Perhatikan kedudukan kondo dan PPR yang menyeramkan ini
Salam...
Setiap kali saya ke rumah abang - abang saya di PPR Bukit Permai Ampang, pelbagai perkara yang bermain dibenak saya.
Persoalan yang paling kerap berlegar ialah - Lenakah tidur mereka?
Mereka yang saya maksudkan disini ialah penghuni PPR ini dan juga penghuni kondominium di atasnya. Pemandangan indah yang dimiliki oleh penghuni kondominium ini pastinya mengujakan terutamanya dapat menghirup udara segar diwaktu pagi serta menonton limpahan neon dikala malam. Namun, melihat kepada keadaan cerun dibawahnya pastinya mengundang gundah kepada mereka yang di atas mahupun di bawah.
Bayangkan jika ada ketulan batu yang merekah dan gugur ke bawah. Pastinya kereta yang diletakkan di kawasan parkir PPR ini menjadi mangsa setidak - tidak nya. Bagaimana pula jika bongkah besar jatuh dan menghentam PPR? Bagaimana pula jika bongkah batu yang ;lebih besar dan tanah menggelungsur sehingga kondo di atas rebah?
Persoalannya, bagaimana projek sebegini boleh diluluskan?
Kenapa pula ada yang sanggup menggadai nyawa semata - mata rasa mewah, pemandangan memukau atau seribu satu alasan lain lagi bagi mengiyakan pembelian perumahan sebegini.
Lebih malang lagi, Projek Perumahan Rakyat terletak dibawah cerun yang menakutkan ini.
Menurut YB Nik Nazmi, tanah - tanah milik kerajaan negeri yang berstatus bumiputera telah habis dijual oleh Khir Toyo. Malahan UNISEL juga telah dipajak ke sebuah bank dengan nilai RM100 juta dan pihak UNISEL tidak menerima se sen pun dari nilai itu. Malahan UNISEL pula yang perlu membayar hutang tersebut.
Hebat bukan...mereka - mereka yang melaungkan slogan memperjuangkan nasib MELAYU inilah yang sebenarnya menggadaikan MELAYU.
Mungkin akan ada yang sensitif dengan penulisan saya kali ini. Namun hakikatnya yang sibuk memperjuangkan Melayu bukanlah mereka yang berdarah melayu. Sebaliknya yang berpangkal Syed, yang berhujung Merican, dan macam - macam lagi yang langsung tak melayu.
Kenapa mereka ini sibuk nak perjuangkan?..Bak kata Nabil...Lu Pikir La Sendiri
Mohsen Amdan berkata : Melayu ni bangsa ke, rumpun ke, negeri ke atau apa sebenarnya?
4 comments:
Sen...ini lah antara entri kau yang betul-betul mengusik jiwa aku. Dengan efek gambar yang mengerikan...ditambah pula dengan catatan yang sepatutnya membuatkan "siapa yang makan cili dia...terasa pedas"...aku betul-betul sesak nafas dan sempit jiwa bila mengenang apa yang sedang berlaku sekarang...semuanya serba tak kena Sen...
Terimakasih atas aprisiasi seni mu itu Tok Ijal..
Tapi hakikatnya inilah yang berlaku.
GPMS dikepalai oleh orang yang namanya REEZAL MERICAN NAINA MERICAN..melayu ke ni? Aku sendiri pun tak berani nak sahkan diri ku ini Melayu atau tidak sebab arwah tok belah mak aku India,arwah nenek pula Riau. Belah ayah pulak Melaka...maka aku ni Melayu ke? sebab tu dihujungnya aku sudahi dengan persoalan...Melayu ni apa sebenarnya?
Pening kan??
MELAYU
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
Usman Awang
26 NOVEMBER 1999
Memang hebat karya Usman Awang ini...
Namun..seperti peribahasa dan simpulan bahasa yang sudah ditakrif semula, konteks usman awang juga perlu difahami sebegitu. Sindiran yang Malbari dan Mamak diserap itu ada kebenarannya kerana mereka ini mencari peluang. Maka peluang terhidang di asak sedemikian rupa dan mendapat hak yang sama
Post a Comment