Menggunakan non - verbal cues dalam berkomunikasi
Salam
29 - 30 Julai 2009
Bilik Latihan DAWAMA Sdn. Bhd.
Saya dijemput oleh Interaktif Jasa Sdn Bhd iaitu salah satu dari hampir 3000 syarikat penyedia latihan yang berada di Selangor bagi mengendalikan program di atas untuk kakitangan syarikat yang dahulunya sebahagian dari Dewan Bahasa dan Pustaka.
Seramai 17 orang peserta kali ini yang terdiri dari kakitangan sokongan yang rata - rata telah berkhidmat sekitar 4 - 7 tahun. Program kali ini meletakkan peningkatan kepada kemahiran dalam pelbagai tugas sebagai matlamat utama.
Kenapa pulak Hanif ni?
Peserta yang terdiri dari pelbagai latar usia kali ini menunjukkan daya yang sangat baik dalam aspek pembelajaran. Mereka aktif, lucu dan sporting dalam aktiviti dan perbincangan yang diadakan.
Kereta apa pulak kat belakang tu?
Lebih menarik lagi, saya terjumpa pula dengan senior ketika di Sekolah Tinggi Kajang dan SM Sains Muar iaitu saudara Zay Zamry yang kini menjawat salah satu jawatan penting di DAWAMA. Sihat badannya sekarang (macam la saya ni kecik) maknanya cukup makan la tu..hehhee
Workshop 'Active Listening' - ni posing ke listening?
Apapun, program ini mencapai matlamatnya dan saya doakan mereka berjaya mencapai apa yang di citakan
Melakukan analisis bagi prestasi kemahiran kakitangan
Mohsen Amdan berkata : DAWAMA juga merupakan salah satu produk penswastaan selain TNB, TM dan sebagainya...
No comments:
Post a Comment