Tu dia....bukan main ramai lagi depa ni...
Salam...
4 Julai 2009
Pusat Asasi Sains Universiti Malaya
Ketika saya mengendalikan program di Pulau Pinang minggu lalu, saya telah dihubungi oleh En. Fadly dari PASUM bagi menjemput saya mengendalikan program bagi pelajar. Uniknya apabila En. Fadly mendapat nombor telefon saya dari Azmi, bekas pemain perkusi Dewangga Sakti yang kebetulan rakan karib pada En. Fadly.
Sebetulnya saya agak keletihan kerana 4 hari berturut - turut di Pulau Pinang dan perlu memandu pulang ke KL dan terus mengajar pada pagi 4 Julai. Namun, memikirkan hikmah disebaliknya maka saya teruskan jua.
Berdepan dengan pelajar universiti sememangnya perkara yang sangat mengujakan saya kerana kebanyakan mereka berada pada usia yang sedang mencari sesuatu dalam hidup. Maka, peluang berkongsi pengalaman dengan mereka adalah sesuatu yang tidak harus saya lepaskan.
Seramai 1200 orang pelajar hadir kali ni. Dilangsungkan secara 2 sesi - 600 orang setiap satu merupakan crowd paling ramai dalam satu - satu masa yang pernah saya kendalikan. Setiap kali pengendalian, saya merasa seperti sedang membuat persembahan dalam satu konsert besar. Tambahan pula respon mereka yang sangat hebat membuatkan saya sangat teruja.
Tajuk jatidiri ini merupakan saubjek wajib lulus pelajar PASUM. Saya cuba berkongsi pengalaman saya sebagai pelajar dan sedikit ilmu yang saya miliki dan Alhamdulillah menerima respon baik malahan ada beberapa dikalangan mereka yang telah pun mula berkomunikasi secara siber dengan saya. Moga apa yang mereka fahami dari program ini dapat memberi manfaat kepada mereka.
Mohsen Amdan berkata : Terkenang waktu jadi student dulu...
5 comments:
Sen!
Best tu! Ko teringat masa zaman study dulu ke? Ke bayang lebih Sen? Hahahaha...
bayang tu bayang juga...tapi teringat kepayahan survive dalam hidup masa student. Kerja Pizza hut, jual nasi, jadi MC..macam2
Betul tu Sen...
Kepayahan survival tu lah yang membawa ko ke tahap sekarang ni. Menghargai tiap detik dalam survival itu! Apakah generasi muda yang ko temui itu bakal menghargai kesusahan? Entah-entah tidak temui langsung erti kepayahan itu pun...macamana nak menghargai kalau tak temui?
Sen...nasi goreng cili api satu..hihihihi
Kesempitan mengajar manusia menjadi lebih kreatif
terima kasih
Post a Comment