Total Pageviews

Mendung di Pulau Pinang



Adakah mendung kelam ini akan berlalu?
Salam..
Semakin hari, situasi politik negara kita semakin buruk.
Di saat Perdana Menteri menerima aib yang besar apabila realiti panggilan telefon dari Barack Obama telah didedahkan, Pulau Pinang pula bagai tiada kesudahan drama politiknya. Terkini dengan isu Kg. Buah Pala, yang telah menjadi bom jangka kepada pemerintah baru negeri yang kaya dengan pelancong ini. Tidak cukup dengan itu, isu Ketua Menteri berpindah rumah pula dicanang walaupun kiranya perkara itu benar, ia tidak lah sehebat bekas Menteri Besar Selangor yang memiliki bangloo bernilai RM24 juta dengan hanya 8 tahun berkhidmat sebagai MB. Wartawan pula telah dikerah untuk memainkan isu yang timbul bagi melemahkan pakatan yang terbentuk. Imbuhan juga disediakan buat mereka yang sudi menulis dengan baik isu - isu ini.

Pulau Pinang yang memiliki pelbagai sumber telah dilawati sekali lagi oleh saya dan isteri atas urusan kerja baru - baru ini. Kami menginpa di Berjaya Georgetown yang terkenal dengan kemudahan Health Tourismnya - terutama mereka dari Indonesia. Sesat juga kami ke sana mulanya. Mujur Azeli - rakan di kampus dulu dapat membantu. Namun bantuan Azeli kali ini lebih besar dari sekadar menunjuk jalan.

Lihat saja sup dan roti yang enak ini, kecur air liur dibuatnya

Pada malam kedua kami di sini, Azeli telah membawa kami ke Sup Hameed - salah satu lokasi makanan yang menjadi tumpuan. Berdekatan dengan Hotel Malaysia, kami disajikan dengan sup ayam dan daging yang dipasangkan dengan roti pound...rasanya......memang lazat!!!!


Wartawan KOSMO yang sangat berdedikasi - tinggal bujang di Penang - Isteri dan anak di KL

Sempat juga berbual beberapa perkara berkenaan isu seputar dengan beliau dan turut ditawarkan kepada saya adalah perkara yang lebih hebat dari makan sup..apa dia??? nantikan entri akan datang.

Mohsen Amdan berkata: Wajarkah kita menanggung hutang orang lain walhal kita tidak terlibat langsung dalam proses hutang awal itu?

1 comment:

abg zel said...

tok ijal x terliur ke tgk sup tu