Total Pageviews

Saksikan di Astro Ria!

Salam...
Mulai 6 April ini, saksikan IPCC (Intellectual Property Creative Challenge) di Astro Ria pada jam 7.30 malam..tapi jangan lupa solat maghrib dulu yaaa!
Segmen selama setengah jam ini akan disiarkan pada 6,7,8 dan 9 April ini mengenai perjalanan 5 pasukan yang bersaing menghasilkan animasi pendek bagi merebut hadiah bernilai......jeng..jeng..jeng...RM1juta (dalam bentuk kontrak)

Tadi saya telah menyaksikan preview di MDeC dan nampaknya..menarik dan rugi kalau tak tonton. Ini merupakan detik menjelang 12 April ini di mana secara langsung dari Palace of Golden Horses jam 2.30 petang juga di siaran Astro Ria.

Program realiti ini akan diadili oleh wakil dari Disney, Cartoon Network, Nickelodeon, Jazeera, RTM, Primeworks, Astro Ceria dan Animax!!! Jadi jangan lepaskan peluang menonton rancangan yang pertama kali seumpamanya.

Mohsen Amdan berkata: Hakim bakal pening kepala kerana genre, konsep dan teknik sangat berbeza dikalangan peserta

No comments: