Salam..
Kata Hishamuddin Rais dalam Tukartiub.blogspot.com berkenaan isu PPSMI ini sangat menarik minat saya. Sesiapa yang belum baca saya salin dan tampalkan di sini
Adalah karut untuk memantapkan pembelajaran bahasa – bahasa apa sahaja – melalui ilmu hisab dan sains.
Sesiapa yang memiliki pandangan : kalau ilmu hisab dan sains di ajar dalam bahasa Inggeris maka seseorang itu akan hebat bahasa Inggerisnya – orang ini sudah nyanyok.
Untuk pembelajaran bahasa caranya ialah melalui sastera.
Untuk faseh berbahasa Inggeris - yang memantapkan pengunaan bahasa Inggeris ialah pengkukuhan pembelajaran sastera yang di garap dalam bahasa Inggeris. Bagitu juga untuk bahasa China, Arab dan lain-lain.
Mempelajari satu/dua/tiga/empat malah berpuluh-puluh bahasa adalah kebaikan. Setiap bahasa baru yang dipelajari akan membuka satu dunia yang baru. Ini hakikat.
Pandangan yang mengatakan pembelajaran ilmu hisab dan sains dalam Bahasa Inggeris ini adalah satu mitos dan pembohongan besar.
Ini buktinya : Seluruh rakyat Amerika, seluruh rakyat New Zealand, seluruh rakyat Australia, seluruh rakyat Canada dan seluruh rakyat Ireland adalah manusia-manusia yang paling bijak dalam dunia. Ini kerana dari hari mereka dilahirkan lagi mereka telah menggunakan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran ilmu hisab dan sains.
Tetapi hakikatnya tidak.
Walau pun mereka belajar ilmu hisab dan sains dari kecil lagi – kalau dalam satu sistem ekonomi dan sistem pembelajaran yang tidak adil maka berjuta-juta warga masih buta hurup, bebal dan terpinggir.
Pelik ? Amat pelik.
Fakta yang menjolok mata ini tidak pernah sampai ke otak orang-orang yang mengajukan ilmu hisab dan sains wajib di ajar dalam bahasa Inggeris. Mereka gagal untuk melihat wujudnya ‘orang-orang bodoh’ di Amerika, Australia, Canada, Britain dan Ireland.
Mereka juga gagal untuk memahami bahawa kemajuan keilmuan ini bukan hanya dimonopili oleh mereka yang berbahasa Inggeris sahaja. Keilmuan dalam dunia ini terkumpul dari penemuan dari pelbagai bangsa dan bahasa.
Mempelajari satu/dua/tiga/empat malah berpuluh-puluh bahasa adalah kebaikan. Setiap bahasa baru yang dipelajari akan membuka satu dunia yang baru. Ini hakikat.
Saya masih lagi menolak cakap-cakap yang mengatakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Untuk saya Bahasa Melayu ini adalah bahasa stratejik untuk perubahan.
Perubahan gagal berlaku. Ruang demokrasi masih sempit dalam negara kita ini. Kegagalan ini terjadi kerana para pemikir, pengerak orang ramai, aktivis badan-badan Ngo tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa stratejik untuk mengembangkan pandangan molok-molok yang ada dalam fikrah mereka.
Mereka berkelintau di sekitar Lembah Klang. Mereka bercakap , berseminar dan menulis kertas kerja yang mereka rayakan sesama sendiri. Pandangan dan fikrah mereka amat maju dan cukup baik. Tetapi pandangan ini tidak pernah sampai kepada orang ramai. Justeru tidak ada sesiapa pun yang dapat memahami apa yang cuba mereka sampaikan.
Mereka hanya pancut atas perut. Tidak melahirkan benih perubahan.
Tetapi kenapa kita gila-gila hendak mengajar bahasa Inggeris – seharus – warga dalam negara majmuk ini wajib terlebih awal mengetahui bahasa di sebelah rumah mereka. Kenapa anak Malayu tidak diajar bahasa Mandrin dan Tamil dari awal lagi? Sama seperti anak Cina/India belajar bahasa Melayu.
Ini lebih masuk akal untuk kita lebih mengenali dan merayakan kehidupan satu sama lain. Jika ada manusia Melayu yang menolak pembelajaran bahasa yang bukan bahasa ibuandanya maka inilah contoh manusia Melayu sombong bodoh.
Biasanya mereka ini akan berkumpul dengan slogan Hidup Melayu ! Tetapi nama persatuan mereka dalam Bahasa Inggeris.(TT)
Mohsen Amdan berkata : Orang Dewan Bahasa dan Pustaka apa khabar?
No comments:
Post a Comment