Mampukah Pakatan Rakyat menguasai pentadbiran di Putrajaya?
Salam...
Kerajaan Perpaduan yang di baca didada pelbagai media membuatkan ramai orang yang cakna cuaca politik semakin keliru. Disuatu sudut ia seolah - olah satu jalan kepada pengukuhan bangsa Melayu. Satu sudut lagi seolah - olah kelangsungan UMNO bakal menghampiri tebing yang curam dengan api yang marak membara menanti di bawahnya.
Mampukah ajaran Islam terus berkembang baik di negara ini?
Tuan Guru Nik Aziz diasak dengan pelbagai sudut yang begitu memerah keringat pemimpin PAS itu. Simpati saya melihatnya di kaca TV seolah - olah sengaja membebankan badan yang uzur itu dengan masalah yang besar. Sering tertanya dikalangan rakan - rakan siapakah yang mampu menggalas tugasan Tuan Guru Nik Aziz yang begitu besar peranannya.
Cahaya lampu yang cukup cantik menerangi Putarajaya
Putrajaya pula kelihatan semakin pudar kesannya kepada pembangunan negara dengan Tun Mahathir semakin kerap muncul di media - seolah - olah beliau masih meneraju negara.
Putrajaya menjadi tarikan hebat kepada pelancong - adakah itu fungsi Putrajaya sebenarnya?
Syed Hamid Albar dan Omar Ong yang sudah pasti bakal meneraju Petronas dipertikaikan oleh pelbagai pihak akan kemampuan mereka berbanding Hasan Merican. Kencana milik Mokhzani pula dikatakan semakin berpengaruh dalam operasi Petronas.
Antara projek terbengkalai di Putrajaya
Isu pendidikan yang tiada penghujung dihambat dengan generasi baru yang kurang bermaya memeningkan kepala.
Apa yang akan berlaku dalam masa beberapa tahun lagi menuju ke 2020? Mampukah Malaysia bersaing dipentas dunia?
Mohsen Amdan berkata: Syukur kerana sudah makin kurang rekod Malaysia Book of Record yang merapu kebelakangan ini
2 comments:
Sen...aku pun berkongsi rasa cuak dan tidak keruan di atas apa yang kau luahkan itu...dalam segala keributan itu,virus selsema babi semakin menekan rasa
'complacent" kita bahawa Malaysia selama ini kebal daripada penyakit-penyakit berbahaya. Semakin meningkatnya jumlah pesakit selsema babi ini...semakin menurun pula prestasi ekonomi dunia yang pasti pula berjangkit ke Malaysia...Ya Allah,Kau lindungkanlah kami semua ini dengan Rahman dan Rahim Mu! Kau jauhkanlah kami semua ini daripada semua marabahaya...Amin...
Ya Tok Ijal..pastinya kau yang berada di kerusi kementerian sudah tentu sakit kepala. Kau melihat apa yang berlaku namun kuasa ditangan tidak cukup kuat untuk bertindak
Post a Comment