Total Pageviews

Selamat Hari Ibu! Terkini


Salam...

heheheh..dah macam isu sensasi la pulak siap ada update!
Kami baru selesai menyambut Hari Ibu dengan 4 orang ibu diraikan dalam majlis kecil kami.

Angin kuat bertiup kencang sebelum hujan membasahi bumi

Majlis yang diadakan di rumah ibu mertua saya di Kulim ini sebenarnya mengingatkan saya tentang sesuatu. Seolah - olah Deja Vu, suasana mendung dan diikuti dengan hujan lebat menyegarkan semula memori 3 tahun lalu di mana kami sekeluarga menyambut hari lahir anak sulung saya NurBatrisya Wafa yang pertama. Ketika itu cuaca sebegini mengiringi kami dan yang paling penting ialah, ketika itu Allahyarham bapa mertua saya - Hj Remli Saad merupakan insan yang paling teruja dan gembira kerana majlis yang meriah itu meraikan cucu sulungnya. Saya dapat bayangkan andai Allahyarham masih bernafas pastinya majlis ini akan lebih meriah.

Salah satu dari kek yang disediakan


Apa pun, kami hanya menyambut secara kecilan namun meriah. Yusuff iaitu adik ipar saya sahaja yang tiada kali ini. Seperti saya maklumkan tadi, 4 ibu diraikan termasuk Amma - seorang ibu berbangsa India beragama Hindu yang seolah - olah ibu kedua buat adik ipar bongsu saya - Zaki yang sempat pulang dari kem latihan PLKN Langkawi. Ini juga menjadi bukti bahawa kasih sayang tidak mengenal warna kulit, bangsa atau agama. Moga rakyat Malaysia juga sependapat dengan saya dalam hal ini.

Bonda Wan Azizah
Hati ini juga terkenang Bonda Mariam yang berada di Cheras ketika ini. Moga dia selamat dan sihat di sana.

Mohsen Amdan berkata : Tak lama lagi hari bapa pula...ada peluang dapat hadiah barangkali

1 comment:

WAN said...

family yg bahagia....TQ & I love you Mama