Total Pageviews

Kunci Kejayaan Usahawan Muda

Salam...

Tekanan ekonomi dunia hari ini membuatkan masyarakat semakin dirudung kebimbangan mengenai kelangsungan hidup mereka. Desas desus CIMB bakal menutup 60 cawangan mereka meresahkan lagi rakyat. Pelbagai usaha dilakukan oleh pelbagai pihak bagi membantu rakyat dalam pelbagai bentuk dan menggalakan pusingan ekonomi.

Antara golongan yang terkesan dengan keadaan ini ialah anak muda. Mengikut takrif Kementerian Belia dan Sukan, belia adalah mereka yang berada dalam lingkungan usia 15 hingga 40 tahun. Ini bermaksud mereka yang masih dibangku sekolah sehingga ke mereka yang sepatutnya sudah stabil ekonominya.

Pengalaman saya dalam dunia keusahawanan ini membuatkan saya mempelajari pelbagai aspek yang tidak terdapat di mana - mana universiti sekalipun. Sebagai pelajar psikologi, menjerumuskan diri ke alam perniagaan sememangnya satu cabaran besar. Dari pengendalian acara, kursus dan program sehinggalah mencuci tandas segalanya mengajar saya erti keperitan dalam perniagaan.

Entri kali ini saya akan cuba kongsikan 5 perkara yang sering dilihat menjadi faktor kepada kejayaan peniaga muda. Mungkin ada lagi faktor yang lain namun ini yang ingin saya kongsikan

1. MENETAPKAN MATLAMAT
Menetapkan matlamat yang jelas adalah penting bagi apa saja yang ingin dicapai. Sebagai orang muda, menetapkan matlamat yang jelas dan munasabah adalah penting. Tempoh masa, penguasaan sumber serta perancangan yang membantu ke arah matlamat itu adalah elemen penting. Matlamat juga perlulah selari dengan garisan agama, sosial serta keperluan diri.
Matlamat boleh dibahagikan mengikut sukuan tahun, jangka pendek atau jangka panjang.

2. LINDUNGI MIMPI ANDA DARI DICURI
Usahawan muda akan sering diasak dengan pelbagai kritikan dan kebimbangan dari mereka yang menyayangi mereka. Banyak mimpi - mimpi besar orang muda dimatikan begitu saja kerana takut gagal, takut rugi, tak relevan dan sebagainya. Sematkan dihati yang anda ingin gapai mimpi anda dan anda berusaha ke arah itu dengan perancangan yang baik. Ingatlah, cerita kejayaan adalah mengenai 99% kegagalan yang ditempuhi oleh seseorang.

3. KUKUHKAN MOTIVASI DIRI
Mengukuhkan motivasi diri adalah daya yang menolak anda untuk terus berusaha. Saya sendiri pernah mengalami kegagalan dan apabila menyedari bahawa saya tiada pilihan kecuali untuk terus berusaha, maka anggota badan saya pun bergerak menuju apa yang perlu dilakukan. Anda boleh lakukan ini dengan memerhatikan sekeliling, membaca buku - buk atau atikel yang mampu membakar semangat atau berdampingan dengan mereka yang menyokong anda. Ini secara tidak langsung akan memberikan anda reaksi positif terhadap sikap dan perasaan anda.

4. JADILAH PEMIMPIN
Orang muda perlu berani dan pemimpin adalah antara landasan yang terbaik untuk menunjukkan keberanian anda. Tidak kira dalam apa aspek kepimpinan, anda perlu berani mengepalai apa yang anda usahakan. Anda akan dikritik, dibenci atau disukai namun ia secara tidak langsung akan menguatkan jatidiri dan kepercayaan anda terhadap kemampuan anda.

5. DISIPLIN
Orang muda perlu membentuk satu disiplin positif terhadap apa yang diusahakan. Disiplin boleh dilihat dalam pelbagai bentuk - sentiasa bercerita mengenai perniagaan anda walaupun dengan orang yang anda baru kenali, sentiasa konsisten dengan apa yang diusahakan, ikut segala prosedur pengurusan dan sebagainya. Dengan disiplin, anda akan dapat membentuk satu pola tingkahlaku yang membezakan anda dengan orang lain. Sebagai contoh Warren Buffet, beliau tidak pernah menaiki pesawat peribadi yang menjadi salah satu perniagaannya kerana baginya ia adalah entiti perniagaannya, bukan peribadi.

Kesimpulan yang boleh saya katakan di sini, orang muda perlu belajar menguasai diri kerana cabaran mereka besar. Melihat rakan - rakan yang hidup selesa dengan makan gaji, membeli gajet terkini dan sebagainya mungkin membuatkan anda ingin menjadi seperti orang lain. Namun, kejayaan bukanlah hanyha diukur dengan jenis kereta atau gajet yang dimiliki. Kejayaan adalah mengenai kesukaran yang ditempuhi dengan jayanya!

Oh ya, suka dimaklumkan di sini yang saya akan menganjurkan satu program Jom Jadi Usahawan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Kawasan Seputeh pada 2 - 3 Mei ini di Bukit Kiara. Sekiranya ada yang berminat sila maklumkan kepada saya.

Mohsen Amdan berkata : Orang muda perlu keluar dari zon selesa, kalau tidak masyarakat akan hanya menjadi pengguna tanpa ada pencipta baru


3 comments:

Anonymous said...

Salam ziarah.

Pengambilan Baru Peserta Program Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net™ "Click Here"

Syamsulfaiz said...

Usahawan muda, lambang kemakmuran ekonomi negara.

Mohsen Amdan said...

Usahawan...maksudnya gagal atau berjaya fokusnya adalah terus berusaha...bukan mengalah pada keadaan