Salam....
17 - 19 April 2009
Royal Belum Perak
K Perak Inc. telah mengaturkan satu perjalanan 3 hari 2 malam ke hutan Royal Belum, satu daripada lokasi hijauan yang tidak harus dilepaskan peluang untuk dilawati sekiranya anda mengaku sebagai rakyat Malaysia. Pasukan yang terdiri dari hampir 20 orang ini hadir dengan matlamat mencari ilham dan idea untuk projek berkaitan KPerak. Flipsio sendiri masuk untuk projek komik digital yang bakal berada di alam maya ini tidak lama lagi.
Perjalanan yang bermula dengan menginap dirumah mentua di Kulim pada hari khamis sebelumnya, menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam diri sebenarnnya. Saya dan Fairus yang sebelum ini pernah ke Ulu Muda, membayangkan kesukaran dan halangan yang bakal ditempuhi. Fairus tiba sesudah subuh dan usai sarapan, kami bertolak menelusuri lebuhraya BKE.
Gunung ganang yang memukau
Sepanjang perjalanan, kami disajikan dengan pemandangan bukit bukau (atau gunung - ganang) yang begitu memukau. Saya sendiri tidak menyangka ada pemandangan sebegini indah disemenanjung tanah air. Tiba di laluan berkabus tebal, kami telihat papan tanda rusa melintas dan mula bercerita tentang pengalaman orang lain yang terserempak dengan gajah melintas. Kami sedikit gusar bimbang - bimbang ada gajah dihadapan kami.
Hamparan pokok yang menghijau seluas mata memandang
Gunung di belah untuk dijadikan lebuhraya
Kabus tebal walaupun jam 9 pagi
Dalam keresahan menjangkakan binatang liar, rupanya sesuatu yang diluar jangkaan berlaku. Di sangkakan gajah menanti rupanya restoran kari kepala ikan. Terkekek kekek kami ketawa kerana tidak menyangka akan ada restoran mamak di celah - celah bukit ini. Apa lagi, kami pun berhenti dan pekena teh tarik dan kopi. Siap ada astro dan dekorasi kedai yang cantik pada restoran ini.
Siapa sangka di simpang Grik ada kedai mamak sebesar ini
Sesudah itu kami meneruskan perjalanan ke jeti. Kami tiba di jeti pulau banding dengan disambut pemandangan yang cantik, jambatan yang tinggi dan perut yang sakit. Kami cuba ke kedai makan di jeti dengan harapan ada tandas yang selesa untuk berlabuh. Malangnya..pintu tak boleh ditutup maka terbantut hajat kami. Fairus mengajak saya ke resort berdekatan untuk melepaskan hajat. Baru tiba disimpang, saya ternampak papan tanda Pulau Banding Foundation. Tadaaaa.. idea nakal saya sampai!!!
Kami berpura - pura melawat yayasan terbabit kononnya mencari maklumat tapi sebenarnya nak guna tandas mereka. Namun ...inilah yang dinamakan takdir kerana dek sakit perut ini lah yang membawa kami ke satu tempat hebat bagi kami memulakan perjalanan ke Royal belum. Saudara Syukri iaitu salah seorang tenaga penting di yayasan itu banyak berkongsi maklumat berguna buat kami. Pelbagai kisah menarik yang mencetus idea kepada kami disamping saya dan fairus bergilir ke tandas melepas hajat.
Fairus tekun mendengar penjelasan sambil kelegaan melepaskan hajat
Gambar kenangan usai temuramah
Maklumat berguna ini begitu mengasyikkan sehingga kami terlewat untuk sesi taklimat dijeti. Setelah dihubungi oleh Azilah (KPerak), kami bergegas semula ke jeti dan terus menukar pakaian untuk menaiki bot. Nantikan sambungan perjalanan ini
Mohsen Amdan berkata : Salah satu teori nama Hutan Royal Belum ini ialah bunyi yang dihasilkan oleh sejenis belalang di hutan ini kedengaran seperti "Blom..blom..blom"
1 comment:
Wow Hutan Belum memang best. Aku pernah masuk untuk mendaki Gunung Chamah - Ulu Sepat dulu. memang hutan dara !
Post a Comment