Salam..
REGU tidak berjaya menambat hati juri dalam IPCC yang berlangsung di Palaca of Golden Horses. Sebagai Pengarah Projek, keputusan ini merupakan sesuatu yang dijangka kerana perjalanan projek ini kurang lancar dari awal. Namun yang lebih mengejutkan ialah tempat terakhir dalam 5 finalis menjadi milik kami di mana ramai yang tidak bersetuju kerana kualiti REGU dan Earth Fever adalah jelas berbeza. Walau apapun saya parah dengan ketentuan ini.
Sebahagian dari penyokong setia REGU dengan sepanduk ala - ala AF / Raja Lawak
Debaran semasa menanti giliran amat menyeksakan. Disamping perlu menimang bola takraw dalam persembahan siaran langsung, pembentangan dalam bahasa inggeris juga merimaskan saya, bimbang kalau - kalau tunggang tebalik semasa bertutur. Giliran kami sesudah Alien Studio dan semasa berlangsung, syukur kerana apa yang keluar dari mulut ini lancar dan jelas.
Mendengar komen dari juri
GSQ memang berada dalam kelas mereka tersendiri. Chuo yang sememangnya berpengalaman mudah menempatkan diri dalam perhatian juri mahupun penonton. Asia Ghost Club juga menarik walaupun banyak dialog yang di sensored kan dan lawak yang Malaysiana namun ia sesuai dengan kumpulan sasar dan menarik minat penonton. Cartoon Network bercadang membawa cerita mereka ke Hongkong untuk lanjutan.
Chuo menjulang piala kemenangan
Aerogram yang telahpun berusia 3 tahun akhirnya menduduki tempat ke 3 dan membawa pulang hadiah RM3000. Walaupun dikritik dari sudut keaslian tetapi perincian kerja mereka tidak dapat dinafikan.
Sesi bergambar semasa koktel dan networking
Banyak perkara yang telah saya pelajari dalam pertandingan ini. Yang paling utama ialah, kita perlu yakin dengan idea kita dan kritikan hanya akan datang selepas sesuatu itu siap. Apabila gagal meresapi kritikan ini, kita akan mudah hilang panduan dan hanyut dibawa tekanan.
Sebahagian dari team produksi
Mohsen Amdan berkata : Insyallah REGU akan disambung projeknya.
8 comments:
"Namun yang lebih mengejutkan ialah tempat terakhir dalam 5 finalis menjadi milik kami di mana ramai yang tidak bersetuju kerana kualiti REGU dan Earth Fever adalah jelas berbeza"
berbeza dari segi apa..?
Quality Regu lebih baik dari Earth Fever?
ramai yg tidak bersetuju Regu di tempat kelima? Sepatutnya Regu di tempat ke berapa?
Secara perbadi, saya rasa regu layak ditempat ke 4.
Beza yg boleh dilihat dari segi spin off regu lebih berpotensi. Horizon cerita yang lebih luas dan leveraging yang lebih ekonomi. Rendering juga regu lebih baik dari earth fever saya rasa.
Rendering lebih baik? Saya mengikuti IPCC sejak episod mentorship disiarkan di ASTRO. Melihat dari episod-episod itu, nampak regu ada kelainan. Tambah pula semasa siaran langsung, intro cerita regu agak menarik.
Malangnya, visual selepas intro itu amat mengecewakan. Di kaca TV hasil regu nampak kotor. Jadi saya rasa statement saudara "rendering regu lebih baik dari earth fever" tak tepat.
Mungkin saudara bukan animator tulin, dari pemerhatian saya bila melihat episod-episod di ASTRO.
Maaf jika saya tersilap.
Terimakasih kerana sudi berkongsi pandangan yang membina.
Saya setuju dengan kenyataan "Mungkin saudara bukan animator tulin" - ini kerana saya sememangnya bukan animator. Saya hanya project manager.
Nampak kotor di skrin memang betul kerana itulah konsep yang kami cuba bawa. Bukan warna - warna cantik seperti Disney. Kami cuba bereksperimen dengan latar yang foggy, kurang jelas dan pelbagai konsep lain.
Mungkin tidak menarik di mata saudara/i, namun itulah respon yang mahu kami dengar dari penonton. Sebab ini adalah cubaan kami. Sebab itu tajuk entri ini perjalanan masih jauh.
Bgaimana kalau REGU diletakkan dalam Youtube atau dlam blog saudara? = ) ~TQ.
Cadangan yang baik untuk diletakkan dalam youtube atau blog saya.
Cuma belum dilaksanakan kerana satu post mortem akan diadakan dalam masa terdekat.
Beberapa nama besar dalam dunia animasi dan kertun malaysia berminat menyertai projek ini.
Doakan yang terbaik
Tahniah buat Mohsen dan Fairus..satu percubaan yang amat membanggakan..Insyaallah Flipsio akan menghasilkan idea yg lebih menarik dan mantap dari hanya anda berdua.Tahniah untuk team REGU! IPCC adalah landasan permulaan anda untuk terus berjaya.Syabas!!!!!!
saya mengikuti perkembangan regu di astro.
Pada saya cubaan menghasilkan animasi regu amat membanggakan.saya agak terkejut bila regu diumumkan di tempat ke 5, secara jujur saya katakan regu layak mendapat tempat yang lebih baik. esp. dari segi kelainan warna dan juga originality. Tidak dinafikan regu perlu polishing( what do you aspect dari hasil produksi 5 bulan kan?)
Sampai bila kita ingin mengunakan warna-warna yang stereotype? sampai bila kita jadikan animasi dari barat sebagai guideline? kita juga tahu banyak animasi dari barat itu di hasilkan dari hasil kreativity animator malaysia?
saya kira kalau bukan org malaysia sendiri yang memberi semangat kepada org2 kita, siapa lagi?
saya percaya, produksi ini bukan lah dari idea yang dicetuskan org seorang sahaja, malas ramai menyumbangkan idea yang saya rasa tak kurang hebatnya. idea2 baru ini, saya lihat sebagai inovasi dalam industri animasi kita.
berkenan isu ketulinan animator ini bukan lah sesuatu yang harus di persoalkan kerana apakah benchmark untuk mengukur ketulinan itu? adakah hasil kreativiti itu perlu ada garis panduan mengikut cita rasa seseorang?
kreativity itu adalah subjektif, kalau jepun boleh berbangga dengan konsep cerita dan warna mereka, kenapa bukan kita?
kita sedar perjalanan animasi ini masih jauh tetapi kita juga harus sedar sesuatu itu tidak akan semakin hampir kalau kita tak menuju kearahnya.....
Post a Comment