Total Pageviews

Entri ke 100!

Kerja...kerja..kerja...kasi sampai 200 entri pulak!
Salam...
Syukur...dalam keadaan tak berapa nak rajin memerah idea dan menulis, berjaya saya mencecah ke entri yang ke 100.
Pelbagai perkara yang telah ditulis sehingga entri ini dan sesuatu yang saya perasan ialah sejak adanya kamera kesayangan, jumlah penulisan saya meningkat. Barangkali photojournalism lebih hampir kepada saya sejak kebelakangan ini.
Apa pun, moga Allah terus memberi saya ilham untuk terus menulis, melapor atau berkongsi foto dengan pembaca semua.
Beberapa lonjakan besar juga telah berlaku dalam kehidupan saya kebelakangan ini. Mungkin kerana roda kehidupan saya mula berputar ke atas setelah agak lama juga saya berada di bawah. Moga ujian yang dikurniakan Allah kepada saya akan menguatkan lagi iman dan taqwa saya dan seterusnya dapat memberi inspirasi kepada orang lain. Insya Allah

Mohsen Amdan berkata : Sasaran entri ke 200 dalam masa 6 bulan dari sekarang!

4 comments:

Syamsulfaiz said...

Boleh punya. Ko banyak idea....dan juga banyak cakap wahaha

Mohsen Amdan said...

Syam
InsyaAllah boleh
Banyak cakap sebab mmg kerjaku bercakap.
Tapi lebih baik dari cakap banyak...sebab selalu nya cakap banyak ni hasilnya kurang

DI BAWAH LEMBAYUNG ILAHI said...

Sen!
Banyak cakap = Banyak duit!

Banyak cakap = Banyak contact!

Banyak cakap = Banyak bisnes!

Hahahahaha..ada betul ka?

Cantek wei,for the 100th entry!

Mohsen Amdan said...

Tok Ijal..
Ada benarnya katamu itu.
Namun bergantung jua pada apa yang dicakapkan...
Tak gitu?