Sebahagian dari aktiviti yang dijalankan
Salam...
30 Jun - 3 Julai 2009
Berjaya Georgetown Hotel Pulau Pinang.
Program Siri 2 ini menemukan saya dengan peserta seramai 20 orang yang terdiri dari pensyarah Politeknik Seberang Perai dan Kolej Komuniti Bayan Baru. Program kali ini nampaknya lebih bertenaga kerana momentum yang telah saya perolehi dari program terdahulu serta lokasinya jauh lebih baik. Saya telah mengaturkan beberapa aktiviti hebat buat mereka dan membuat kan mereka pulang dengan senyum meleret.
Pendekatan yang saya ambil kali ini lebih bersifat hands-on dan lebih teliti. Peserta didedahkan dengan pelbagai aspek promosi dan jualan bersesuaian dengan keperluan kursus ini. Mereka telah di bawa ke pusat membeli belah bagi merasai sendiri bagaimana melakukan prospecting, pitching dan closing. Hampir semua merasakan perasaan gementar dan malu pada mulanya. Namun inilah cabaran yang perlu mereka tempuhi dan syukur mereka berjaya.
Buat - buat happy sebelum ke fieldwork!
Taklimat akhir sebelum ke fieldwork di lobi hotel
Azeli (KOSMO!) juga telah membantu saya denagn menawarkan kami menyertai Makan Durian bersama media di kem PLKN Balik Pulau. Selain menikmati durian Balik Pulau yang terkenal dengan rasanya yang lazat, peserta juga berpeluang melihat bagaimana strategi promosi yang digunakan oleh pengusaha kem itu untuk menarik perhatian media.
Sedap gila durian ni!
Bergambar sebelum pulang dalam keadaan yang sangat - sangat kenyang!
Dihari penutup, Azeli sekali lagi datang bersama dengan jurukamera di dewan kursus kami bagi membuat liputan mengenai program ini. 2 orang wakil dari program ini berpeluang merasai sendiri bagaimana ditemuramah oleh wartawan dan mengambil peluang untuk mempromosikan institusi mereka.
Mohsen Amdan berkata: Pre-judgement sering membuatkan seseorang terlepas prospek yang bagus
4 comments:
berita program ni dah selamat dipaparkan dalam Sinar Harian. malah gambar ko makan durian pun dah keluar RTM n Sinar Harian jugak.so apa yg kita nak semoga apa yg dihasratkan masa program tu tercapai ah.
Terimakasih banyak Azeli atas bantuan yang diberikan.
Salam...gambar kami kat Hotel Seri Malaysia tu bila nak masukkan ni.tq
InsyaAllah dalam minggu ni gambar akan diupload
Post a Comment