Salam...
5 April 2009.
Kompleks Sukan Kampung Pandan
Sebanyak 15 regu telah menyertai pertandingan tahunan ini. Kali ini, saya menjemput 14 regu khas mengikut latar permainan yang hampir sama kuat. Tiada Mat Rock, Mat Bo, Mayat, Mat Meriah, Usop De dan pelbagai nama besar yang biasa menghiasi mana - mana kejohanan disekitar lembah kelang. Nama besar yang terselit pada kali ini antaranya Mamat dan Kadir (SUKMA Selangor), Reno (MPAJ) dan beberapa muka lama seperti Ilma (MSSS) dan lain - lain. Namun, kejohanan kali ini menyaksikan beberapa sejarah tercipta. Antaranya
1. Alex (nama sebenar Salleh) yang telah hampir 8 tahun tidak bermain di mana - mana kejohanan kompetetif turun bersaing. Alex satu ketika dulu merupakan Feeder saya.
2. Lan Biskut - Tekong keruk yang selama ini bermain bersama saya sejak zaman sekolah akhirnya bertempur dengan saya dalam satu kejohanan yang sama. Keputusannya, saya menang..hehehe
3. Kali ketiga saya bermain diposisi tekong dalam kejohanan kompetetif. Dan kali pertama saya berjaya ke separuh akhir dengan posisi ini!!
Kemenangan menjadi milik Kampung Tasik A yang dibarisi oleh Halim, Majid dan Jai Keramat. Dari suku akhir ke separuh akhir mereka bertemu sesama sendiri dan membolehkan mereka membolot RM600.00.
Naib johan milik Cheras Perdana D dibarisi oleh Reno, Abg Ijat dan seorang lagi yang saya tidak pernah ketemu. Kami sebenarnya bersaing hebat pada peringkat separuh akhir namun kepenatan kerana perlawanan berturut - turut (alasan orang kalah). Itulah akibatnya bila badan tak cergas. Khairul di posisi killer dan aji zakat di posisi feeder. Mereka berdua bermain hampir setiap hari maka tiada masalah buat mereka.
Sehingga hari ini , otot saya masih kesakitan namun pertandingan ini tetap meninggalkan kenangan manis buat saya.
Mohsen Amdan berkata : Nak kena kuruskan badan sikit lagi...baru boleh 'langgar' league
No comments:
Post a Comment