Total Pageviews

Management of M.I.C.E



Salam,
21-24 Julai 2009
Puteri Resorts Melaka
Saya menerima jemputan dari Brownland untuk mengendalikan program Management Of M.I.C.E bagi pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti. Program ini di kendalikan oleh Interaktif Jasa dengan 9 orang peserta sahaja. Ini memudahkan saya mendekati mereka secara lebih terperinci.

Besar ke kecik?

Hanya 2 orang sahaja pensyarah yang berkaitan dengan pelancongan dan selebihnya dari perdagangan dan pengajian am. Ini lebih mencabar kemampuan saya dan saya gembira kerana nampaknya program ini sangat memberi kesan kepada mereka.

Apa pulak kat belakang tu?

Hari terakhir program rakan karib saya Faisal Saat pula mengendalikan sesi praktikal dan segalanya berjalan dengan lancar. Beliau sangat berbakat dan berpengalaman dalam bidang pengurusan acara dan ini membuatkan peserta program sangat teruja.

Sesi dalam kuliah

Apa pun, saya mengucapkan selamat maju jaya buat semua peserta dan semoga ilmu yang dikongsikan dapat memberi manfaat dunia dan akhirat

Mohsen Amdan berkata : Sebenarnya kita terlibat dengan 'acara' hampir setiap hari dalam kehidupan kita

No comments: