Total Pageviews

Royal Belum - Part 2

Pemadangan dari jeti menghadap jambatan yang menghubungkan Grik ke Kelantan

Salam...
Saya dah taip banyak dah..tetiba terdelete....
Sabar je la..


Pusat Kajian Yayasan Tasik Banding

Leka dengan penjelasan En. Syukri dari Yayasan Tasik Banding, kami terlewat ke jeti untuk taklimat. Barang - barang peserta lain sudah pun ke perut bot. Dimaklumkan yang kami akan trekking sesampai di sana. Maka tanpa berlengah saya segera menukar pakaian.

Masuk ke dalam bot, sempat saya menelefon isteri tersayang kerana di Royal Belum tiada liputan. Baru 10 minit perjalanan menaiki bot, kami berhenti di satu pos tentera untuk menyerahkan permit kebenaran masuk. Ketua guide kami, Ijat menyerahkan dokumen tersebut. Tanpa saya ketahui, saya telah merakamkan beberapa gambar pos kawalan tersebut di mana tidak dibenarkan sama sekali. Kamera saya boleh dirampas kalau silap gayanya.

Pos kawalan tentera (perhatikan seorang tentera yang sedang melarang saya mengambil foto)

Perjalanan diteruskan dan pemandangan indah Tasik Banding menggamit hati. Fairus (bekas kakitangan MDeC) yang kini menjadi jurugambar pro sepenuh masa mula mengeluarkan D200 dan lensa panjangnya. Cemburu dibuatnya maklumlah saya hanya baru seminggu menggunakan DSLR.


Kesan 'Kepala Air'

Kami di bawa ke suatu kawasan tebing yang mana baru lepas dilanda 'kepala air' saya rasa. Ini kerana sampah hutan begitu banyak di sini. Kami pun trekking untuk melihat Bunga Pakma atau Rafflesia. Laluan trekking yang agak mudah pada awalnya mula mencabar peluh kami. Akhirnya tiba di kawasan Pakma dan barulah saya tahu bahawa kitaran Pakma ini bermula dari Manggis - Kobis - Bunga dan mati. Manggis dan Kobis kerana ia kelihatan seperti dua tumbuhan itu. Ia mati dengan sendirinya dan tumbuh semula di tempat yang sama. Kehebatan ciptaan Allah nyata terbukti dengan khasiat dari Pakma ini. Rupanya orang asli menggunakan kelopak Pakma ini untuk menyambut bayi baru lahir dan air rebusannya setanding antiseptik seperti Dettol. Hebat!!!

Rafflesia dalam peringkat Manggis

Kami meneruskan perjalanan dengan melalui beberapa permatang - laluan binatang yang membawa kami ke beberapa tingkat air terjun yang begitu cantik dan nyaman. Maha Suci Allah dengan kehebatan kejadian nya. Kawasan air terjun ini cantik dan bersih seolah ada yang menjaganya. Kami berhenti makan tengahari dan mandi di salah sebuah air terjun ini. Di dalamnya berliuk ikan yang jinak dan kesejukan airnya merenggut sum -sum tulang. Lantainya pula berlumpur dan batu kecil serpihan batu besar banyak sekali. Mungkin hentaman kepala air yang menyebabkan serpihan tajam itu menguji deria kami.

Antara panorama air terjun yang dapat dirakam

Perhatikan ikan yang bermain dikaki


Meniti jambatan gantung menuju ke Sira


Selesai mandi dan makan, kami pergi pula ke kawasan yang banyak mineral - ciptaan Allah bagi membantu hambanya yang memerlukan garam untuk kesihatan. Sira (baca Sigha) yang menjadi tumpuan haiwan hutan untuk menghisap garam bagi perut masing - masing kami lawati. Terdapat beberapa kesan tapak haiwan di sekitarnya. Masing - masing kepenatan dan kami terus di bawa ke tapak khemahdi Sungai Kejar. Menaiki bot kira - kira satu jam, kami tiba dilokasi. Alhamdullillah kemudahan yang lengkap tersedia untuk kami. Tandas yang selesa (mengikut standard hutan) dapur memasak, dewan dan tapak khemah yang tersusun. Mulanya masing - masing mahu berkhemah di tapak yang sepatutnya. Namun dewan di tepi sungai nampaknya lebih menggoda kami. Maka beberapa khemah didirikan di atas dewan. Ada juga yang hanya menggunakan sleeping bag berlantaikan papan dewan sahaja.

Sekitar kawasan kem Sungai Kejar



Kebanyakan kami mengambil kesempatan membersihkan badan sesudah memasang khemah tetapi saya terpesona dengan air yang tenang. Maka segera saya mencar bemban untuk dibuat joran. Aura yang juga kaki pancing segera menyiapkan jorannya dan Fairus (Flipsio) juga tanpa berlengah mencari bemban. Kami menggunakan umpan roti. Nampaknya kurang menjadi. Aura segera menggali tanah mencari cacing manakala Fairus mencari belalang. Kami cuba lagi..tapi nampaknya belum berhasil.

Tiba - tiba satu bot datang dengan beberapa lelaki turun darinya bersama DSLR yang lebih hebat! Wah..meleleh air liur saya melihat lensa berharga RM7000 diusung kesana kemari. Rupanya mereka ini ialah dari Royal Belum Adventure yang menyediakan perkhidmatan percutian di Royal Belum ini. Menariknya petang itu mereka terus menaiki bot untuk ke lokasi menarik bagi tujuan fotografi. Apa lagi, saya tinggalkan joran dan terus masuk ke bot tanpa berfikir panjang. Kami mudik ke hulu dan tiba di suatu kawasan yang menarik kami terus melepaskan peluru kamera kami. Dapat saya belajar pelbagai teknik dari mereka. Kami juga mengambil peluang untuk mandi di satu jeram yang saaaaaaangat sseeeeejukkkkkkk!!!!

Malamnya, kami menjamu selera hasil masakan Chef yang sangat istimewa. Dalam hutan, makan apa pun sedap ye tak? Usai makan, kami pun berbual sesama sendiri dan sesi suai kenal pun bermula. Saya dan Fairus tak tunggu lama, kami masuk beradu seawal 10 malam. Letih beb..

Mohsen Amdan berkata: Belum merupakan satu destinasi yang anda perlu lawati....Tarikannya berbeza

2 comments:

Syamsulfaiz said...

Perghhh memang best la pengembaraan kau ni Mohsen. Hutan Belom memang kawasan semulajadi indah di Malaysia.

Wow sudah main DSLR ye...padanla gambar profile pun satu macam punya stylo. Bagus !

Mohsen Amdan said...

Jangan lupa bca update sebab banyak gambar menarikakan dimuat naik