Total Pageviews

Outreach: Promotions Strategy For Life Long Learning - Siri 3

Perbincangan kumpulan

Salam.
14 - 17 Julai 2009
Seri Malaysia Kulim

Saya mengendalikan program ini bagi siri ke 3 dengan kali ini membariskan pensyarah dari Politeknik Jitra, Kulim, Perlis dan Seberang Prai serta Kolej Komuniti Cawangan Bandar Baru dan Arau. Seramai hampir 30 orang yang terdiri dari senior dan junior dalam sektor ini menyaksikan program berlangsung baik hingga ke akhirnya. Cuma salah seorang peserta iaitu Ustaz Zul tidak berapa sihat sepanjang program. Belaiu terpaksa ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan dan ubatan kerana kencing manis dan darah tinggi.


Ikan....besar kecik!!!!!

Penghulu pada kali ini ialah En. Raman, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dari Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,Arau, Perlis yang bakal menyambung pengajian dalam bidang PhD di German dalam masa terdekat.


Sesi memburu prospek

Sesi kali ini membuatkan saya lebih memahami senario mereka dan masalah yang mereka hadapi. Isu skim gaji yang tidak berkesudahan pada hemat saya boleh melunturkan motivasi pensyarah andainya tiada penyelesaian di ambil.


Apa la yang di gorengnya tu?

Untuk tugasan lapangan, mereka telah saya bawa ke Kulim Center Point, pusat membeli belah terkini dibandar Kulim. Peserta telah menjalankan sesi ini dengan baik dan tiada dikalangan mereka yang menerima rejection dari prospek.

Saya yang sedang sibuk mengetik kamera telah dihambat oleh pengawal keselamatan pasaraya Giant kerana tiada kebenaran diberikan untuk merakam foto atau video di dalamnya. Rasa macam penjenayah pun ada hahahaha


En. Somad dan prospeknya di dalam pasaraya Giant

Apa pun, program ini mencapai matlamatnya dengan baik dan hari ini saya akan bergegas ke Melaka untuk bersama - sama dengan pensyarah Politeknik sekali lagi - tapi kali ini program Management of M.I.C.E. Gementar juga kerana mereka ni pensyarah bidang hospitaliti...dah tentu mereka sangat hebat..

Mohsen Amdan berkata : Kena pulun kendali program sebab bulan puasa dah dekat...

1 comment:

Ibnnordin said...

Salam en Mohsen..maaf ye jika saya buat pembetulan sket.., boleh kot..En Raman tu pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dari Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,Arau, Perlis.maaf sekali lagi..Selamat bertolak ke Melaka..