Total Pageviews

Persaingan dan Penjenamaan dalam Pendidikan


Banner bertemakan 1 Malaysia


Salam...
Saya berada di Kulim sekarang ini dan sedang bersiap - siap untuk ke Hotel Seri Malaysia - bagi mengendalikan siri 3 Promotions Strategy For Life Long Learning. Pada kali ini Politeknik Sultanah Bahiyah yang menjadi urusetia. Saya pun tidak pasti lagi adakah peserta saya lebih ramai pensyarah Politeknik atau Kolej Komuniti.

Tajuk di atas sengaja saya pilih kerana senario semasa yang melihatkan persaingan hebat di antara institusi pendidikan tidak kira IPTA, IPTS mahupun peringkat sekolah menengah dan rendah. Lebih hebat lagi, tadika dan nurseri juga bersaing hebat dengan pelbagai strategi untuk menarik minat ibu bapa bagi menghantar anak - anak ke pusat pembelajaran mereka. Yuran yang tidak murah dikenakan - malahan cuti sekolah juga tidak akan mengurangkan yuran bulanan mereka.

Adakah ini menunjukkan perkembangan ekonomi yang hebat? Atau masyarakat hilang keyakinan dengan pusat pembelajaran milik kerajaan? Pada hemat saya ini merupakan hasil dari kecacatan sistem urustadbir pendidikan dinegara ini. Bukan mahu menuding jari semudah itu namun ini adalah kesan apabila PENDIDIKAN MENJADI SATU KOMODITI.

Dengan isu PPSMI yang masih belum nampak hujungnya walaupun telah diisytihar akan dimansuhkan secara keseluruhan pada 2012, namun bagi saya ini tidak lebih dari permainan politik semata. Walaubagaimanapun saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu.


Batrisya beraksi sambil cuba memecahkan rekod Usain Bolt!

Berbalik kepada tajuk di atas, 12 Julai yang lalu anak sulung saya yang belajar di Q-Dees telah menghadiri sukan tahunan mereka yang berlangsung di UNITEN Bangi. Sebagai ayah yang baru kali pertama mempunyai peluang menyertai sukan sekolah anak, saya juga teruja ingin melihat aksi anak saya.

Aksi magic ala - David Blaine

Selain melihat pelbagai aksi dan gelagat anak - anak comel, saya memerhatikan bagaimana usaha penjenamaan berlaku dan bagaimana reaksi pengguna (ibu-bapa) terhadap usaha mereka.

Walaupun Q-Dees, Smartreader dan pelbagai lagi tadika yang wujud dalam pasaran agak mahal dari segi yurannya, namun saya perhatikan ibu-bapa yang berpendapatan sederhana seperti saya sanggup berhempas pulas mencari wang bagi menghantar anak mereka ke pusat sebegini. Saya sempat berbual dengan beberapa bapa mengenai perkara ini. Kebanyakan mereka lebih sanggup berhabis wang bagi memastikan anak - anak dapat belajar dengan baik. Mereka bimbang anak mereka keciciran sekiranya masuk ke sekolah rendah nanti. Maka persoalan yang berlegar dibenak saya ialah - adakah tadika seperti KEMAS tidak mampu menyediakan anak - anak ini dengan baik? Adakah modul mereka kurang berkesan atau tenaga pengajar mereka kurang baik? Mungkinkah publisiti berkaitan mereka kurang tidak seperti Smartreader yang gah dengan pelbagai anugerah?

Abang saya memiliki sebuah tadika dan nurseri di Puchong dengan hampir 50 orang pelajar. Saya perhatikan hidupnya agak selesa apabila mula meraih keuntungan dari perniagaan tersebut. Realiti ini dapat kita saksikan di semua taman perumahan di mana pasti wujud sekurang - kurangnya satu taman asuhan yang beroperasi. Pulangan yang baik serta kos pengendalian yang tidak terlalu tinggi membuatkan komoditi ini kini sudah menjadi salah satu dalam perniagaan berbentuk franchise.

Maka apabila ia mula didagangkan, usaha penjenamaan perlu dilaksana sebaik mungkin. Persaingan pula membuatkan pemain industri mula memikirkan pendekatan kreatif dalam memancing pengguna. Berbagai pakej dan kandungan baru mula dimasukkan. Tadika kini juga sudah menawarkan subjek Mandarin dan sebagainya bagi menarik minat ibubapa.

Oleh itu, Politeknik dan Kolej Komuniti juga berada di dalam arus yang sama. Mereka juga perlu melalui proses ini. Mengapa masih ada logo yang berbeza - beza di antara POliteknik? Kenapa tidak satu sahaja supaya usaha jenama ini lebih mudah dan berkesan? Mengapa tidak pula usaha G to G (gov to gov) berlangsung dengan baik? Kenapa tidak iklan berkenaan politeknik atau kolej komuniti di tayangkan di RTM?

Banyak usaha yang perlu dilakukan bagi memperkasakan pendidikan negara ini. Isu ini abru sekelumit dari beribu lagi isu yang tidak selesai. Negara cuma perlu membelanjakan RM4.4 billion setahun bagi menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat. Malangnya, jumlah itu terlalu besar untuk dibelanjakan oleh negara yang mampu membeli kapal selam padahal perairannya cetek.


Meraikan kemenangan bersama Ummi dan Basyira

Mohsen Amdan berkata: Cikgu tadika pula yang bersemangat bertanding ketika sukan untuk anak murid!

2 comments:

Ibnnordin said...

Tq En Mohsen kerana tidak "membosankan" saya sepanjang kursus, pergi dengan "lemah semangat", pulang dengan "penuh semangat" kot. Tapi semangat saja tak cukup, kena ada iman kerana insyallah dengan imanlah baru ada kekuatan sebenar.

Mohsen Amdan said...

Salam..
Tahniah kerana dikurniakan Allah semangat positif..
Jangan lupa hikmah surah Al-Asr tu...