Total Pageviews

IPCC Super Pitch - Persediaan Terakhir


Tempat duduk peserta di atas pentas....macam AF la pulak...


Salam...
Esok bertempat di Palace of Golden Horses akan menyaksikan Super Pitch bagi IPCC (Intellectual Property Creators Challenge) yang melibatkan MDeC sebagai penganjur dan ASTRO sebagai penyiar rasmi. Siaran langsung akan ke udara di ASTRO Ria jam 2.30 petang.


Spooky Ace (Asia Ghost Club) sedang melakukan rehearsal

REGU telah pun siap dan kami telah menyediakan diri untuk esok. Sepanduk dan board penyokong telah disiapkan dengan bantuan isteri tersayang serta 2 pelajar praktikal kami.


Bertungkus lumus membuat sepanduk ala - ala Raja Lawak..heheh

Malam semalam juga turut diadakan majlis doa selamat di rumah bonda di Cheras Baru. Majlis ini juga merupakan sambutan ulangtahun Batrisya yang ke 4 dan Basyira yang ke 2.


Fairus dan Abong bersama isteri masing - masing menjamu selera

Sambutan yang meriah ini mungkin merupakan kali terakhir di adakan di Cheras Baru memandangkan rumah itu akan bertukar milik hujung tahun ini.

Hari ini sesi rehearsal pertama diadakan. Masing - masing gugup dan kurang lancar kerana tiada pengalaman. Saya dan Fairus akan mencuba sedaya upaya esok dan moga - moga rezki bersama kami.

Banyak yang ingin di tulis namun...fikiran lebih tertumpu kepada soalan - soalan yang bakal dilontar oleh juri esok. Setelah melihat hasil pesaing - pesaing sebentar tadi, apa yang boleh saya simpulkan ialah masing - masing mempunyai kekuatan sendiri, kerana pasaran adalah pelbagai dan bergantunglah kepada kemampuan peserta mempengaruhi juri.

Oh ye...semalam Canon EOS 1000SD menjadi milik kami...selepas ni banyak la foto berkualiti akan di muat naik insyallah....

Mohsen Amdan berkata : Ya Allah...moga kemenangan berada di pihak kami kerana dengan kemenangan ini ramai orang yang akan mendapat manfaat dari REGU....Amin...

No comments: