa yang disebalik tabir siri itu? Beliau ialah En Hassan Mutalib yang kini menjadi penasihat atau pengerusi atau pengetua (maaf..tidak pasti) kepada Darul Digital di Kelantan. Orangnya berwatak sederhana namun ilmunya penuh di dada. Mengenali beliau sebagai mentor kepada IPCC (Intelectual Property Creative Challenge) merupakan satu rahmat dari Allah kerana banyak perkara mengenai industri ini yang dapat saya pelajari darinya.

Beliau juga banyak menulis dan mengkritik mengenai dunia perfileman tanah air. Cara pengamatan beliau yang tajam dan kritis membuka satu horizon baru untuk saya berfikir mengenai perkara kreatif.

Gambar di atas adalah ketika saya dan Fairus (Creative Director Flipsio) sedang bersama En Hassan dalam satu sesi mentoring di Cyber Center KL Sentral. Ketika sesi ini, beliau baru saja mendengar penerangan kami mengenai jalan cerita baru REGU yang sedang kami usahakan.

"This is probably the most interesting one" kata beliau merujuk kepada REGU berbanding siri animasi lain yang menyertai IPCC kali ini.

Kembang juga hidung dibuatnya apabila beliau berkata sedemikian.

Ia menguatkan lagi azam kami untuk memberikan yang terbaik kepada industri.

Terimakasih En. Hassan!


Mohsen Amdan berkata : Hanya jauhari mengenal manikam

Mencari kelainan dalam kehidupan

Dalam melayari kehidupan ini, pastinya kita sering ketemu dengan seseorang atau sekelompok manusia yang cuba mencari atau membuat kelainan. Fahaman, perbuatan, sikap dan nilai sering menjadi paksi kepada sesuatu kelainan. Dari sekumpulan kecil penggiat, ia mampu menular kepada satu budaya baru. Lihat sahaja sekeliling anda, dari peminat barangan klasik sehingga manusia yang sanggup menolak hukum alam apa tah lagi aturan Allah swt semata - mata atas nama kebebasan.
Yang terkini, isu penkid atau pengkid yang difatwakan haram oleh Majlis Fatwa kebangsaan. Adakah Majlis Fatwa ini begitu tidak berkuasa atau berpengaruh sehingga mudah diperlekeh oleh mereka yang mengaku memperjuang hak manusia?
Apakah anda melihat isu wanita beperwatakan lelaki ini hanya pada landasan meniru gaya pakaian dan tingkah atau sesuatu yang lebih dari itu?
Siapakah Food not Bomb yang begitu lantang menentang fatwa ini? Saya mengenali beberapa orang yang menyertai gerakan ini dan saya pasti tidak semua dikalangan mereka setuju untuk menentang fatwa ini. Tanyakan diri mereka, bagaimana sekiranya ibu yang mereka kasihi berwatak pengkid? Mahukah mereka menyokong dan membiarkan ayah mereka merana? Atau sebaliknya melihat ayah mereka berpakaian wanita dan sokonglah ayahnya itu atas nama hak manusia?
Atas hujah psikologi sosial, manusia mencari kelainan atas pelbagai alasan. Namun ia tetap membawa kepada satu natijah yang sama iaitu untuk menarik perhatian. Manusia mudah bosan atas sesuatu yang sama untuk satu tempoh panjang. Atas dasar itu, iman manusia kepada Allah diikat dengan dosa dan pahala, cubaan dan rezki serta musibah dan nikmat. Maka kehidupan manusia itui akan lebih berwarna warni dan mengelakkan manusia itu bosan.
Mendapat perhatian ini merupakan antara keperluan manusia. Kenapa memakai pakaian mahal pada majlis tertentu atau keluar bersama kekasih? Mengapa ramai mengimpikan kereta mahal dan menarik?
Ya...mungkin anda ada alasan tersendiri berbuat demikian..namun memetik kata U-Wei Hj Shaari
"Jangan lain kerana nak jadi lain, nanti sesat takuit tak terbawak"
Mohsen Amdan berkata - Panduan Allah lebih memudahkan dari cara] manusia yang hanya menyusahkan manusia iotu sendiri

REGU - Sebuah siri animasi yang bakal menemui anda!

Servis kuda oleh salah seorang pemain Malaysia yang dikenali sebagai Panjang. Memang deras dan padu

Salah satu gambar aksi menarik - perhatikan betapa tinggi lonjakan 'blocking' Azizul (berseluar merah).

Gambar di atas merupakan sebahagian dari aksi pertandingan sepaktakraw tertutup Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang saya sertai pada 1 dan 2 November lalu bertempat di Dataran MPAJ. Walaupun menyedari keadaan fizikal saya tidak lagi seperti dulu, namun semangat menyiapkan siri animasi REGU telah mendorong saya bersaing. Di taja oleh TAF 5 (terimakasih Abg Zul) saya ditemani oleh Azhan (Lembaga Zakat Selangor) dan Along (bekas penjaga gol TM Melaka) kami terkandas di pusingan kedua. Oh ya...saya tidak bertindak sebagai killer sebagai mana biasa tetapi sebagai tekong.

Berbalik kepada REGU, kami sedang memasuki fasa produksi yang ketat. Kami ke studio 4TH Screen di Diamond Square milik Chip minggu lalu untuk sesi rakaman suara latar. Hampir siap dan kami sendiri semakin berdebar - debar menanti produksi ini ke fasa seterusnya.

Yus sedang merakamkan suara

Fairus dan Azizan meneliti skrip sebelum rakaman bermula

Firdaus menunjukkan bakat

Chip dan sound engineer sedang buat kerja dengan tekun sekali

GambarNovela - Gemuruh lagu gemuruh di Great Eastern Life

"Haaaaahhh..setakat lagu gemuruh tu..senafas jek aku tenyeh..bagi je instrumen apa..suma boleh"

"Apa la nak risau sangat diorang ni..aku tak yah gi training pun boleh main lagu tu" kata Rock dengan confidentnya

"Argghh sudah..key apa plak nak aku tenyeh ni..boleh ke si Mohsen nyanyi macam Faizal Tahir?" ragu Norman pada dirinya

"Mat Rock ni biar betul...aku dah panik ni..siapa aku nak call untuk menenangkan hati ni?" bisik Raof pada dirinya
"Serius korang nak tau camna nak jadi konfiden dan
belasah lagu Gemuruh ni?" tanya Rock kepada semua
"Kau biar betul Rock...orang tengah gemuruh nak kena main lagu Gemuruh ni, senang - senang je kau kata nak jadi konfiden tak susah" getus Wahyun
"Kau percaya la si Rock tu...cakap boleh la..kita praktis sampai pukul 2 pagi tau tak" sambut Norman


"Ni caranya..." kata Rock
"Yaaaa..bertukar kepada Belalang Tempur!!!"
"Ohhh..bertukar jadi belalang tempur macam ni baru boleh jadi confident ek?? Hmm..boleh tahan juga aku rasa confident ni" ujar Norman
"Alamak..aku takde cermin mata camtu..camna?" kata Raof dalam kebingungan
"Haah..cam gini je main lagu Gemuruh ni...gesek aje..tu pun susah ke?" kata Rock sambil menunjukkan kemahirannya
"Eleh..setakat camtu...anak aku pun boleh" kata Perwira
"Hmm..boleh tahan juga.." bisik Norman pada dirinya
"Aku follow je.." kata Raof kepada cameraman
"Kalau aku pandai main violin sikit - sikit macam Rock, mesti aku boleh berjaya
sebagai artis solo...lagi masyuk..."

Dato Zaid Ibrahim - Angin Si Pauh Janggi di Soka Gakai -

Wajah yang banyak menimbulkan kontroversi dalam sistem perundangan Malaysia tahun ini
YM Raja Ahmad memberi ucapan pembukaannya

YB Dato Zaid Ibrahim begitu bersahaja dalam ucapannya

Kumpulan Makyong Kijang Mas membuat persembahan

Dewangga Sakti berMakyong dengan gaya tersendiri

Salam...

26 Oktober

Dewan Soka Gakai Kuala Lumpur

"Saya ingin berterimakasih kepada YM Raja Ahmad dan Pengarah Soka Gakai Kuala Lumpur kerana menjemput saya walaupun mereka berterimakasih kerana saya hadir dalam kesibukan jadual saya. Sebenarnya saya sudah tidak sibuk lagi kerana saya sudah tidak bekerja"

HAHAHAHAHHA

Disambut hilai ketawa hadirin

Pastinya ramai yang faham maksud beliau...maklumlah dah letak jawatan, jadi tiada kerja lagi.

Kehadiran beliau kesana adalah bagi merasmikan pameran Angin Si Pauh Janggi - Kenangan Mak Yong Khatijah Awang yang dianjurkan oleh Galeri Menora dan Soka Gakai Malaysia.Ini merupakan hasil karya Dr. Zainon - budayawanita yang banyak menyumbang dari kerusi UKM.

Mendengar kepada Dato Zaid Ibrahim berucap, mengundang rasa kagum ke atas individu ini. Secara peribadi, ini merupakan kali pertama mendengar ucapan secara langsung dari beliau. Suara bass nya mungkin sesuai untuk suara narator siri animasi. Serius!!!

Kagum kerana keberanian meletak jawatan seperti yang dilakukannya adalah jarang dilihat dikalangan pemimpin Melayu khususnya. Bukan perkara mudah melepaskan jawatan penting dan berpengaruh atas dasar menegakkan keyakinan terhadap sesuatu. Ini baru pejuang!!!

Berbalik kepada persembahan pada hari itu, Dewangga Sakti diundang oleh Melur menerusi hubungan baik dengan Zoy. Kami hanya berlima dan pakaian kami tidak seperti yang dijangkakan mereka. Kami bersantai dalam pakaian tetapi mereka mahukan pakaian seragam kami rupanya. Tapi tak mengapa..pakaian kami tetap hip dan trendy! Kami memulakan persembahan apabila sesi jamuan dimulakan. Hanya lagu Si Dia Datang yang dinyanyikan dan selebihnya instrumental. Dan setiap kali lagu yang ada bunyi suara kami akan disorak dan ditepuk tangan oleh mereka yang berada di meja VIP. Barangkali kena nyanyi banyak lagi rasanya.

Oh ya...ketika pelancaran pameran ini, satu persembahan Makyong telah ditunjukkan oleh Kumpulan Kijang Mas yang dibawa dari Kelantan. Memang asyik mendengar gesekan rebab dan paluan gendang yang bertenaga. Ada juga bahagian persembahan yang rasanya bagai nak tertegak bulu roma!

Apa pun, karya Dr. Zainon memang ada kelainan tersendiri. Silalah ke Sooka Gakai untuk menilai sendiri.

Mohsen Amdan berkata : Laksam yang dihidangkan memang menambat kalbu..Perghhh 2 kali tambah beb!!!!

Berhari Raya dan Deepavali gaya Lifestyle!

Raof yang begitu LifeStyle sekali
Kanak - kanak sedang bersiap untuk berjoget

Hi..I'm Conrad Rozario...

itu antara dialog awal saya dan Mr.Conrad Rozario, Managing Director Lifestyles Sdn. bhd. yang terletak di Menara Merais Petaling Jaya. Beliau bertemu dengan Dewangga Sakti buat kali pertamanya ketika kami sedang membuat persediaan di atas pentas sempena persembahan di AmCorp Mall. Kami bertukar nombor telefon dan beliau telah menjemput Dewangga Sakti membuat persembahan tanpa mengetahui bagaimana persembahan kami.

22 Oktober 2008 kami telah menghiburkan para pengedar lifestyle bersempena Majlis Rumah Terbuka Hari Raya dan Deepavali. Majlis santai dan meriah ini memerlukan kami mengerah keringat untuk menghiburkan hadirin kerana konsepnya interaktif.

Kali ini, Wahyun tidak dapat menyertai kami kerana adik bongsu kami ini sedang membuat persiapan untuk menempuhi peperiksaan akhir.

Beberapa games yang dkendalikan oleh saya seperti meneka nama instrumen, berjoget serta menyanyi lagu rasa sayang merupakan kali pertama pengalaman saya sebagai penghibur. Pastinya saya perlu membuat persediaan yang lebih selepas ini.
Mohsen Amdan berkata : Bukan mudah nak menghiburkan orang...kadangkala perkara spontan lebih menghiburkan daripada sesuatu yang sangat terancang...

Persembahan Dewangga Sakti di Kilang Dewina Brahim's




Antara percikan bunga api di angkasa yang berjaya dirakamkan

Salam...

18 Okotober lepas Dewangga Sakti telah dijemput oleh Pn Latifah dari Dewina Brahim's atau yang lebih dikenali sebagai Brahim's Food untuk menjayakan jamuan hari raya mereka di Bandar Baru Bangi. Azman tidak dapat menyertai kami kerana masih dalam perjalanan pulang dari Hong Kong dan hari itu menyaksikan hanya kami berenam beradik sahaja membuat persembahan.

Semak bunyi dijadualkan pada jam 5 petang. Tetapi saya dan Raof tiba jam 5.30ptg manakala Rocky pula tiba lebih awal namun pergi pula ke Kajang untuk majlis rumah terbuka kumpulan rock kangkang terkenal negara iaitu BLOODSHED! Norman dan Zul pula keresahan menanti Wahyun yang tidak kunjung tiba di Taman Melati mengakibatkan semua ahli berpeluh ketiak kebimbangan.Alhamdulliah akhirnya mereka bertiga tiba tepat pada masanya.

Persembahan malam itu memerlukan kami membuat persembahan di bawah kanopi yang kipasnya tidak berfungsi...berpeluh - peluh dibuatnya.

Kami memainkan 3 set persembahan di mana diselang selikan dengan CD lagu raya dan makanan yang cukup lazat. Malangnya saya tidak dapat menikmati makanan sepenuhnya kerana kesuntukan masa dan gerai2 makanan ditutup tepat pada masanya.

Malam itu juga diserikan dengan persembahan bunga api yang memukau (macam sambut Merdeka pun ada). Hebat sekali.

Oh ya..bagi sesiapa yang belum mengetahui mengenai syarikat ini, ia dipengerusikan oleh kekanda kepada PM Malaysia yang tercinta.

Kami enjoy pada persembahan malam itu dan Rocky pula usai majlis terus bergegas semula ke rumah terbuka BLOODSHED..

Rocky..rocky..

Ko memang mat rock sejati

Mohsen Amdan berkata : Terimakasih daun keladi kepada Puan Latifah..Kalau ada majlis jemputlah lagi