Total Pageviews

Program Teambuilding Kelompok UNITEN

Dijemput oleh El - Azzhar Camp menerusi Ziqzul Corporation, saya mengendalikan program kerja berpasukan untuk wakil pelajar UNITEN pada 4 - 5 Disember lalu. Bertempat di El - Azzhar Camp, saya turut dibantu oleh Pengurus Ziqzul iaitu En. Saifuddin.

Peserta yang terdiri dari pelajar dalam dan luar negara serta berbilang kaum ini berjalan dengan baik. Peserta yang sangat sporting dan suka mencuba membolehkan sesi yang berlangsung dalam Bahasa Inggeris ini hidup dan meriah.


Peserta sebenarnya ialah pemimpin - pemimpin Kelompok - iaitu asrama atau kolej tempat tinggal mereka di UNITEN. Kebanyakan dari mereka sememangnya pelajar yang sangat aktif berpersatuan dan buktinya ada dikalangan mereka saya temui di sebuah resort di Port Dickson ketika saya mengendalikan satu program lain. Mereka ketika itu hadir sebagai peserta program untuk pemimpin persatuan anjuran UNITEN sendiri.

Edlee - kepimpinannya terserlah

7 dari mereka datangnya dari negara Timur Tengah - Jordan, Syria dan juga UAE. Ada di kalangan mereka yang masih belum dapat menyesuaikan diri dengan makanan di sini. Mujur pihak urusetia tidak keberatan ke untuk ke bandar Banting bagi membeli makanan yang bersesuaian dengan mereka.


Pelbagai aktiviti dijalankan termasuk Explorace dan mengisa ikan. Sayangnya kamera saya rosak ketika itu. Hanya gambar - gambar yang ada ini saja dapat saya lampirkan.

Terkenang - kenang..

Semasa mengemaskini folder di Hardisk saya ini, terjumpa pula gambar - gambar ini - 
Keadaan bahagian depan yang kemek dan pecah



Kejadian berlaku ketika saya menuju ke Cherating untuk mengendalikan kursus bersama TM. Dalam kelajuan lingkungan 100 - 110 km/sj, kereta milik arwah ayah saya secara tiba - tiba berpusing di atas lebuhraya Karak dan menghentam dinding pembahagi jalan.

Bila dikenang - kenang, syukur kepada Allah SWT kerana diselamatkan dari perkara yang lebih buruk dikala itu dan dipanjangkan usia saya.

Kemahiran Bercerita Dengan Baik

Pencerita sentiasa mendapat tempat di dalam masyarakat sejak dahulu

Dalam sesi program latihan atau kursus yang saya kendalikan, jarang sekali saya merasakan ianya sebagai satu kerja; saya lebih menggangap ia sebagai waktu saya bergembira dan berhibur. Maka ada yang bertanya.."Sudah tu..bila masanya En. Mohsen bekerja?" Saya akan menjawab "Ketika saya membaca dan membuat kajian untuk bahan - bahan kerja saya"

Salah satu pendekatan saya dalam pengendalian program ialah menerusi bercerita...kenapa? Kerana manusia suka pada cerita..lebih - lebih lagi pada cerita yang hampir dengan dirinya. Buktinya??? Kita suka menonton bukan? Tidak kira drama, filem, DVD, Youtube atau apa saja.. Tidak cukup dengan itu kita juga suka dengan gossip dan sembang kedai kopi.

Adakah ianya berkesan? Bagi saya..ya..mungkin kerana saya dapat menyampaikan cerita itu dan dapat difahami. Ada juga orang yang tidak belajar apa - apa dari cerita.. saya tidak pasti pula kenapa.

Bagaimana mahu menjadi pencerita yang baik? Mahu tahu kaedahnya? Nantikan maklumat lanjutnya

Solat Hajat sempena pelancaran pembinaan Surau Al - Amin

Jam 9.30 pagi tadi bertempat di tapak pembinaan Surau Al - Amin di Taman Bukit Segar, satu majlis Solat Hajat telah diadakan bagi memohon kehadrat Allah SWT kelancaran dalam pembinaan rumah ibadah ini.

Wakil penduduk menyampaikan taklimat

Hampir 100 orang penduduk hadir dari kecil hingga dewasa bersama - sama menunaikan solat hajat yang diimamkan oleh Ustaz Omar Amadan - Imam Masjid Nurussaadah Kampung Cheras Baru.

Setakat ini, pagar menggunakan zink telah didirikan bagi menutup tapak pembinaan. Mulai minggu depan kerja tanah akan dimulakan.

Jamuan ringan selepas majlis

Bantuan dari tuan / puan masih diharapkan agar kos pembinaan Surau Al - Amin ini dapat dipenuhi.

Program Gaya Hidup Sihat 2011 - Sihat 1 Malaysia

Sihat 1 Malaysia.. satu program komuniti yang didokongi oleh Persatuan Kebajikan Shah Alam dan beberapa NGO lain yang bernaung dibawahnya. Program yang mendapat tajaan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia ini  merupakan satu inisiatif memberi kesedaran kepada 4 kumpulan sasar - Warga Emas, Ibu Tunggal , Remaja dan Orang Asli. 




Bertempat di Seksyen 24 Shah Alam dan Chalet Jinbara di Kemensah Hulu Kelang, program ini secara rasminya dilancarkan pada 8 Januari 2011 yang lalu oleh Datuk Nawawi - Penyelaras BN Shah Alam di Kompleks Warga Emas Seksyen 24 Shah Alam. 

Acara pelancaran program

Seramai kira - kira 200 orang dari pelbagai lapisan masyarakat menghadirinya. Saya juga terlibat secara langsung dengan program ini atas jemputan sahabat saya Zamzuri Abd Malek. Tugas saya dalam program ini ialah sebagai pengendali beberapa segmen yang bersesuaian.

Dua orang kuat program - Haji Azmir dan Zamzuri


Pendaftaran peserta

Selain dari Shah Alam, program yang sama turut berlangsung di Kemensah. Maka pada 9 Januari 2011 pelancaran telah dilakukan di sana. Lokasi Chalet Jinbara yang nyaman amat sesuai dengan program yang memberikan penekanan kepada kesihatan ini.

Peserta menjalani pemeriksaan kesihatan

Peserta akan melalui program ini selama 3 bulan dan setiap kali program berlangsung, pemeriksaan kesihatan akan dibuat ke atas mereka. Mereka turut bergerak dalam  kumpulan yang dibentuk minimum 4 orang dan cabaran mereka ialah mereka perlu menurunkan berat badan mereka dan memantapkan kesihatan.

Tai Chi antara aktiviti yang dijalankan

Pelbagai aktiviti yang telah disusun dan diantaranya nanti ialah Treasure Hunt Kesihatan yang bakal berlangsung pada 22 dan 23 Januari ini. Pemenang pada penghujung ini bakal menerima tiket penerbangan dan juga TV LCD.

Antara peserta yang hadir

Program sebegini sebenarnya adalah satu galakan kerajaan kepada NGO untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan sepatutnya NGO yang ada diluar saan mengambil peluang ini. Kumpulan pemuzik dari Chalet Jinbara juga telah mencipta satu lagu khas bagi program ini yang bertajuk Sihat 1 Malaysia. Saya suka melodinya.

Pemuzik dari Chalet Jinbara

Nantikan laporan terkini program ini kelak..

Program Penjenamaan Semula

Penjenamaan semula atau 'Rebranding' adalah salah satu akitviti dalam pengendalian perniagaan yang perlu difahami oleh mereka yang terlibat dalam dunia perniagaan. Namun disebabkan pemahaman yang kurang mengenai perkara ini, maka ramai yang tidak mengendahkan keperluannya kerana beranggapan produk atau perkhidmatan sedia ada sudah pun mantap, sesuai dan tidak perlu di tokok tambah lagi. 

Sesi suai kenal

Tidak kurang juga yang merasakan mereka perlu melakukan penjenamaan semula tetapi melakukan pelbagai kesilapan di sepanjang prosesnya seperti tidak mempercayai agensi yang dilantik, tidak sanggup mengeluarkan modal untuk tujuan itu atau terlalu fokus kepada industri yang diceburi sahaja.

Bengkel bersama En. Fairus

Pada Disember lalu, PUSMA Kuala Lumpur telah menganjurkan Kursus Penjenamaan Semula dan melantik Lilcent Total Solutions sebagai tenaga pengajar. Maka saya dan disertai oleh Pengarah Kreatif Flipsio Resources Sdn Bhd - En. Fairus Azian Ismail dan pengasas FB Niaga - En, Shaharudin dari Fourth Screen Sdn.  Bhd. telah mengendalikan kursus yang bertempat di bilik latihan PUSMA di bangunan MARA Kuala Lumpur. Seramai 17 peserta yang hadir dan mereka terdiri dari pelbagai sektor.

Gambar kenangan bersama peserta dan penyelaras program

Program yang berlangsung selama 2 hari ini memberi pemahaman kepada peserta mengenai keperluan pembinaan jenama dan penjenamaan semula. Malah proses serta pendekatan terkini juga didedahkan kepada mereka. Kebetulan terdapat 3 peserta yang memiliki premis di Bangunan MARA, maka kami telah melawat premis mereka sambil membuat analisis terhadap jenama sedia ada. Selain itu peserta juga diberi peluang mengemukakan pandangan mereka terhadap premis yang dilihat.

Lawatan ke premis

Lawatan ke premis

Puan Maiza, pengusaha butik ini memberikan taklimat kepada peserta

Emel kepada mohsenamdan@gmail.com sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut mengenai program ini. Terimakasih kepada pihak PUSMA KL melalui En. Fairul yang sudi menjemput kami.

Pembinaan Surau Al - Amin - Sumbangan anda diperlukan

Saya telah menghadiri satu perjumpaan dengan wakil penduduk Taman Bukit Segar di Cheras berkenaan dengan projek pembinaan surau yang baakl diberi nama Surau Al - Amin. Proses ini sebenarnya telah berlangsung lebih 3 tahun kerana pemaju yang bertanggungjawab telah lari dan mengakibatkan keperluan penduduk tidak dapat di penuhi. 


Diceritakan kepada kami yang hadir mengenai bagaimana penduduk terpaksa menyewa premis kedai untuk dijadikan tempat bersolat Terawih berjemaah. Mereka terpaksa mencari dana RM1500 untuk membayar sewa premis itu.

Setakat kutipan dari 3 tahun lalu, sebanyak RM40,000 telah berjaya dikutip dan setakat ini hampir RM30,000 telah dibelanjankan bagi mengupah perunding, arkitek dan semua proses permohonan dari Jabatn Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). 

Semua proses itu telah pun selesai dan pada minggu ini kontraktor yang dilantik akan memulakan kerja. Saya sempat melihat tapak projek dan kelihatan kayu - kayu telah pun dihantar bagi tujuan memagar kawasan projek tersebut.

Jumlah keseluruhan yang mereka perlukan bagi pembinaan asas surau ini ialah RM335,000. Kos ini membolehkan surau itu boleh digunakan - tidak termasuk karpet, perhiasan dan sebagainya. Setakat ini ada Hamba Allah yang bakal menyumbang RM100,000. namun jumlah itu belum mencukupi. 

Sebahagian dari AJK yang hadir

Maka saya menyeru pembaca sekalian, salurkanlah sedikit dari lebihan yang ada untuk pembinaan surau ini bagi kemudahan penduduk menunaikan solat berjemaah serta aktiviti keagamaan dijalankan.

Anda boleh menyalurkan sumbangan anda ke akaun berikut

Surau Al - Amin - 1402-0003137-71-1
Bank Muammalat

Anda yang ingin berhubung terus dengan jawatan kuasa, sila telefon nombor di bawah
En. Mahmud Abas (Pengerusi) 016 302 6024
En. Razali Alias (Setiausaha) 012 - 902 9689
En. Abu Baka Abdullah (Bendahari) 017 354 6415

Harga minyak RON97 naik lagi..

Anda tidak menggunakan RON97..maka anda tidak marah dengan kenaikan ini?
Anda rasa kenaikan harga ini tidak menjejaskan anda secara langsung?
Fikirkan...
Apa punca kenaikan ini?
Apa rasionalnya?
Alasan subsidi yang bagaimana pula mahu disajikan?


Anda yang memilih..anda yang menyokong..
Buatlah keputusan..Zahirkan rasa anda sekiranya anda sayangkan negara dan masa depan rakyatnya

Hukum 80 - 20

Salam
Banyak sekali pendekatan yang melibatkan pembangunan manusia menggunakan hukum 80 - 20 ini. Hukum ini melihat kepada peratusan dalam bentuk 'Stimulus' dan 'Response' , 'Cause' dan 'Effect' dan pelbagai rasional lain.


Dalam bentuk komunikasi yang berkesan contohnya, 80 - 20 juga digunapakai. Bagi komunikasi interpersonal yang berkesan 80% daripada bentuk komunikasi harus datang dari elemen 'Non - verbal' dan 20% sahaja dari elemen 'verbal'. 

Dalam bentuk perniagaan pula, 80% dari hasil keuntungan biasanya akan datang dari 20% senarai pelanggan sedia ada sahaja. Ini bermakna bahagian besar dalam sumber keuntungan kita datangnya dari mereka yang telah pun menjadi pelanggan kita terdahulu atau mereka yang kita sasarkan. 

LIhat pula pada pelajaran dan peperiksaan. Kita hanya bersungguh - sungguh belajar sedikit sahaja..tapi 80% yang kita guna semasa peperiksaaan datang dari pembelajaran yang sikit itu.
Sewaktu bekerja, kita sebenarnya hanya 20% sahaja yang betul - betul produktif dalam 8 jam bekerja...yang lain hanya perkara kurang penting dan sampingan - hadiri mesyuarat yang tak perlu, panggilan telefon yang tak perlu, sembang yang tak produktif, minum makan dan sebagainya

Persoalannya, bukankah rugi sekiranya kita tidak memanfaatkan 20% dari senarai usaha yang kita miliki? Fikirkan...

Tahun 2011 - Apa yang harus dilakukan?

Salam
2011 sudah pun tiba. Kurang dari 10 tahun kita bakal menuju ke 2020. Bagi sesetengah pihak amatlah penting merealisasikan Wawasan 2020 yang telah dicanangkan oleh Tun Mahathir. Ada pula yang tidak ambil pusing. Malah ada juga yang tidak tahu mengenainya. Anda bagaimana? Saya???

Bagi saya kita boleh saja jadikan sasaran 2020 itu sebagai penanda aras. Penetapan matlamat itu penting..tetapi bagaimana pengisiannya? Saya berdoa pada Allah agar pemerintah kita pada hari ini diberikan petunjuk agar memacu negara kepada jalan yang lebih baik. Ruang penambahbaikan terlalu luas. Malah, andainya takdir Allah perubahan ini hanya akan berlaku sekiranya satu REVOLUSI berlaku - bukan lagi REFORMASI atau TRANSFORMASI.. maka saya redha dengan keadaan kita perlu hadapinya. REVOLUSI tidak akan berlaku dengan keadaan selesa. Semua orang perlu keluar dari keselesaan..maka REVOLUSI boleh berlaku dan manusia akan mengalami perubahan itu.