Total Pageviews

REGU - Rakaman Suara di Sinar Studio bersama Mus May

Brainstorming buat dialog

Salam...
Setelah di kritik hebat oleh mentor semasa sesi pembentangan di KL Sentral, kami mengolah semula beberapa sudut cerita agar REGU dapat bersaing dengan baik dalam IPCC yang bakal tiba pada 12 April ini di Astro Ria.

Setelah berhempas pulas, maka beberapa babak ditambah dan dialog baru direka. Kami bercadang merakam semula dialog di studio Oney seperti sebelumnya. Namun jadual yang padat Oney tidak mengizinkan kami berbuat demikian. Seperti biasa, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Oney memberikan saya nombor penyanyi Rock hebat Mus May! Rupanya dia pun ada studio.


Yus dan Abong sedang rehearsal

28 Mac juga menyaksikan dunia bergelap sempena Earth Hour. Namun dek kerana tugasan maka kami tidak dapat menyertai kempen itu dan rakaman terpaksa diteruskan di studio Mus May. Hebat juga studionya. Yang lebih dasyat lagi dialog bagi scene awal masih belum dirangka. Maka kami pun memecahkan kepala sekali lagi untuk mencipta dialog - dialognya.


Fairus dan Abong merakam suara

Rakaman berjalan lancar dan tugasan seterusnya menjadi milik Abong, Alang dan team produksi untuk menyiapkan segera kerana 1 April kami perlu menghantarnya ke MDEC.

Maka setelah melihat hasilnya..saya rasa sedikit lega kerana ia lebih baik dari yang sebelumnya. Menang belum tentu tapi kalau dah rezki siapa tahu.


Mohsen Amdan berkata: Moga - moga Allah memudahkan urusan kami untuk pertandingan ini.

No comments: