Khabarnya sebelah dari bangunan KLCC ini ditaja oleh Kerajaan Brunei sebagai timbal balik kepada satu perjanjian besar, betul kah?
Salam..
Selepas bangunan di Petaling Jaya roboh, kini stadium yang baru dirasmi roboh. Dengan pelbagai pihak membuat kenyataan dan menuding jari, ingin saya kongsikan tulisan rakan saay yang juga merupakan antara penjawat awam yang berkaitan dengan projek - projek kerajaan. Nama dan jawatan beliau dirahsiakan
Tulisan beliau
Just komen peper hari ni....jkr tak kluar sijil siap kerja?...sbb dlm tempoh jaminan (defect liabilty period)...ada bagi partial completion (kat padang, trek dan sikit2 external works)..tu kata timb pengarah jkr terengganu.. pergh...nak gelak aku dibuatnya... aku ingat ini timbalan kena pi kursus balik la...ngarut. ..salah prinsip daaa..
Analisis aku...
projek ni sebenarnya belum siap (sbb takde sijil siap kerja) tapi apasal sukma dah guna?...untuk makluman...sijil siap kerja @ certificate of practical completion (CPC) hanya dikeluarkan apabila pegawai penguasa pada hematnya bangunan @ struktur itu telah siap praktikal yang mana sudah boleh berfungsi dengan baik (selamat untuk pengguna dan struktur2 binaan dan komponen2 utama yang sesuai dengan tujuan binaan itu dibuat telah boleh digunakan sepenuhnya.. . persoalannya? ...gila ape duduk kat bangunan belum siap..apa2 hal kang kat dalam tu sape nak tanggung..mati katak silap2...tuan penasihat undang2 gazebo kubur...ada ulasan?..
tempoh jaminan (defect liabiltiy period)
tempoh ini bermula selepas saja sijil siap kerja dikeluarkan. .biasanya 12 bulan (konventional contract) atau 24 bulan (design & build / turnkey contract)... atau apa2 tempoh sepertimana perjanjian kontrak yang dah sign...gunanya untuk mengesan apa2 kecacatan (yang minor sahaja..sebab tu dia letak bon perlaksanaan 5% of contract sum..ciput je kan?) selepas tempoh ini tamat...kalau projek jkr..ada spare 14 hari 3 bulan di mana 14 hari ini adalah tempoh last untuk keluarkan list of defect kpd kontraktor utk repair.luar tempoh tu..tak valid lagi....lagi 3 bulan tu ..merepair je la..dah siap repair..keluar lagi satu sijil iaitu sijil siap membaiki kecacatan @ Certificate of making good defect..kalau kontraktor dah dpt cert ni..liability dia dah habis...TAPI. ..kalau bangunan failed sbb design...tu kes saman menyaman la pulak..tu dah jadi kes lain.persoalannya? ..apasal tak keluar cpc pada masa sepatutnya?. .takut ka?...ke tak confident nak kata bangunan tu dah siap?...kalau tak siap..apasal tak denda je kontraktor tu...kan ada process yang dibolehkan sejajar dengan syarat2 kontrak...ishhh banyak kuiri boleh buat ni?.malas la plak nak taip banyak2.tuan penasihat undang2...ada komen...
partial completion
merupakan sijil siap separa utk digunakan lebih awal sesuatu binaan itu..itu pun sekiranya ada permintaan dari klien dan dibenarkan oleh kontraktor.. .selalunya dipraktiskan bagi kawasan yang besar macam sekolah..hanya untuk blok2 tertentu...contoh. .buat 2 blok sekolah...KPM nak guna satu dulu..so kon pun buat cepat2...T & C semua ok..baru keluar partial cert ni...itupun dibolehkan sebab antara blok2 ni tak berkongsi struktur...persoala nnya? tapi yang stadium ni plak...logik ke nak bagi katpadang & trek je..dah le bende2 ni kat dalam stadium...tapi stadium tu belum siap lagi...gila2. ..kot tengah lalu kat kolong ttba batu jatuh atas kepala...nak salahkan siapa?...salah org yang lalu tu la sape suruh lalu ikut kolong...tapi kalau dia boleh ikut helikopter terus turun kat padang..tu rasenya no problem..pasal padang tu dah diisytiharkan boleh guna sbb ada partial completion ni..moralnya tak wajar digunakan partial completion.. ..untuk projek ni..sebab semua komponen dia saling bersentuhan. ..
Ya..pelbagai pihalk memberi reaksi. Namun hakikatnya yang paling rugi siapa? Siapa pula yang telah menikmati kekayaan hasil dari projek - projek sebegini? Berapa ramai yang telah didakwa dan dijatuhkan hukuman? Setimpalkah hukuman yang diterima? Ini semua persoalan yang mungkin bermain dibenak kita yang tidak terlibat secara langsung dengan perkara sebegini. Namun hakikatnya, masih ramai yang percaya bahawa hendak menjadi kaya dengan cepat, sertailah satu parti politik ini dan jadilah kontraktor berdaftar dan mulalah mengipas, menjilat atau apa saja yang di panggil untuk mendapatkan habuan.
Mohsen Amdan berkata: Bukan senang nak jadi senang
4 comments:
Meriah betul berita di malaysia !
Memang meriah...
Malangnya meriah yang sangat memeritkan
Sen...ni mcm scoop utk suratkhabar ni.Mcm Watergate Scandal daa..tp yg paling cool ko punyer rupa baru blog ni!Giler ko...bukak2 tiba2 nampak Jaws!Betul2 mencerminkan blogger nye kot?
Tok Ijal...
Itu gambar aku amik kat aquaria baru ni..
Mencerminkan bloggernya???aku macam jaws ke?
Post a Comment