Total Pageviews

Memacu Ke Arah Negara Berdaya Saing


Dato' Yaacob ketawa mendengar idea superhero yang menggunakan bulu ketiak
sebagai senjata

Salam..

Proses pembelajaran dan pembangunan merupakan salah satu elemen kepada pengiktirafan negara maju dan membangun. Negara yang hanya menjadi pengguna tanpa menghasilkan sesuatu tidak mempunyai daya saing terutamanya dari aspek modal insan.

Industri kandungan digital kini mencapai nilai trillion USD dan menuntut kepada penglibatan segenap lapisan masyarakat. Sebagai perbandingan, terdapat kanak – kanak dari Taiwan yang hanya berusia 9 tahun yang telah mencipta aplikasi permainan untuk I Phone. Ini secara tidak langsung membayangkan betapa majunya sesebuah negara. Sehubungan dengan itu, usaha membangunkan bakat – bakat muda dan baru bagi terlibat dalam industri ini perlu dijalankan secepat mungkin bagi mengelakkan Malaysia tercicir dari peta kemajuan dunia.


Catatan di atas merupakan pendahuluan bagi satu kertas kerja yang saya sediakan untuk K-Perak Inc yang dibentangkan semalam di PTTC - Jelapang Perak. Kertas kerja mengenai usaha membangunkan kapasiti tenaga kerja bagi industri kandungan kreatif yang masih suram di negara ini. Sebagai salah sebuah syarikat yang terlibat dalam usaha K-Perak membangunkan ICT di negeri hasil timah ini, menjadi satu tanggungjawab besar bagi kami menyumbang semula kepada pembangunan negeri - walaupun saya bukan anak Perak.

Mesyuarat selama hampir 2 jam setengah ini dipengerusikan oleh Dato Yaacob selaku peneraju K-Perak Inc. Uncle Sani - pembantu khas kepada MB Perak turut menyertai kami. Juga bersama kami ialah beberapa wakil NGO serta syarikat yang terlibat dalam projek bersama K-Perak Inc.


Bayangkan senario ini - sebuah syarikat animasi di Perak berjaya meraih satu kontrak besar bagi menghasilkan 26 episod bagi tayangan di Timur Tengah. Seronok, gembira, bangga dan pelbagai lagi perasaan akan timbul mengiringi kejayaan ini. Terpampang di dada media kejayaan syarikat ini memenangi kontrak dan pelbagai publisiti lagi diraih. Silap - silap dapat anugerah dari pembesar barangkali! Hebat bukan??

Namun disebalik kegembiraan ini, tahukah anda syarikat ini berdepan dengan masalah kekurangan tenaga kerja bagi menyiapkan 26 episod ini. Freelancer?? Ya...ini lah orang yang akan diburu bagi menjayakan projek itu. Soalannya...berapa ramai freelancer yang ada? Graduan dari IPTA atau IPTS kan ramai, mana mereka? Yaa...mereka ada. tapi tidak ramai yang berminat terlibat dalam industri ini sesudah tamat pengajian kerana bayaran yang kurang setimpal mahupun tidak tahan dengan tekanan kerjanya.


Berikut ialah beberapa isu yang perlu difikirkan

Isu semasa berkaitan tenaga kerja dalam industri multimedia kreatif

1. Kekurangan tenaga kerja dalam industri kreatif walaupun memiliki permintaan yang

sangat tinggi didalam dan di luar negara

2. Pendedahan kepada golongan belia mengenai prospek dan peluang yang terhidang agak

terhad sama ada diperingkat institusi pengajian atau agensi berkaitan

3. Pandangan masyarakat terhadap industri kreatif yang masih kurang memberangsangkan

4. Graduan tidak berminat meneruskan karier dalam bidang ini kerana imbuhan dan bidang

kerja yang tidak setimpal

5. Tempoh pembelajaran yang panjang di IPT sering menyebabkan pelajar menjadi bosan

kerana kecekapan berkaitan bidang kreatif lebih menuntut aplikasi dan praktikal.

Jadi, apakah penyelesaiannya?


Anda mungkin ada pendapat tersendiri untuk menyelesaikannya. Jika ada, jangan kedekut untuk berkongsi dengan saya kerana ia penting untuk pembangunan negara. Dipihak saya, apa yang akan kami lakukan ialah menerusi cadangan yang telah dikemukakan semalam dalam mesyuarat di PTTC itu.



Uncle Sani memberi penjelasan mengenai pendekatan yang digunakan

olehnya untuk menyatukan NGO


Satu program seperti yang telah Flipsio Creative Centre laksanakan sebelum ini di Bukit Kiara ialah dengan menjemput belia yang berminat dalam dunia kreatif melalui proses pembangunan ini.


Bidang kreatif tidak mengenal sijil; tetapi mengiktiraf bakat. Maka pencarian dan menggilap bakat ini yang akan kami laksanakan di Perak dalam masa terdekat ini. Beberpa nama besar dalam industri telah menyatakan minat untuk bekerjasama dalam hal ini.


Harapan saya ialah, dengan adanya program seperti ini, jumlah tenaga kerja separuh mahir dan mahir dapat ditingkatkan jumlah dan kualitinya. Dengan pertambahan modal insan ini, nilai daya saing negara akan dapat dipertingkatkan. Barulah mudah untuk kita mencari projek dari luar kerana tenaga kerja mencukupi.


Mohsen Amdan berkata : Ketepikan soal fahaman politik dalam aspek pembangunan negara, yang penting usaha perlu dipadukan dan disusun dengan mantap


Lenakah tidur mereka?

Perhatikan kedudukan kondo dan PPR yang menyeramkan ini

Salam...
Setiap kali saya ke rumah abang - abang saya di PPR Bukit Permai Ampang, pelbagai perkara yang bermain dibenak saya.
Persoalan yang paling kerap berlegar ialah - Lenakah tidur mereka?
Mereka yang saya maksudkan disini ialah penghuni PPR ini dan juga penghuni kondominium di atasnya. Pemandangan indah yang dimiliki oleh penghuni kondominium ini pastinya mengujakan terutamanya dapat menghirup udara segar diwaktu pagi serta menonton limpahan neon dikala malam. Namun, melihat kepada keadaan cerun dibawahnya pastinya mengundang gundah kepada mereka yang di atas mahupun di bawah.

Bayangkan jika ada ketulan batu yang merekah dan gugur ke bawah. Pastinya kereta yang diletakkan di kawasan parkir PPR ini menjadi mangsa setidak - tidak nya. Bagaimana pula jika bongkah besar jatuh dan menghentam PPR? Bagaimana pula jika bongkah batu yang ;lebih besar dan tanah menggelungsur sehingga kondo di atas rebah?

Persoalannya, bagaimana projek sebegini boleh diluluskan?
Kenapa pula ada yang sanggup menggadai nyawa semata - mata rasa mewah, pemandangan memukau atau seribu satu alasan lain lagi bagi mengiyakan pembelian perumahan sebegini.
Lebih malang lagi, Projek Perumahan Rakyat terletak dibawah cerun yang menakutkan ini.

Menurut YB Nik Nazmi, tanah - tanah milik kerajaan negeri yang berstatus bumiputera telah habis dijual oleh Khir Toyo. Malahan UNISEL juga telah dipajak ke sebuah bank dengan nilai RM100 juta dan pihak UNISEL tidak menerima se sen pun dari nilai itu. Malahan UNISEL pula yang perlu membayar hutang tersebut.

Hebat bukan...mereka - mereka yang melaungkan slogan memperjuangkan nasib MELAYU inilah yang sebenarnya menggadaikan MELAYU.
Mungkin akan ada yang sensitif dengan penulisan saya kali ini. Namun hakikatnya yang sibuk memperjuangkan Melayu bukanlah mereka yang berdarah melayu. Sebaliknya yang berpangkal Syed, yang berhujung Merican, dan macam - macam lagi yang langsung tak melayu.
Kenapa mereka ini sibuk nak perjuangkan?..Bak kata Nabil...Lu Pikir La Sendiri

Mohsen Amdan berkata : Melayu ni bangsa ke, rumpun ke, negeri ke atau apa sebenarnya?

Kerajaan Perpaduan - Politik semata atau cita - cita?


Mampukah Pakatan Rakyat menguasai pentadbiran di Putrajaya?
Salam...
Kerajaan Perpaduan yang di baca didada pelbagai media membuatkan ramai orang yang cakna cuaca politik semakin keliru. Disuatu sudut ia seolah - olah satu jalan kepada pengukuhan bangsa Melayu. Satu sudut lagi seolah - olah kelangsungan UMNO bakal menghampiri tebing yang curam dengan api yang marak membara menanti di bawahnya.


Mampukah ajaran Islam terus berkembang baik di negara ini?

Tuan Guru Nik Aziz diasak dengan pelbagai sudut yang begitu memerah keringat pemimpin PAS itu. Simpati saya melihatnya di kaca TV seolah - olah sengaja membebankan badan yang uzur itu dengan masalah yang besar. Sering tertanya dikalangan rakan - rakan siapakah yang mampu menggalas tugasan Tuan Guru Nik Aziz yang begitu besar peranannya.


Cahaya lampu yang cukup cantik menerangi Putarajaya

Putrajaya pula kelihatan semakin pudar kesannya kepada pembangunan negara dengan Tun Mahathir semakin kerap muncul di media - seolah - olah beliau masih meneraju negara.


Putrajaya menjadi tarikan hebat kepada pelancong - adakah itu fungsi Putrajaya sebenarnya?

Syed Hamid Albar dan Omar Ong yang sudah pasti bakal meneraju Petronas dipertikaikan oleh pelbagai pihak akan kemampuan mereka berbanding Hasan Merican. Kencana milik Mokhzani pula dikatakan semakin berpengaruh dalam operasi Petronas.


Antara projek terbengkalai di Putrajaya

Isu pendidikan yang tiada penghujung dihambat dengan generasi baru yang kurang bermaya memeningkan kepala.

Apa yang akan berlaku dalam masa beberapa tahun lagi menuju ke 2020? Mampukah Malaysia bersaing dipentas dunia?

Mohsen Amdan berkata: Syukur kerana sudah makin kurang rekod Malaysia Book of Record yang merapu kebelakangan ini

Promotion Strategy For Life Long Learning



Pembentangan dari peserta terbaik program - En Woo

Pensyarah Bahasa Inggeris - Pn. Devi yang sangat komited

Kak An (tudung putih) turut serta dalam program walaupun
beliau merupakan urusetia program

Sesi ceramah


Salam
16 -19 Jun 2009
Puteri Bayu Beach Resort
Pulau Pangkor
Outreach:Promotions Strategy For Life Long Learning

Apabila rakan - rakan mengetahui tajuk kursus yang saya kendalikan ini, mereka tertanya - tanya apakah kandungannya. Program yang dirangka khas dibawah Kementerian Pengajian Tinggi ini memberi tumpuan kepada Politeknik dan Kolej Komuniti bagi proses mempromosikan Konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat. Kumpulan sasar program ini ialah pensyarah yang mana mereka perlu menerapkan konsep ini kepada masyarakat dan pelajar khususnya.

Saya akan mengendalikan 4 siri program ini dan sesi ini merupakan yang pertama. Program yang saya kendalikan ini adalah dibawah My Training International - salah sebuah syarikat penyedia latihan yang berpengkalan di Seri Kembangan.

Sesi bengkel

Antara aktiviti outdoor yang dijalankan
Pada mulanya, saya menjangkakan peserta akan terdiri dari pensyarah Kolej Komuniti kerana mereka merupakan golongan sasar utama bagi program ini. Namun saya dikejutkan dengan kehadiran 100% dari Politeknik. Sesi pertama pada malam 16 Jun agak merisaukan saya kerana rata - rata peserta seperti tidak bersedia menjalani program ini - kerana mereka bukanlah kelompok yang sebenar.

Bukan karaoke - tapi simulasi iklan ala - ala Upin dan Ipin

Simulasi perasmian logo baru politeknik


Ombak besar menyukarkan kami menaiki bot
Modul bagi ikan makan
Hero remaja 2009

Apa pula yang dicarinya tu?
Alhamdulillah keadaan menjadi bertambah baik dan sedikit perubahan saya lakukan kepada kandungan program dan syukur ianya berjaya sehingga hari ke empat. Penglibatan seara aktif peserta serta perkongsian pandangan menyemarakkan lagi program ini


Tarik jangan tak tarik

Dah macam poco - poco pun ada

Mohsen Amdan berkata: Tahukah anda masih terdapat mesin berusia 40 tahun yang masih digunakan bagi tujuan pembelajaran di politeknik kita?


Ketua kumpulan 1 - En. Jaki mengambil hadiah selaku kumpulan terbaik

Peserta terbaik - En. Woo pensyarah yang berpandangan jauh

Penghulu peserta (En. Zairi) menyampaikan cenderahati kepada saya

Sepak Takraw - Perlawanan Persahabatan Ampang Tasik Menentang Putrajaya

Berbaris sebelum sesi perkenalan


Berjabat tangan dengan diketuai oleh Abg Din Maidin

Salam..
6 Jun 2009
Pancawarna Putrajaya (Belakang Palace of Justice)

Saya mendapat panggilan dari sahabat baik saya - Lan Biskut untuk menyertai satu perlawanan persahabatan Sepak Takraw dengan pasukan dari Putrajaya. Sebetulnya Lan Biskut mahu saya bermain diposisi Killer pada malam ini. Saya yang teruja dengan jemputan itu berlatih bersungguh - sungguh (maut aje) untuk mengasah semula Teknik Libasan Hiba Ke Telinga Lawan - teknik merbahaya dari saya yang akan mampu membuatkan mangsa terpaksa menggunakan headphone sepanjang hayat kalau terkena (acah aje)

Namun malam ini, ramai pula yang turut serta , maka saya pun bermain diposisi tekong pada set pertama dan set kedua di posisi feeder - seperti biasa menang la beb!!!


Regu veteran (Zul - tengah - dah veteran ke?)

Ketibaan kami pada jam 9 malam disambut dengan mesra oleh tuan rumah. Tidak membuang masa kami terus bersiap menyusun regu dan dibuka dengan salam perkenalan. Regu pertama membariskan Otai (Mat Bengkung), Zul dan Alex.  Regu tuan rumah yang memiliki Killer yang bagus menguasai set pertama. Set kedua dimenangi oleh kami. 


Ilma bersaing di udara

Set seterusnya dibarisi oleh Megok, Majid dan Ilmar. Saingan hebat pada set pertama di mana perlawanan seimbang dan seterusnya tarikan utama pasukan kami, iaitu Abg Din Maidin (Gerak Khas) masuk ke gelanggangg dengan dibantu oleh Ajim dan anak Abg Din iaitu Farouk di posisi tekong. Mereka menang set pertama dan set kedua, adik kepada Abg Din iaitu Ali masuk menggantikan Farouk. 


Farouk dengan servisnya

Libasan 'Sila' dari Din Maidin

Ali - adik Din Maidin dengan servis Champion of Screw

Megok dengan gaya umpama Pakdee MakanTerong

Set seterusnya berlangsung dan saya terpaksa berentap di gelanggang sebelah kerana kesuntukan masa. Set pertama saya di posisi tekong  dan menang 25 - 23 hasil servis tengkorak saya. Set kedua Lan Biskut pula kelihatan bernafsu untuk meledakkan servis kerok yang cukup menyeksakan dan kami menang mudah set kedua. Dapat juga saya memetik sebiji libasan killer pasukan lawan dan setting malam ni nampaknya salur yang mengiurkan killer (hehe puji diri sendiri)


Bukan senang nak tengok Lan Biskut jadi pengadil

Apa pun, setelah sekian lama tidak menyertai perlawanan persahabatan , perlawanan malam ini memang mengujakan dan saya berharap semangat bermain sepak takraw ini akan terus membara dalam diri saya

Mohsen Amdan berkata : 14 Jun ini ada pertandingan di Pinggiran Delima Hulu Langat. Katanya untuk bakat baru gred B - sejak bila pula ada gred? Saya gred berapa pula?  B tu untuk Bersara / Boroi / Buncit atau apa? 

Bangunan runtuh - Terbarai wang rakyat

Khabarnya sebelah dari bangunan KLCC ini ditaja oleh Kerajaan Brunei sebagai timbal balik kepada satu perjanjian besar, betul kah?
Salam..
Selepas bangunan di Petaling Jaya roboh, kini stadium yang baru dirasmi roboh. Dengan pelbagai pihak membuat kenyataan dan menuding jari, ingin saya kongsikan tulisan rakan saay yang juga merupakan antara penjawat awam yang berkaitan dengan projek - projek kerajaan. Nama dan jawatan beliau dirahsiakan

Tulisan beliau

Just komen peper hari ni....jkr tak kluar sijil siap kerja?...sbb dlm tempoh jaminan (defect liabilty period)...ada bagi partial completion (kat padang, trek dan sikit2 external works)..tu kata timb pengarah jkr terengganu.. pergh...nak gelak aku dibuatnya... aku ingat ini timbalan kena pi kursus balik la...ngarut. ..salah prinsip daaa..
 
Analisis aku...
 
projek ni sebenarnya belum siap (sbb takde sijil siap kerja) tapi apasal sukma dah guna?...untuk makluman...sijil siap kerja @ certificate of practical completion (CPC) hanya dikeluarkan apabila pegawai penguasa pada hematnya bangunan @ struktur itu telah siap praktikal yang mana sudah boleh berfungsi dengan baik (selamat untuk pengguna dan struktur2 binaan dan komponen2 utama yang sesuai dengan tujuan binaan itu dibuat telah boleh digunakan sepenuhnya.. . persoalannya? ...gila ape duduk kat bangunan belum siap..apa2 hal kang kat dalam tu sape nak tanggung..mati katak silap2...tuan penasihat undang2 gazebo kubur...ada ulasan?..
 
tempoh jaminan (defect liabiltiy period)
 
tempoh ini bermula selepas saja sijil siap kerja dikeluarkan. .biasanya 12 bulan (konventional contract) atau 24 bulan (design & build / turnkey contract)... atau apa2 tempoh sepertimana perjanjian kontrak yang dah sign...gunanya untuk mengesan apa2 kecacatan (yang minor sahaja..sebab tu dia letak bon perlaksanaan 5% of contract sum..ciput je kan?) selepas tempoh ini tamat...kalau projek jkr..ada spare 14 hari 3 bulan di mana 14 hari ini adalah tempoh last untuk keluarkan list of defect kpd kontraktor utk repair.luar tempoh tu..tak valid lagi....lagi 3 bulan tu ..merepair je la..dah siap repair..keluar lagi satu sijil iaitu  sijil siap membaiki kecacatan @ Certificate of making good defect..kalau kontraktor dah dpt cert ni..liability dia dah habis...TAPI. ..kalau bangunan failed sbb design...tu kes saman menyaman la pulak..tu dah jadi kes lain.persoalannya? ..apasal tak keluar cpc pada masa sepatutnya?. .takut ka?...ke tak confident nak kata bangunan tu dah siap?...kalau tak siap..apasal tak denda je kontraktor tu...kan ada process yang dibolehkan sejajar dengan syarat2 kontrak...ishhh banyak kuiri boleh buat ni?.malas la plak nak taip banyak2.tuan penasihat undang2...ada komen...
 
partial completion
 
merupakan sijil siap separa utk digunakan lebih awal sesuatu binaan itu..itu pun sekiranya ada permintaan dari klien dan dibenarkan oleh kontraktor.. .selalunya dipraktiskan bagi kawasan yang besar macam sekolah..hanya untuk blok2 tertentu...contoh. .buat 2 blok sekolah...KPM nak guna satu dulu..so kon pun buat cepat2...T & C semua ok..baru keluar partial cert ni...itupun dibolehkan sebab antara blok2 ni tak berkongsi struktur...persoala nnya? tapi yang stadium ni plak...logik ke nak bagi katpadang & trek je..dah le bende2 ni kat dalam stadium...tapi stadium tu belum siap lagi...gila2. ..kot tengah lalu kat kolong ttba batu jatuh atas kepala...nak salahkan siapa?...salah org yang lalu tu la sape suruh lalu ikut kolong...tapi kalau dia boleh ikut helikopter terus turun kat padang..tu rasenya no problem..pasal padang tu dah diisytiharkan boleh guna sbb ada partial completion ni..moralnya tak wajar digunakan partial completion.. ..untuk projek ni..sebab semua komponen dia saling bersentuhan. ..
 
Ya..pelbagai pihalk memberi reaksi. Namun hakikatnya yang paling rugi siapa? Siapa pula yang telah menikmati kekayaan hasil dari projek - projek sebegini? Berapa ramai yang telah didakwa dan dijatuhkan hukuman? Setimpalkah hukuman yang diterima? Ini semua persoalan yang mungkin bermain dibenak kita yang tidak terlibat secara langsung dengan perkara sebegini. Namun hakikatnya, masih ramai yang percaya bahawa hendak menjadi kaya dengan cepat, sertailah satu parti politik ini dan jadilah kontraktor berdaftar dan mulalah mengipas, menjilat atau apa saja yang di panggil untuk mendapatkan habuan.

Mohsen Amdan berkata: Bukan senang nak jadi senang