Total Pageviews

Program Kecemerlangan Kesetiausahaan SUK Pulau Pinang

Lubuk buat mereka yang mencari rezeki

Pemandangan dari tingkap tingkat 29 KOMTAR Pulau Pinang
Peserta program yang memberikan fokus 100%

Perbincangan dalam salah satu sesi bengkel


Salam...
24 - 25 November 2008
Tingkat 29 KOMTAR Pulau Pinang

Berada di tingkat 29 menara KOMTAR selama 2 hari merupakan satu pengalaman menarik saya dalam sejarah pengendalian kursus atau program kerana kali ini saya berhadapan dengan peserta yang datangnya dari satu kerajaan negeri. Tambahan pula Pulau Pinang pula kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat yang membuatkan saya lebih teruja kerana ingin mengetahui perkembangan negeri itu secara dekat.
Program yang dirangka khas untuk setiausaha dan pembantu peribadi (PA) adalah atas usaha saudara Isa Al Husam iaitu peneraju HusamWaksa Sdn. Bhd. Beliau yang telah berjaya membawa saya ke Pulau Mutiara ini.
Program selama 2 hari ini memberi penekanan kepada aspek penambahbaikan dalam aspek seorang setiausaha atau personal assistant terutamanya dari sudut psikologi dan komunikasi interpersonal.

Seperti biasa, mereka yang menjawat jawatan seperti ini merupakan orang yang paling susah mendapatkan cuti mahupun untuk terpilih ke kursus. Atas sebab ini, jelas kelihatan semua peserta begitu bersemangat dan fokus sepanjang 2 hari kursus diadakan. Syabas saya ucapkan!

Mohsen Amdan berkata : Andainya saya diberikan kuasa untuk menentukan gaji pekerja, setiausaha / PA pastinya merupakan mereka yang dibayar tinggi berdasarkan tanggungjawab besar yang mereka jalankan.

2 comments:

Anonymous said...

salam En.Mohsen,
i've just receive ur cd today (kursus PA in SUK Penang)...kelakar gak tengok muka masing2....anyway, thank u for the '2' interesting days and the effort nak buat cd tue. Keep up the good work.
p/s: Still practising "CHEESE" every hour...hehe
-nadia-

Mohsen Amdan said...

Salam Nadia,
Terimakasih di atas respon anda.
Saya akan ke Penang lagi InsyaAllah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bersama anggota SUK tidak lama lagi.
Moga ilmu yang kita kongsikan dapat dimanfaaatkan bersama
Sukses selalu!!!