Total Pageviews

GambarNovela - Gemuruh lagu gemuruh di Great Eastern Life

"Haaaaahhh..setakat lagu gemuruh tu..senafas jek aku tenyeh..bagi je instrumen apa..suma boleh"

"Apa la nak risau sangat diorang ni..aku tak yah gi training pun boleh main lagu tu" kata Rock dengan confidentnya

"Argghh sudah..key apa plak nak aku tenyeh ni..boleh ke si Mohsen nyanyi macam Faizal Tahir?" ragu Norman pada dirinya

"Mat Rock ni biar betul...aku dah panik ni..siapa aku nak call untuk menenangkan hati ni?" bisik Raof pada dirinya
"Serius korang nak tau camna nak jadi konfiden dan
belasah lagu Gemuruh ni?" tanya Rock kepada semua
"Kau biar betul Rock...orang tengah gemuruh nak kena main lagu Gemuruh ni, senang - senang je kau kata nak jadi konfiden tak susah" getus Wahyun
"Kau percaya la si Rock tu...cakap boleh la..kita praktis sampai pukul 2 pagi tau tak" sambut Norman


"Ni caranya..." kata Rock
"Yaaaa..bertukar kepada Belalang Tempur!!!"
"Ohhh..bertukar jadi belalang tempur macam ni baru boleh jadi confident ek?? Hmm..boleh tahan juga aku rasa confident ni" ujar Norman
"Alamak..aku takde cermin mata camtu..camna?" kata Raof dalam kebingungan
"Haah..cam gini je main lagu Gemuruh ni...gesek aje..tu pun susah ke?" kata Rock sambil menunjukkan kemahirannya
"Eleh..setakat camtu...anak aku pun boleh" kata Perwira
"Hmm..boleh tahan juga.." bisik Norman pada dirinya
"Aku follow je.." kata Raof kepada cameraman
"Kalau aku pandai main violin sikit - sikit macam Rock, mesti aku boleh berjaya
sebagai artis solo...lagi masyuk..."

Dato Zaid Ibrahim - Angin Si Pauh Janggi di Soka Gakai -

Wajah yang banyak menimbulkan kontroversi dalam sistem perundangan Malaysia tahun ini
YM Raja Ahmad memberi ucapan pembukaannya

YB Dato Zaid Ibrahim begitu bersahaja dalam ucapannya

Kumpulan Makyong Kijang Mas membuat persembahan

Dewangga Sakti berMakyong dengan gaya tersendiri

Salam...

26 Oktober

Dewan Soka Gakai Kuala Lumpur

"Saya ingin berterimakasih kepada YM Raja Ahmad dan Pengarah Soka Gakai Kuala Lumpur kerana menjemput saya walaupun mereka berterimakasih kerana saya hadir dalam kesibukan jadual saya. Sebenarnya saya sudah tidak sibuk lagi kerana saya sudah tidak bekerja"

HAHAHAHAHHA

Disambut hilai ketawa hadirin

Pastinya ramai yang faham maksud beliau...maklumlah dah letak jawatan, jadi tiada kerja lagi.

Kehadiran beliau kesana adalah bagi merasmikan pameran Angin Si Pauh Janggi - Kenangan Mak Yong Khatijah Awang yang dianjurkan oleh Galeri Menora dan Soka Gakai Malaysia.Ini merupakan hasil karya Dr. Zainon - budayawanita yang banyak menyumbang dari kerusi UKM.

Mendengar kepada Dato Zaid Ibrahim berucap, mengundang rasa kagum ke atas individu ini. Secara peribadi, ini merupakan kali pertama mendengar ucapan secara langsung dari beliau. Suara bass nya mungkin sesuai untuk suara narator siri animasi. Serius!!!

Kagum kerana keberanian meletak jawatan seperti yang dilakukannya adalah jarang dilihat dikalangan pemimpin Melayu khususnya. Bukan perkara mudah melepaskan jawatan penting dan berpengaruh atas dasar menegakkan keyakinan terhadap sesuatu. Ini baru pejuang!!!

Berbalik kepada persembahan pada hari itu, Dewangga Sakti diundang oleh Melur menerusi hubungan baik dengan Zoy. Kami hanya berlima dan pakaian kami tidak seperti yang dijangkakan mereka. Kami bersantai dalam pakaian tetapi mereka mahukan pakaian seragam kami rupanya. Tapi tak mengapa..pakaian kami tetap hip dan trendy! Kami memulakan persembahan apabila sesi jamuan dimulakan. Hanya lagu Si Dia Datang yang dinyanyikan dan selebihnya instrumental. Dan setiap kali lagu yang ada bunyi suara kami akan disorak dan ditepuk tangan oleh mereka yang berada di meja VIP. Barangkali kena nyanyi banyak lagi rasanya.

Oh ya...ketika pelancaran pameran ini, satu persembahan Makyong telah ditunjukkan oleh Kumpulan Kijang Mas yang dibawa dari Kelantan. Memang asyik mendengar gesekan rebab dan paluan gendang yang bertenaga. Ada juga bahagian persembahan yang rasanya bagai nak tertegak bulu roma!

Apa pun, karya Dr. Zainon memang ada kelainan tersendiri. Silalah ke Sooka Gakai untuk menilai sendiri.

Mohsen Amdan berkata : Laksam yang dihidangkan memang menambat kalbu..Perghhh 2 kali tambah beb!!!!

Berhari Raya dan Deepavali gaya Lifestyle!

Raof yang begitu LifeStyle sekali
Kanak - kanak sedang bersiap untuk berjoget

Hi..I'm Conrad Rozario...

itu antara dialog awal saya dan Mr.Conrad Rozario, Managing Director Lifestyles Sdn. bhd. yang terletak di Menara Merais Petaling Jaya. Beliau bertemu dengan Dewangga Sakti buat kali pertamanya ketika kami sedang membuat persediaan di atas pentas sempena persembahan di AmCorp Mall. Kami bertukar nombor telefon dan beliau telah menjemput Dewangga Sakti membuat persembahan tanpa mengetahui bagaimana persembahan kami.

22 Oktober 2008 kami telah menghiburkan para pengedar lifestyle bersempena Majlis Rumah Terbuka Hari Raya dan Deepavali. Majlis santai dan meriah ini memerlukan kami mengerah keringat untuk menghiburkan hadirin kerana konsepnya interaktif.

Kali ini, Wahyun tidak dapat menyertai kami kerana adik bongsu kami ini sedang membuat persiapan untuk menempuhi peperiksaan akhir.

Beberapa games yang dkendalikan oleh saya seperti meneka nama instrumen, berjoget serta menyanyi lagu rasa sayang merupakan kali pertama pengalaman saya sebagai penghibur. Pastinya saya perlu membuat persediaan yang lebih selepas ini.
Mohsen Amdan berkata : Bukan mudah nak menghiburkan orang...kadangkala perkara spontan lebih menghiburkan daripada sesuatu yang sangat terancang...

Persembahan Dewangga Sakti di Kilang Dewina Brahim's




Antara percikan bunga api di angkasa yang berjaya dirakamkan

Salam...

18 Okotober lepas Dewangga Sakti telah dijemput oleh Pn Latifah dari Dewina Brahim's atau yang lebih dikenali sebagai Brahim's Food untuk menjayakan jamuan hari raya mereka di Bandar Baru Bangi. Azman tidak dapat menyertai kami kerana masih dalam perjalanan pulang dari Hong Kong dan hari itu menyaksikan hanya kami berenam beradik sahaja membuat persembahan.

Semak bunyi dijadualkan pada jam 5 petang. Tetapi saya dan Raof tiba jam 5.30ptg manakala Rocky pula tiba lebih awal namun pergi pula ke Kajang untuk majlis rumah terbuka kumpulan rock kangkang terkenal negara iaitu BLOODSHED! Norman dan Zul pula keresahan menanti Wahyun yang tidak kunjung tiba di Taman Melati mengakibatkan semua ahli berpeluh ketiak kebimbangan.Alhamdulliah akhirnya mereka bertiga tiba tepat pada masanya.

Persembahan malam itu memerlukan kami membuat persembahan di bawah kanopi yang kipasnya tidak berfungsi...berpeluh - peluh dibuatnya.

Kami memainkan 3 set persembahan di mana diselang selikan dengan CD lagu raya dan makanan yang cukup lazat. Malangnya saya tidak dapat menikmati makanan sepenuhnya kerana kesuntukan masa dan gerai2 makanan ditutup tepat pada masanya.

Malam itu juga diserikan dengan persembahan bunga api yang memukau (macam sambut Merdeka pun ada). Hebat sekali.

Oh ya..bagi sesiapa yang belum mengetahui mengenai syarikat ini, ia dipengerusikan oleh kekanda kepada PM Malaysia yang tercinta.

Kami enjoy pada persembahan malam itu dan Rocky pula usai majlis terus bergegas semula ke rumah terbuka BLOODSHED..

Rocky..rocky..

Ko memang mat rock sejati

Mohsen Amdan berkata : Terimakasih daun keladi kepada Puan Latifah..Kalau ada majlis jemputlah lagi

Tertegakkah keadilan ditangan manusia yang culas?

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang

Salam...

Perlantikan Ketua Hakim Negara yang baru menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dikalangan pembangkang. Bagi mereka yang ambil peduli, perlantikan ini dikatakan menguntungkan sesetengah pihak atas macam - macam sebab.
Lebih memburukkan keadaan banyak kes berprofil tinggi diketengahkan hampir setiap hari. Semakin banyak juga laporan polis dibuat ke atas individu tertentu dan berprofil tinggi di negara kita.
Namun, mampukah mahkamah negara ini yang bersandarkan kepada sistem perundangan yang campurannya diaduk dari penjajah berkulit putih menegakkan keadilan. Mungkin lebih memburukkan keadilan apabila sipengendali kuasa culas dan bobrok sifatnya - bakal mengakibatkan rakyat hilang keyakinan kepada keadilan yang cuba ditegakkan.
Ramai dikalangan kenalan saya berada dijawatan berkaitan perundangan samada peguam korporat, sivil, shariah dan tidak kurang juga majistret. Ramai juga yang berkongsi pendapat dan pastinya pelbagai sudut yang menjadi perhatian mereka.
Mampukah perubahan dibawa kepada sistem perundangan sedia ada?
Perlukah perubahan kepada sistem itu sendiri?
atau..
orang yang berada di dalam kuasa sistem itu perlu ditukar?
Apa pendapat anda?
Mohsen Amdan berkata: Undang - undang yang digariskan Islam lebih baik kerana pendekatannya mendidik, bukan menghukum.

Kalutnya siasah negaraku

Calon terbaik pilihan saya untuk menerajui negara ketika ini - Gambar ehsan Firdaus

Salam...

Keadaan siasah negara seperti yang dilihat ramai sebagai semakin kalut bukanlah rahsia lagi. Semakin hari keadaan kelihatan seperti tiada penghujung bagi pelbagai pendedahan baru mengenai kebobrokan dan salah laku. Tuduh menuduh dan dakwaan demi dakwaan membuatkan rakyat semakin keliru dan mual. Pemilihan jawatan dalam parti pula menunjukkan pelbagai perkembangan yang membimbangkan.

Perbezaan pendapat dan fahaman terhadap sesuatu perkara sememangnya telah wujud sekian lama. Dan menariknya Islam sendiri tidak menolak naluri manusia untuk memiliki pendapat tersendiri. Adab dalam ikhtilaf juga telah digariskan oleh Islam bagi membolehkan sesuatu percanggahan itu dibincang dan diuraikan dengan baik.

Kembali ke tanahair, di awal pemerintahan di Malaya ini kalau diperhatikan, kebanyakan tokoh kepimpinan datangnya dari mereka yang berdarah raja; juga mereka yang sangat dekat ilmu seperti guru atau ustaz. Keadaan yang sangat berbeza kini di mana kebanyakkan pemimpin pemerintah mempunyai latarbelakang yang pelbagai dan kebanyakkanya tidak dapat lari dari lingkungan pedagang - tak kira besar atau kecil. Tidak dinafikan banyak kelebihannya ilmu berdagang ini digunakan untuk membangunkan negara. Malangnya ia tidak berlaku disini berbanding negara lain.
Buktinya, banyak keputusan berkaitan perdagangan berprofil tinggi tidak dibuat dengan bijak dan sering mengakibatkan wang pembayar cukai hangus begitu sahaja. Pembentangan Bajet 2009 yang menyaksikan hampir RM200 juta diberikan kepada pemegang modal saham amanah di Sabah yang sebelum ini telah sangat gagal mengendalikannya dengan baik. Dengan saham yang tinggal RM0.17 sen seunit, mengapa suntikan sebegitu diberikan kepada mereka yang nyata telah gagal?
Bukankah harus ditukar terlebih dahulu sipengendali amanah baru dan kemudian diberi suntikan baru?
Peminat bolasepak EPL pastinya arif tentang ini. Jurulatih yang tidak berjaya menyerlahkan pasukan akan ditukar terlebih dahulu dengan mereka yang lebih kompiten baru diberikan peruntukan baru untuk penstrukturan semula dan agenda menyelamatkan pasukan.
Gambar YM Raja Nazrin di atas saya paparkan kerana buat masa ini, secara peribadi saya merasakan negara memerlukan seseorang seperti baginda untuk memerintah.
Keperibadian yang tinggi ditunjukkan di tambah dengan ilmu yang banyak serta reputasi baik sememangnya dapat menyatukan masyarakat yang berbelah bagi.
Ya..pastiya akan ada golongan yang cuba menentang. Pastinya kerana golongan ini akan merasa bimbang kepentingan mereka terhakis.
Sedangkan Rasullullah SAW yang terpuji pekerti pun dimusuhi oleh kafir Quraisy, inikan pula kita pengikut yang tidak pernah bersua muka dengan Al-Amin.
Mohsen Amdan berkata - Kemusnahan akan berlaku andainya sesuatu itu dikepalai oleh orang yang bukan ahlinya; dan lebih buruk lagi apabila sang kepala itu merasakan dirinya terlalu hebat sehinggakan tidak perlu diperbetulkannya lagi.

Sepetang di Rumah Solehah

Raof dan hamper hasil sumbangan rakan - rakan dan saudara mara.
Terimakasih daun keladi
Dewangga Sakti menghiburkan penghuni Rumah Solehah dan sukarelawan yang datang
Mak Wan (bertudung labuh) dan adik2 begitu teruja dengan persembahan Dewangga Sakti - Alangkah bagusnya kalau ramai lagi yang boleh membuatkan mereka gembira bukan?
'Datin' Wan Fatahhiyah menyampaikan duit raya kepada penghuni
Rumah Solehah
Salah seorang penghuni Rumah Solehah yang berduet bersama saya
lagu Rasa Sayang Hey!!!!
CD Mabok Kepayang diserahkan kepada wakil Rumah Solehah sebagai tanda kenangan
Batrisya bergambar dengan teman - teman barunya
Batrisya berbual dengan salah seorang anak2 Rumah Solehah
Bergambar beramai - ramai selepas persembahan

Salam
12 Oktober 2008
6.30 petang

Saya dan isteri baru tiba di rumah solehah di Bandar Tun Razak di mana Zoy, Raof dan Norman sudah tiba di sana kira - kira setengah jam lalu. Azman, Wahyun dan Irwan pula tidak dapat menyertai Dewangga Sakti pada kali ini atas urusan peribadi. Kami tiba lewat kerana hujan yang terlalu lebat melambatkan kami keluar mencari hamper untuk Rumah Solehah.

Hamper ini merupakan hasil sumbangan rakan - rakan dan saudara mara menerusi derma kilat yang dianjurkan menerusi blog dan email yang lalu. Terimakasih di atas sumbangan anda. Setelah dikumpul, jumlahnya mencukupi untuk kami membeli hamper yang kami rasa berbaloi untuk adik2 di Rumah Solehah. Kehadiran kami disambut oleh Fatiyah (err..betul kot ejaannya) yang juga merupakan graduan IIUM. Difahamkan menerusi usaha murni beliau majlis ini dapat dilangsungkan dengan jayanya. Sederhana tetapi meriah!

Sesampai di sana, mata saya tertumpu kepada sekumpulan anak kecil yang kelihatan begitu gembira dan teruja dengan kehadiran ramai tenaga sukarela yang memeriahkan acara. Difahamkan Rumah Solehah ini adalah hasil usaha Mak Wan. Pembiayaan sewa rumah ini pula ditaja oleh bank yang berjaya menuntut USD1 juta dari bekas Yang Dipertuan Agong.

Hamper yang diangkat oleh kudrat Abdul Raof segera diserahkan kepada wakil Rumah Solehah. Kami dijemput masuk dan kelihatan sebuah kumpulan musik yang menggunakan gitar, djembe, tamborine dan egg shaker sedang mendendangkan lagu yang saya kurang pasti tajuknya. Saya masuk dan duduk bersama ahli Dewangga Sakti yang lain. Layan juga grup ni. Kelihatan adik2 dan tetamu lain juga terhibur.
Selesai mereka menyampaikan lagu terakhir, Dewangga Sakti pula dipersilakan membuat persembahan. Kami memulakan dengan lagu Hari Raya pastinya. Nyanyi ramai - ramai dan mereka begitu gembira sing along lagu Ahmad Jais. Kemudian kami bantai lagu Anak Ayam. Sepuluh pantun yang saya 'rapping' on the spot. Key pulak tinggi!!! sakit tekak dibuatnya. Seterusnya ke acara yang dinanti oleh semua iaitu sesi pemberian duit raya. Ada seorang wanita yang tidak saya kenali yang saya jangka wakil satu NGO barangkali mula mengarahkan adik2 beratur untuk menerima duit raya darinya. Datin Wan Fatahhiyah juga mengambil peluang untuk berada ditempat yang sepatutnya untuk turut menyampaikan duit raya.
Selesai duit raya, kami berhenti untuk makan dan solat maghrib. Zul mencuit saya dan meminta say mengimamkan solat - saya gembira dan merupakan satu penghormatan untuk saya sebab bukan selalu dapat peluang mengimami jemaah yang kebanyakkannya kanak - kanak.
Kira - kira jam 8 kami diminta mendendangkan beberapa lagu sebelum acara main bunga api. Lagu raya Saloma memula bicara kemudian disambung dengan Rasa Sayang. Seorang ahli Rumah Solehah pantas mendapatkan pantun untuk dinyanyikan bersama - sama. Memang gamat!!!!

Selesai nyanyi, sesi fotografi pula berlangsung. Letih juga mulut ni senyum maklumlah banyak kamera. Selesai majlis kami bersalaman dan sempat juga saya menyampaikan CD DewanggaSakti seperti yang diamanahkan oleh Zoy. Harap - harap mereka suka. Zoy juga turut menyampaikan duit raya kepada Rumah Solehah. Semoga mereka gembira menerimanya.

Ok..tulisan di atas berdasarkan kronologi. Sekarang saya akan tulis mengikut apa yang terlintas dan perkara menarik untuk dikongsi

1. Makanan rasanya ditaja oleh satu kedai mamak.Menunya memang sempoi - roti canai, roti pisang etc..cendol, ABC dan juga nasi. memang best!!!

2. Persembahan tidak dilengkapi dengan sebarang sistem bunyi, tetapi sound tetap best sebab tempat kecil

3. Kanak - kanak di sini kebanyakannya menghidap HIV dan mereka sangat memerlukan sokongan moral dari kita.

4. Perkusi Raof dan Gambus Zoy menarik minat adik2 untuk mencuba dan mereka tidak melepaskan peluang mengusik dan mengetuk (Sabar geng...budak2)

5. Nur Batrisya Wafa dan Nur Basyira Wafa (puteri2 saya) pada mulanya sukar menyesuaikan diri. Tetapi selepas sejam dah macam rumah mereka pula. Batrisya siap dapat geng lagi. Syabas puteri2 ku.

6. Rumah Solehah turut mengalu2kan kami untuk mengajar adik2 ini muzik tradisional. InsyaAllah kami usahakan. Kepada yang berminat untuk menyumbangkan pengetahuan muzik kepada adik2 ini, sila hubungi saya.

7. Rasanya kalau ahli Dewangga Sakti yang lain ada, pasti lebih meriah majlis ini. Along dan Irwan pasti boleh buat lawak sarkis. Azman dan Wahyun pula mesti boleh buat cerita tahyul kat budak2 ni....

Mohsen Amdan berkata : Setiap pemberian ikhlas sama ada material atau pun bukan dari anda, Allah akan gandakan kebaikannya sebagai balasan kepada anda!

Kepulangan di nanti

Abdul Raof sedang menjamu selera dengan gembira di Hari Raya

Ketua Chef sedang melayan tetamu

Kepulangan bonda yang dinanti

Juadah yang disediakan oleh isteri tercinta

Salam...
Bonda tercinta akhrinya selamat tiba ke Tanah Melayu dengan penerbangan Saudi Air dengan mendarat di KLIA pada jam 10.39 pagi 11 Okt 2008 selepas menunaikan umrah di Tanah Suci. Hampir 2 jam sesudah itu barulah bonda keluar dari perut KLIA. Ramai orang pulang dari umrah barangkali sebab itu lambat.

Perjalanan dari KLIA ke Cheras pula nampaknya berlanjutan sehingga hampir 3 jam.Ini adalah kerana kesesakan yang teruk di kebanyakan jalan utama kerana masyrakat Kuala Lumpur keluar berhari raya - OPen house - budaya yang semakin popular dan berakar dikalangan masyrakat Malaysia tak mengenal bangsa dan agama. Kesesakan juga menyebabkna hasrat berhari raya ke rumah Fairus - BOD Flipsio juga terbantut. Dek bimbang tak sempat membuat persiapan malam nanti maka terlepas peluang kami berhari raya di rumah baru Fairus.

Malamnya, satu majlis ala open house diadakan atas usaha keras isteri tersayang. Alhamdulliah, Angah, alang, omar, harun dan Aizam sekeluarga datang memeriahkan suasana. Turut dijemput ahli Dewangga Sakti namun hanya Abdul Raof yang muncul. Turut hadir Hendra bersama teman tapi mesranya - katanya untuk tujuan QC dari saya dan isteri (hehhe..lulus)

Bonda kelihatan begitu ceria pada majlis malam tadi. Kepulangan bonda sememangnya sangat dinanti.

Sahabat sekalian..berbaktilah kepada ibu bapa selagi mereka masih hidup bersama kita. Jasa mereka sememangnya tidak dapat kita balas. Doa makbul mereka haruslah kita tagih dan ingatlah, anda hanya dapat apa yang anda berikan kepada orang lain. (You only get what you give). Jadi laksanakan tugas sebaiknya.

Selembar Kaseh

Tiada dapat diperbanding
Kasih yang tumpah bagai tiada penghujung
Bagaikan limpahan jernih si air
Mendamaikan ruang hatiku yang sugul
Damainya jiwaku bila disisimu
Rasa gundah berlalu hilang resahku

Di mana mungkin ku nikmati
Belai dan sentuhan lembut selainmu
Betapa indahnya senyummu
Menyapa kalbu tiap detik dan waktu
Alangkah murni ciptamu oh Tuhanku
Kurniakan rahmatmu buat ibuku

Adakah ruang bagiku
Kesempatan membalas jasa baktimu?
Mampukah akal dan kudratku
Mengimbang titisan peluh dan resahmu
Ingin ku bela dirimu oh ibuku
Itulah sumpahku duhai ratuku

Biarpun segunung salahku
Kemaafanmu bak laut tak bertepi
Ku serah jiwa ragaku
Kiranya itu memadai buatmu
Agar terus jiwaku dikalbumu
Agar kasihmu padaku takkan luntur
Moga mereka tahu tinggi nilaimu
Tiada pengganti kasihmu oh ibu

Lagu - Zulkifli Ramli
Lirik - Perwira Jaya Sakti






Majlis Hari Raya MDeC di Shangri-La Kuala Lumpur

Watak Upin & Ipin serta pemilik kepada suara watak Kak Ros dan Upin / Ipin

Aksi dibelakang tirai

Salam...

8hb Okt menyaksikan Dewangga Sakti telah dijemput untuk membuat persembahan di Shangri-La Kuala Lumpur oleh MDeC. Terimakasih daun keladi diucapkan kepada MDeC di atas kesudian mengundang kami.

Majlis yang berlangsung meriah dengan celoteh Kak Ogy dan Zizi sebagai pengacara dan diserikan dengan persembahan tarian. Turut menghangatkan lagi pentas ialah kemunculan Faisal Salam dan Lufya iaitu peserta Akademi Fantasia musim ke-6.

Sesuatu yang agak mencuri tumpuan pada hari itu ialah kemunculan pasukan Les Copaque dengan watak Upin & Ipin. Mereka juga mendedahkan pemilik suara watak Upin & Ipin serta watak Kak Ros dimajlis itu.

Berbalik kepada Dewangga Sakti, kami memainkan 5 set secara keseluruhan dari jam 3.30 petang sehingga 8.30 malam. Beralas perut dengan McDonalds yang dihantar ke hotel, kami melayani satu per satu lagu dengan penuh penat dan pergerakan di belakang tirai. Letih..itu yang boleh saya simpulkan,

Ini juga merupakan kali ke-2 Dewangga datang ke Shangri-la. Kali pertama adalah untuk sesi fotografi sebuah akhbar tempatan beberapa tahun dahulu. Secara kebetulan, ketika membuat persembahan di Taipei tidak lama dulu, kami juga menginap di Shangri-La Taipei dan membuat persembahan di hotel itu.

Hajat dihati hendak menulis lagi..namun badan keletihan dek kurang rehat. Insyallah sambung lagi

Ukhwah yang memerlukan pendekatan KAIZEN

Wajah - wajah gembira di lorong bowling

Bowling Kaizen

Kaizen dalam perlaksanaan tugasan merupakan satu aktiviti peningkatan produktiviti yang dipraktikkan dikebanyakan organisasi serata dunia. Konsep Jepun ini telah membantu banyak organisasi meningkatkan kecekapan dan mengurangkan pembaziran dalam pelbagai aspek. KAI - bermaksud tukar dan Zen - bermaksud lebih baik yang mana disatukan membawa pengertian peningkatan secara berterusan. Konsep ini sebenarnya diolah dari cara pembalak di zaman dahulu yang menguruskan sistem perolehan kayu dari hutan secara teratur bagi memastikan kelangsungan operasi mereka.
Bolehkah KAIZEN diamalkan di dalam institusi kekeluargaan? Saya merasakan jawapannya BOLEH. Apa sahaja usaha yang anda cuba lakukan bagi memastikan keluarga anda semakin sayang menyayangi setiap hari atau semakin terjalin hubungannya juga berkaitan dengan KAIZEN dalam keluarga. Isteri mencuba menu baru untuk hidangan suami juga termasuk dalam konsep ini. Ayah yang mencari jalan menggembirakan anak, suami yang memikirkan 'Surprise' untuk si isteri, abang yang merancang aktiviti untuk adik beradik dan sebagainya adalah satu usaha yang murni bagi mengukuhkan perasaan sayang sedia ada.
Saya juga terpanggil dengan KAIZEN dalam keluarga ini. Oleh itu, saya mencubanya juga, Alhamdulliah berhasil. Malam Aidilfitri ke 3 lepas saya bersama adik beradik belah isteri pergi bermain bowling bersama - sama untuk kali pertama. Sebelum ini kami tidak berpeluang kerana jadual yang tidak menentu. Bertempat di Summit Bukit Mertajam, kami bergembira bersama - sama menghayun tangan kearah lorong bowling. 2 frame kami belasah dan pemenangnya? hehehe....Set pertama isteri tersayang dan set kedua mestilah Perwira Jaya Sakti.....
Kesimpulannya, aktiviti mudah tetapi dilakukan secara bersama sebenarnya mampu membina ukhwah dan kejelikatan di dalam hati. Buat anda yang jarang berpeluang menghabiskan masa bersama keluarga, apa kata carilah sedikit ruang waktu dan lakukan apa saja aktviti bersama.




Insyallah..KAIZEN

Kutipan Derma untuk Rumah Solehah

Setiap kebaikan akan dibalas oleh Allah SWT dengan kebaikan yang berganda
Salam...

Ahad 12hb Oktober 20o8 akan datang bakal menemukan Dewangga Sakti dengan sekumpulan anak - anak kecil yang kurang bernasib baik. Kami akan secara interaktif bersama mereka bagi memeriahkan sambutan Aidilfitri Rumah Solehah. Oleh itu kepada sesiapa yang berniat ingin menderma wang / beras / susu dan sebagainya boleh berhubung dengan saya dalam kadar segera.

Nada suara gembira di Syawal Mulia

Senyum dan tawa adalah antara contoh komunikasi interpersonal non-verbal yang berkesan bagi menunjukkan kegembiraan
Salam...

Kegembiraan Syawal pastinya masih dirasai oleh ramai orang walaupun sudah masuk 3 Syawal bukan. Baik, soalan saya..bagaimana anda mengenalpasti seseorang itu sedang berasa gembira? Terutamanya pada sambutan Syawal ini, ramai orang yang anda rasakan bergembira atau sebaliknya. Adakah mereka benar - benar gembira atau sekadar berpura - pura gembira? Mungkinkah ada yang berpura - pura menitis airmata bagi menambah syahdu di Aidlfitri? Tidak sukar kita membuat andaian bukan?

Dalam bentuk komunikasi interpersonal, antara tanda yang membuatkan kita membentuk persepsi seseorang itu sedang bergembira ialah dengan nada suara atau 'tone'.

Apakah tone?

Tone is the use of pitch in language to distinguish lexical or grammatical meaning—that is, to distinguish or inflect words. All languages use pitch to express emotional and other paralinguistic information, and to convey emphasis, contrast, and other such features in what is called intonation, but not all languages use tones to distinguish words or their inflections, analogously to consonants and vowels. (Wikipedia)

Suasana sambutan aidilfitri yang riuh rendah dikaitkan dengan orang didalamnya sedang bergembira. Sebaliknya, rumah yang suram dan sunyi di Aidlifitri walaupun terdapat penghuni didalamnya dikaitkan dengan kesedihan dan sebagainya.

Jelas apabila seseorang itu gembira nada suaranya sedikit kuat dari kebiasaan. Sebaliknya, mereka yang sedang bersedih, nada suaranya sedikit perlahan dari biasa dan sering membuatkan orang lain perasan dengan keadaannya. Maka soalan popular akan terbit dari mulut "Kau ni kenapa?" atau "Kau ok?" atau "Ada masalah?" dan sebagainya.

Nada suara memainkan peranan yang besar dalam proses penyampaian maklumat. Ia menyerlahkan maklumat yang cuba disampaikan dan kegagalannya berfungsi dengan baik akan menyebabkan pihak lain tidak faham maksud sebenar malah lebih buruk lagi tersilap tafsir maklumat yang cuba disampaikan.

Oleh itu, suatu perkara yan jelas anda perhatikan di hari lebaran ini, ramai orang yang bernada tinggi ketika berbual kerana ia melambangkan kegembiraan mereka. Lebih ketara bagi mereka yang baru ketemu setelah sekian lama terpisah. Mereka kelihatan EXCITED! Bagaimana anda tahu mereka EXCITED? Salah satunya dari nada suara mereka bukan?

"Lorrrr Mie...lama gila tak jumpa ko!!!!! Sihat gile badan!! hahahaha"

Dialog di atas adalah salah satu contoh kepada dialog bernada tinggi.

Tidak semestinya dialog...iajuga boleh jelas kelihatan menerusi bunyi ketawa. Semakin kuat ketawa (bukan yang dibuat - buat) semakin gembira orang itu.

Oleh itu..selamat bergembira....

1 Syawal 2008

Keluarga Isteriku
Batrisya juga mula memahami perasaan syahdu bermaafan di Aidilfitri

Bersama isteri tercinta di rumah Pak Lang Ishak

Bersalaman bersama bonda mertua tersayang

Unik..bagi saya memang unik. Selama ini sebagai anak bongsu saya lebih mengikut rentak adik beradik dan keluarga. Tetapi kini sejak arwah abah (mentua) tiada, saya mengambil alih tugas ketua keluarga. Sebagai menantu lelaki sulung saya perlu membantu mencorakkan keluarga. Untuk pertama kali di pagi syawal saya mengumpulkan adik beradik dan memulakan dengan ucapan hari raya serta sedikit nasihat kepada diri sendiri dan ahli keluarga yang lain. Kemudian diikuti dengan bersalaman dan bermaafan. Oleh kerana tidak pernah mempunyai adik, maka hati ini lebih mudah tersentuh bila bersalaman dan bermaafan sesama mereka.

Semuanya berlaku selepas solat sunat Aidilfitri. Semasa bertakbir di masjid wajah Arwah ayah, mak dan arwah Yusuf bermain difikiran. Menitik juga air mata.

Selepas menziarahi pusara arwah abah, kami ke Kampung Keladi, bertemu dengan saudara mara sebelah arwah abah. Seronok juga berkumpul sekali sekala.
Nanti sambung lagi..ada orang datang raya pulak

Malam Syawal yang berbeza

Cahaya Syawal yang memberikan pelbagai perasaan kepada manusia

Salam..

Untuk kali pertama dalam hidup, ini merupakan syawal yang sangat berbeza buat saya.

Saya tidak menyertai mana - mana rombongan Takbir Raya rumah ke rumah seperti selalu. Saya layan WWE ngan NurBasyira Wafa yang sudah pun terlena. Kakak dan Umminya pergi ke pekan Kulim bersama Chot dan Atie untuk mem'window shopping' dan juga mencari tudung khabarnya. Entahlah...barangkali Allah memberi kita kelainan dalam sesuatu barangkali untuk mengajar kita bersyukur.

Saya bersyukur kerana ditakdirkan Allah yang saya masih dapat menyambut Syawal dalam keadaan sihat tahun ini. Meskipun kemeriahannya agak berbeza, namun Syawal perlu didalami. Ada orang yang sedang bertugas sehingga pagi nanti, begitu juga berniaga, memandu dan sebagainya. Masing - masing mempunyai penghayatan berbeza mengenai Syawal.

Bagaimana dengan anda? Apa maknanya satu Syawal bagi anda?