Berbaris sebelum sesi perkenalan
Berjabat tangan dengan diketuai oleh Abg Din Maidin
Salam..
6 Jun 2009
Pancawarna Putrajaya (Belakang Palace of Justice)
Saya mendapat panggilan dari sahabat baik saya - Lan Biskut untuk menyertai satu perlawanan persahabatan Sepak Takraw dengan pasukan dari Putrajaya. Sebetulnya Lan Biskut mahu saya bermain diposisi Killer pada malam ini. Saya yang teruja dengan jemputan itu berlatih bersungguh - sungguh (maut aje) untuk mengasah semula Teknik Libasan Hiba Ke Telinga Lawan - teknik merbahaya dari saya yang akan mampu membuatkan mangsa terpaksa menggunakan headphone sepanjang hayat kalau terkena (acah aje)
Namun malam ini, ramai pula yang turut serta , maka saya pun bermain diposisi tekong pada set pertama dan set kedua di posisi feeder - seperti biasa menang la beb!!!
Regu veteran (Zul - tengah - dah veteran ke?)
Ketibaan kami pada jam 9 malam disambut dengan mesra oleh tuan rumah. Tidak membuang masa kami terus bersiap menyusun regu dan dibuka dengan salam perkenalan. Regu pertama membariskan Otai (Mat Bengkung), Zul dan Alex. Regu tuan rumah yang memiliki Killer yang bagus menguasai set pertama. Set kedua dimenangi oleh kami.
Ilma bersaing di udara
Set seterusnya dibarisi oleh Megok, Majid dan Ilmar. Saingan hebat pada set pertama di mana perlawanan seimbang dan seterusnya tarikan utama pasukan kami, iaitu Abg Din Maidin (Gerak Khas) masuk ke gelanggangg dengan dibantu oleh Ajim dan anak Abg Din iaitu Farouk di posisi tekong. Mereka menang set pertama dan set kedua, adik kepada Abg Din iaitu Ali masuk menggantikan Farouk.
Farouk dengan servisnya
Libasan 'Sila' dari Din Maidin
Ali - adik Din Maidin dengan servis Champion of Screw
Megok dengan gaya umpama Pakdee MakanTerong
Set seterusnya berlangsung dan saya terpaksa berentap di gelanggang sebelah kerana kesuntukan masa. Set pertama saya di posisi tekong dan menang 25 - 23 hasil servis tengkorak saya. Set kedua Lan Biskut pula kelihatan bernafsu untuk meledakkan servis kerok yang cukup menyeksakan dan kami menang mudah set kedua. Dapat juga saya memetik sebiji libasan killer pasukan lawan dan setting malam ni nampaknya salur yang mengiurkan killer (hehe puji diri sendiri)
Bukan senang nak tengok Lan Biskut jadi pengadil
Apa pun, setelah sekian lama tidak menyertai perlawanan persahabatan , perlawanan malam ini memang mengujakan dan saya berharap semangat bermain sepak takraw ini akan terus membara dalam diri saya
Mohsen Amdan berkata : 14 Jun ini ada pertandingan di Pinggiran Delima Hulu Langat. Katanya untuk bakat baru gred B - sejak bila pula ada gred? Saya gred berapa pula? B tu untuk Bersara / Boroi / Buncit atau apa?
4 comments:
Sen...betul ke direction yg aku bagi tu? Ke ko sesat meraba-raba kat Putrajaya tu? Kalau sesat standard Sen...sedangkan orang Putrajaya pun boleh sesat...huhuhuhuhu...
Betul..cuma diorang silap bagi venue..sebenat kat precint 18
sen lepas ni leh lawan team media tu lak..nnt leh masuk Kosmo!
Team media mana?
Post a Comment