Proses pembelajaran dan pembangunan merupakan salah satu elemen kepada pengiktirafan negara maju dan membangun. Negara yang hanya menjadi pengguna tanpa menghasilkan sesuatu tidak mempunyai daya saing terutamanya dari aspek modal insan.
Industri kandungan digital kini mencapai nilai trillion USD dan menuntut kepada penglibatan segenap lapisan masyarakat. Sebagai perbandingan, terdapat kanak – kanak dari Taiwan yang hanya berusia 9 tahun yang telah mencipta aplikasi permainan untuk I Phone. Ini secara tidak langsung membayangkan betapa majunya sesebuah negara. Sehubungan dengan itu, usaha membangunkan bakat – bakat muda dan baru bagi terlibat dalam industri ini perlu dijalankan secepat mungkin bagi mengelakkan Malaysia tercicir dari peta kemajuan dunia.
Catatan di atas merupakan pendahuluan bagi satu kertas kerja yang saya sediakan untuk K-Perak Inc yang dibentangkan semalam di PTTC - Jelapang Perak. Kertas kerja mengenai usaha membangunkan kapasiti tenaga kerja bagi industri kandungan kreatif yang masih suram di negara ini. Sebagai salah sebuah syarikat yang terlibat dalam usaha K-Perak membangunkan ICT di negeri hasil timah ini, menjadi satu tanggungjawab besar bagi kami menyumbang semula kepada pembangunan negeri - walaupun saya bukan anak Perak.
Mesyuarat selama hampir 2 jam setengah ini dipengerusikan oleh Dato Yaacob selaku peneraju K-Perak Inc. Uncle Sani - pembantu khas kepada MB Perak turut menyertai kami. Juga bersama kami ialah beberapa wakil NGO serta syarikat yang terlibat dalam projek bersama K-Perak Inc.
Bayangkan senario ini - sebuah syarikat animasi di Perak berjaya meraih satu kontrak besar bagi menghasilkan 26 episod bagi tayangan di Timur Tengah. Seronok, gembira, bangga dan pelbagai lagi perasaan akan timbul mengiringi kejayaan ini. Terpampang di dada media kejayaan syarikat ini memenangi kontrak dan pelbagai publisiti lagi diraih. Silap - silap dapat anugerah dari pembesar barangkali! Hebat bukan??
Namun disebalik kegembiraan ini, tahukah anda syarikat ini berdepan dengan masalah kekurangan tenaga kerja bagi menyiapkan 26 episod ini. Freelancer?? Ya...ini lah orang yang akan diburu bagi menjayakan projek itu. Soalannya...berapa ramai freelancer yang ada? Graduan dari IPTA atau IPTS kan ramai, mana mereka? Yaa...mereka ada. tapi tidak ramai yang berminat terlibat dalam industri ini sesudah tamat pengajian kerana bayaran yang kurang setimpal mahupun tidak tahan dengan tekanan kerjanya.
Berikut ialah beberapa isu yang perlu difikirkan
Isu semasa berkaitan tenaga kerja dalam industri multimedia kreatif
1. Kekurangan tenaga kerja dalam industri kreatif walaupun memiliki permintaan yang
sangat tinggi didalam dan di luar negara
2. Pendedahan kepada golongan belia mengenai prospek dan peluang yang terhidang agak
terhad sama ada diperingkat institusi pengajian atau agensi berkaitan
3. Pandangan masyarakat terhadap industri kreatif yang masih kurang memberangsangkan
4. Graduan tidak berminat meneruskan karier dalam bidang ini kerana imbuhan dan bidang
kerja yang tidak setimpal
5. Tempoh pembelajaran yang panjang di IPT sering menyebabkan pelajar menjadi bosan
kerana kecekapan berkaitan bidang kreatif lebih menuntut aplikasi dan praktikal.
Jadi, apakah penyelesaiannya?
Anda mungkin ada pendapat tersendiri untuk menyelesaikannya. Jika ada, jangan kedekut untuk berkongsi dengan saya kerana ia penting untuk pembangunan negara. Dipihak saya, apa yang akan kami lakukan ialah menerusi cadangan yang telah dikemukakan semalam dalam mesyuarat di PTTC itu.
Uncle Sani memberi penjelasan mengenai pendekatan yang digunakan
olehnya untuk menyatukan NGO
Satu program seperti yang telah Flipsio Creative Centre laksanakan sebelum ini di Bukit Kiara ialah dengan menjemput belia yang berminat dalam dunia kreatif melalui proses pembangunan ini.
Bidang kreatif tidak mengenal sijil; tetapi mengiktiraf bakat. Maka pencarian dan menggilap bakat ini yang akan kami laksanakan di Perak dalam masa terdekat ini. Beberpa nama besar dalam industri telah menyatakan minat untuk bekerjasama dalam hal ini.
Harapan saya ialah, dengan adanya program seperti ini, jumlah tenaga kerja separuh mahir dan mahir dapat ditingkatkan jumlah dan kualitinya. Dengan pertambahan modal insan ini, nilai daya saing negara akan dapat dipertingkatkan. Barulah mudah untuk kita mencari projek dari luar kerana tenaga kerja mencukupi.
Mohsen Amdan berkata : Ketepikan soal fahaman politik dalam aspek pembangunan negara, yang penting usaha perlu dipadukan dan disusun dengan mantap
No comments:
Post a Comment