Total Pageviews

Program Persediaan Ke Alam Baru - Politeknik Merlimau



17hb Oktober 2009
Tanjung Bidara Melaka

Salam
Saya telah diundang oleh Politeknik Merlimau bagi memberikan ceramah berkaitan persediaan pelajar tahun akhir jurusan akaun. Program ini berlangsung di sebuah resort di Tanjung Bidara Melaka yang membabitkan 40 pelajar. Pelajar - pelajar ini diberitakan yang terpilih sahaja berdasarkan pencapaian cemerlang mereka. Tahniah diucapkan kerana terpilih!

Sesi bengkel ekspresi wajah semasa temuduga - muka kena nampak yakin

Secara peribadi, program yang hanya berlangsung kira - kira 3 jam ini tidak mencukupi buat saya kerana rasanya banyak perkara yang perlu saya kongsikan dengan mereka. Maklumlah, mereka ini bakal menempuh alam baru maka banyak yang perlu dipelajari. Tambahan, orang meningkat usia macam saya ni memang suka bercerita (hheheh).

Nak masuk alam kerjaya tak boleh malu - malu dik...

Seronok dapat bersama mereka walaupun ruang kuliah agak kecil namun saya percaya sedikit sebanyak peserta program ini mendapat banyak input baru terutama dari sudut cabaran yang menanti diluar sana. Saya doakan mereka ini akan berjaya meredah gelombang besar yang bakal menanti darah muda ini. Adios!

Mohsen Amdan berkata : Untung pelajar kini kerana menerima pendedahan langsung sebelum tamat pengajian berbanding zaman saya yang segalanya redah saja!

2 comments:

DI BAWAH LEMBAYUNG ILAHI said...

Sen...aku percaya kpd idea yg pelajar2 akhir tahun wajar dan musti diberikan pendedahan awal.Tak kira samada sem akhir dalam degree,diploma,sijil,waima calon PMR dan juga SPM.
Pendedahan awal penting...sangat penting supaya mereka tahu apa yg boleh dijangkakan (expectation).Kalau tidak jadik macam kita...main redah jer!
Baru2 ni ada pegawai kat sini yg cadangkan supaya budak2 SPini tidak disogok dgn idea bahawa hanya universiti sahaja jalannya selepas sekolah.Walhal peluang ada banyak betul selain universiti:kolej komuniti,IKM,Giat Mara,KYPM,Politeknik,IPTS,dan byk lagi lah..satu fakta yang tidak boleh disangkal ialah..lepasan universiti banyak yang menganggur..

Mohsen Amdan said...

Tok Ijall..
sebab tu masa program ni ramai yang jaw dropped bila aku kata pendapat aku secara peribadi tentang peluang dan harapan mereka after politeknik..
Diorang tak sangka apa menanti mereka tidak seperti yang mereka dengar atau faham sebelum ni